Wednesday, July 13, 2011

Trauma Klinik 1Malaysia

"Traumaaa yang melanda menikam-nikam jiwa, selemah ku lemah daku berserah". . by elite!


Assalamualaikum readers ;)



lirik diatas merupakan pendahuluan pada entry kali ni. sungguh aku Trauma ! trauma nak p Klinik IMALAYSIA dah !



FYI, aku mengalami batuk kuat iaitu dengan gegaran 8.7 skala ritcher *ok tipu*. Tapi part batuk kuat tu memang betul !tambah tolak dekat seminggu dah aku mula batuk. batuk kuat sehinggakan menganggu waktu tidur aku. Makan ubat ?? jangan cakap ubat, segala madu pon aku makan, ais jangan cakap la aku dah tak minum sejak-sejak ni.. tak tahan woh batuk kuat ni.



so tadi aku untuk mencuba klinik yang di war-warkan sebelum ni iaitu klinik 1 Malaysia. *padahalduittadak nak p klinik swasta* miahahahaha ;P



Malangnyaaa... aku berasa TRAUMA sebaik sahaja keluar dari bilik MA(medical assistant) tuh. hati meronta-ronta, rasa tetipu. . & mula membebel kerana menyesali memilih 1Malaysia sebagai alternatif kepada sakit aku ni T-T



tapi depends jugak pada individu kan. lain orang lain pendapat & lain rasa. apa yang membuatkan aku rasa kurang selesa adalah cara MA tu memberi ubat , tapi bak kata abah aku "Ma tu ikut prosedur".. tapi tak kisah la janji aku tak suka. aku lebih prefer klinik biasa @ swasta mahupun klinik kesihatan kerajaan yang lain. yang pasti bukan klinik 1 Malaysia.



Aku agak terkesan dengan cara penyampaian ubat tu. 1st dia tanya aku sakit apa & aku jawab aku batuk kuat. lepastu terus dia amik botol ubat batuk yang baru & suruh aku minum ikut sukatan 10ml. arahannya :minum secara pelahan-lahan sampai habes 10ml tu... tekesima aku dibuatnya.. & aku hanya dibenarkan minum air bila aku dirumah. means minum ubat tu tanpa air.. tambahnya lagi tu cara yang betul untuk minum ubat !!!!!



Mak datokkk... aku dah la alah dengan ubat-ubatan ni.. belum penah lagi rasanya aku makan or minum ubat tanpa air.. tapi takan nak tolak kan.. aku pon tabahkan hati minum sikit demi sikit sampai habis. perasaan aku lepas tu hanya tuhan yang tahu ! nasib baik ubat batuk, kalau antibiotik yang kaler putih tu mau aku muntah depan MA tu. !



Kuar ja dari klinik tu aku terus bergegas ke kereta untuk dapatkan air. nasib incik tunang ada spare air dalam kereta. tak cukup dengan tu aku singga kedai lagi untuk dapatkan gula-gula bagi hilang rasa ubat yangg tak sedap tuuuuu!



Lepas ni aku takmau dah p klinik 1Malaysia tu ! *kecuali terpaksa*



sekian terima kasih. baii! :'(





gambar hiasan *tapi dalam penutup tu la aku kena minum tadi !* sungguh sadis bukan ?

3 comments:

  1. alohh.. siannyer.. kna minum ubat depan MA 2 kan.. tp jgn x makan ubt taw.. hehe.. get well soon..

    ReplyDelete
  2. sebenarnye memang makan ubat batuk tak boleh makan dan terus minum air. kene minum ubat batuk tu pelan2, then biar die lalu kat rongga toraks kita yang belendir tu..barulah sengah jam kemudian kita minum air..
    biasenye kalau ubat batuk tu klinik punya memang ada rasa pahit sikit. kalau ubat batuk woOds ke takdelah pahit. :)
    dulu roomate sha Misi, so sha selalu kena ikut arahan dia kalau sakit :)

    ReplyDelete
  3. hahhahah same la kita bermasalah dengan ubat hahah

    ReplyDelete