Friday, November 25, 2011

How Sweeeetttt ..

Lalalalalalalalalalala....

Apa perasaan anda bila ur ex yang dah bertahun-tahun tak kontek and bila kontek atas sebab-sebab rasmi lalu dia ada sebut-sebut pasal Blog hampa ??

uuuuuuuuu apa kah tanda nya itu ? How sweeeetttt bebeh ..

concern jugak mamat ni. tak kesah la sama ada dia silent reader, stalker, mahupon melalui penyampaian rakan-rakannya.. apa yang sweetnya adalah bila kita tahu yang dia masih lagi mengikuti perkembangan kita.

Thankss Mr Graphic Designer =)

Alhamdulillah aku pon baru dapat tau perkembangan latest yang dia dah bekerjaya & berjaya mugkin.. :) bagus la kan. itulah sapa tau masa depan masing2 kan . Happy for u..

Tapi Hubungan aku & dia adalah sejarah. Now aku akan melakarkan sejarah baru dengan Mr Tunang tersayang & aku bertuah mempunyai tunang yang begitu memahami. Dia lah satu-satunya lelaki yang aku kenal sampai sekarang yang tak kenal erti CEMBURU. kalau ada pon dia tak penah tunjuk.. tapi kadang2 rasa tak cool jugak sebab geram dia ta penah jeles & Kontra dengan sikap aku yang seorang pencemburu yang Tegar.. hahahaha..

dan aku percaya yang Mr ex aku jugak melakar sikit demi sedikit sejarah hidup dia dengan Gefren tercinta dia & kami semua juga bekas satu sekolah yang sama :)

see.. betapa besar Kuasa tuhan kan.. sapa tahu apa yang akan jadi pada masa-masa mendatang.
Aku akui, sejarah aku dulu tak semua Indah. aku bukan sebaik yang di sangka, aku juga penah leka dengan pengaruh arus semasa, kawan-kawan dan Nafsu jugak tak kurang hebat dugaan buat aku.. Namun semua itu mematangkan aku.. membawa aku pada ANATI MOHD HAMIDI pada harini. Alhamdulillah.. aku masih menetap di bumi yang nyata. Maha pencipta masih lagi memberi aku ruang untuk aku perbaiki kelemahan diri. syukur sangat. Terima Kasih Tuhan dengan segala nikmat yang diberikan..

Sebelum aku akhiri entry kalini.. aku dengan rasa rendah diri Memohon seribu kemaafan pada Mr ex dengan apa saja salah silap aku pada dia & tak lupa juga Gf dia mungkin atas 'urusan rasmi' aku tu membuatkan dia terasa hati mahupun marah. maaf yeaa :))

dan pada readers2 yang lain jugak Maaf diatas segala kekasaran bahasa, entry yang tah apa-apa, mengutuk tak semena-mena.. =)


Assalamualaikum

1 comment:

  1. aaahaaaiii sweet aih... bagus la mr ex leh jadi kawan and kita leh guna khidmat dia untuk urusan rasmi. tak baik masam- masam muka.. weeee

    ReplyDelete