Friday, June 17, 2011
Penyakit malas mula menyerang =\
2,3 hari ni penyakit malas membuak-buak taktau la pasai pa. iskk..!
masak memang tak la sebab malas, bangun tido pon lambat, ada sehari tu umah semak gila tengok buat dono jaa. & 0n9 macam tadak apa2 berlaku.. nasibb mak tak bisingg..
mak pahamm kot kann... * tapi sampai bila nak paham kan* :p
selain dari tu ianya juga merupakan hari-hari teruk aku kot.. mood memang kelaut sangat.
bergado berhari-hari berturut-turut. sekecik-kecik benda pon memang aku melentingg macam benda besaq.! pasaipaaa tah... ishh..
Dan semalam & harini aku pening sangat kepala. tataw napa. rasa satu badan masuk angin, sebab makan lambat. Makan pon sehari 2 kali ja iaitu petang & malam. T-T
sebab tu jadi pening kot.. bangun-bangun tido memang mata berpinau-pinau. punya pening sampai bediri nak jalan pon kena pegang dinding/kerusi or apa saja yang ada disekeliling. TAPI tu semalam la. Harini ok la.. tapi pening tu tetap ada cuma tak seteruk semalam & takmau manjakan sangat.
nak suruh rehat ?? dah rehat sebulan lebih dah kot. haha.. kalau aku pening & p tdo lagi lama-lama yang kononnya *rehat* memang tak la. nanti takleh bangun teros sebab bertambah-tambah pening. so disebabkan taktau apa nak buat on9 jala keja tetap aku skarang.
tapi harini ok la tahap kemalasan dah turun sikit sebab aku tolong basuh baju 1 rumah, kemas-kemas rumah. cuma masak ja takkk sebab aku tak rasa nak ke dapur & paling penting se
hingga sekarang aku TAK makan lagi sebab .. tah malas kot & tak rasa nak makan lagi.. adoii =\
kekadang merasakan tahap deprresion aku semakin meningkat. macam-macam kena pikir oii..
tapi takleh jadi ni kena mula re manage mood aku bebaik ni.. dah rasa mula tak teurus ja rasa.
umm , ok tadak crita dah baiii :)
Tuesday, June 14, 2011
$$ bukan segalanya tapi kita memerlukan $$ untuk hidup
Kan best kalau depan umah ada pokok duit. alahaiii masyukk ja rasa.Bila bercakap pasal duit ramai yang cakap 'duit bukan segala-galanya' buat pulak bila mai bab bercinta , pasangan2 yang baru dok kemaruk tu kan duit tak nampak dahh. HELO... memang duit bukan segalanya tapi sedar tak sedar time bercinta la duit lajuuuuuuu jalan ye. nak p dating pon guna duit, makan tak kalah suma restoran gah-gah. tapi kedai mamak skali pon bukankah guna duit ?? sekarang ni air kosong pon mau 2,3 ploh sen.. lain la kalau masing-masing bawak bekal.
tapi like seriously zaman sekarang ni duit tu amat penting.. makin harga barang dok naik makin penting la duit tu.. tapi bukan bermakna yang aku ni materialistik ya.. bukann bukann sama skali.. entry ni lebih kepada kepentingan duit itu sendiri.. *tp materialistik skit2 tu adala*
kah kah ! :p
Ok yang sebenaqnya nak cita duit tu akan menjadi lagi PENTING bila time nak buat kenduri, nak nak pulak kenduri kawen. kadang-kadang pasal duit kita boleh gadoh dengan pasangan bagai nak rak. so no wonder la orang boleh bercerai-berai, gadoh sesama adik-bradik, bunuh-membunuh pasal duit.
see PENTING kan duit tu sebenarnya :)
Para lelaki yang bakal berkahwin, yang tengah hangat bercinta, yang memang bercita-cita nak kawen suatu hari nanti pleasee take note yang anda mempunyai 1 TANGUNGJAWAB yang BESAR bila datang bab nak berkahwin. pastikan anda menyimpan duit gaji anda mulai dari saat ini !!
kalau tak memang time nak kawen anda akan stresss lalu rasa diri tak beguna sebab tak mampu bagi apa yang pasangan anda nak malah untuk persediaan dari pihak anda sendiri pon belum tentu cukup..
bagi yang masih berfoya-foya, perempuan keliling pinggang & yang tak ingat masa depan tu teruskan lah enjoy & selamat menyesal di kemudian hari :)
kenapa duit tu penting bila nak kawen ??
SEBAB :
1) kawen kena bagi mas kahwin, haaaa rasa2 brapa ??
2) kena bagi hantaran, hantaran lekeh2 pon makan ribu
3)kena buat kenduri, catering saja pon memang makan ribu2 jugak, ekut panggilan. kalau dah 1 kepala 8.30 x 700 tetamu dah berapa ye ?? . . HAAAA ce kira
4) pelamin,baju,mekap blablabla lekeh2 RM 4000. *kalau tak buat pelamin skalipon, takkan kawen pakai baju kurung/baju melayu yg dok pakai raya tu kan*
5)doorgift RM1++ X jumlah tetamu, dah berapa kannnn :)
6)Kad kawen
7) sewa dewan, kanopi, upah orang tu orang ni lagi...
8) persiapan lepas kawen lagi, honeymoon,tempat tinggal blablabla . . .
OK tu semua just yang basic2 kot.. belum detail lagi.. so rasa2 korang, mampu ka nak sedia semua tu kalau sekarang ni pon asyik enjoy 24/7 ?? mampu kee ?
kalau memang berasal dari keluarga berada tu lain cerita la kann :)
Oh LOAN BANK kan adaaa :)
boleh ja nak ambik Loan Bank. tapi kalau stakat kenduri nak buat loan puluh puluh ratus ribu,nanti lepas kawen sapa yang sesak dada nak bayar ?? so fikir-fikirkan la..
Duit memang bukan segalanya tapi kita memang sangat memerlukan duit dalam kehidupan seharian...
for me, yang terbaik adalah mula simpan duit sikit demi sikit melalui sekarang. potong gaji bulan-bulan simpan dalam bank.. & kalau boleh biarla cari bakal isteri yang juga mempunyai kerjaya, tak kisah la keja kilang pon KERJA jugak kan. atleast dapat bantu para2 suami lepas kawen nanti & kalau boleh gabung kenduri, gabung jela.. tu bagi pasangan yang memang dok dekat. sebab kat situ kita dapat jimat sikit dah.. & cuba buat secara sederhana & mengikut islam, insyaAllah tuhan permudahkan kat situ :)
actually, semua ni pon untuk peringatan aku sendiri.. kecian en.tunang pening bila fikir pasal duit. Niat di hati memang nak bantu tapi rezeki tu belum ada.. Moga2 lepas ni adala rezeki tu.. aminnn..
p/s : ni semua dari pandangan sendiri & peringatan untuk diri sendiri jugak.. maaf kalau ada yang terasa :) chilll kay !
Saturday, June 11, 2011
Ragam tatkala bosan !
Assalamualaikum uolss..
Ok Noting much to say. cuma nak habaq yang cheq kalau nek keta lama-lama sangat takpon incik tunang mula malas nak layan celoteh or bebelan cheq maka mulaa la jadi macam niiiii....
ce tengok bawah ni
bawah ni haaa
tadaaaaaaaa..... hikhik :P
Wednesday, June 8, 2011
Wordless Wednesday
ini adalah entry Wordless Wednesday versi "dia pon nak gakkkkkk" HAHA :P
Masih lagi menjadi chef untuk menu lunch hari ini. Macam biasa lauk adalah cukup2 untuk isi perut rumah ini sahaja iaitu sebanyak 3 orang. Mak, Abah & ofkos lah chef sendiri kan =)
menu-menunya adalah :
1. ikan gelama goreng
2. sayur sawi+ mushroom masak ayaq
3. menu utama KARI UDANG
*tp kari telebih air sket wuaaaaaa T-T*
walaubagaimanapun tetap sodap yee ! lincin.. puas hati chef . lalalalaalalalala
Jemput Makan semuaaa :)
Tuesday, June 7, 2011
Chef untuk lunch hari ini (=
salam uolss..
Tajuk untuk entry kali ini adalah 'modai' semata-mata untuk update blog ! hehe
sumpahh teringin gila nak update, banyak cerita yang ni kongsikan, tapi tak tahu nak mula dari mana so cancel nak update !
dan entry kali ini merupakan sesi update secara spontan oyeahh ! hahaha
lepas masak teros update. kelessss x ? makan pon tak lagi k.
hari ni turn i menjadi chef ! almaklulma umah ni ada 3 orang jek so 4 sure la my mum & i je yang akan menjadi chef kannn.. abah pulak tolong jadi perasa & tolong makan jek -.-''
4 ur info ini bukan pertama kali i masak. boleh dikatakan selalu jugak la.. kalau malas sangat baru mak masak.. maklumla dekat2 nak 'langsung' ni kena la rajin2 ke dapur ye dak.
kalau dulu kat umah sewa haremmmm pegang kuali pon susah. kalau ada pon goreng telur ja. miahaha..
sekarang alhamdulillah khatam dah serba sedikit pasal masakan. setakat makanan harian yang dok makan tu insyaAllah dah lepas. kalau nak demand lebih2 sila ke kedai ye. hahaha
pelan2 kayuh ye..tapi tada hal suma tu small matter.
actually masak ni bukan susah pon. sebenarnya kita sediri yang malas. semua bergantung pada diri sendiri, kalau diri sendiri nak, kita akan cuba sampai boleh kan... kalau setakat resepi tenet balambakk weh. dah kata dunia di hujung jari kan.. gugel ja nak masak pa bederet resepi yang keluar. so tiada alasan untuk tidak tahu resipi ! *chewah*
OK, untuk menu harini adalah sama seperti selalu iaitu ikan curut goreng, sayur buncis & tambahan 1 main menu iaitu ikan bawal masal swet sour & menu ini juga diambil dari internet. saja nak try masakan baru.. selalu masak benda sama & sikit ja dalam 2,3 lauk.
Dah penghuni rumah ni pon 3 orang memangg tak la nak masak bebanyak kann..
akan datanggg punya insyaAllah betambah family maka bertambah la lauk ! ewah.. hahaha
so moh la kita menjamu selera.. jemput ya sumaaa
* orang dah abes lunch aku baru nak makan* :P
p/s: misi seterusnya adalah untuk masak masakan & lauk-pauk kesukaan incik tunang =)




