Tuesday, December 20, 2011

18/12/11 Tarikh Keramat yang WAJIB dikenang

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dengan skali lafaz aku dah jadi yang HALAL untuk Muhamad b. Othman :)


Doakan Kebahagiaan kami Suami Isteri yea :)










p/s: Bersyukur sangat dengan apa yg aku ada sekarang. kahwin awal ni perlu kuat, sebab jauh lagi perjalanan kami.. tapi sekurang-kurangnya kami dah terlepas dari Dosa Maksiat.. aminn.. Now fokus untuk sambung percintaan lepas berkahwin & menjadi isteri yang terbaik untuk incik Somi . doa-doakan ok ! :)


Oh ya ! Sekarang sila panggil saya Puan Muda ANATI..miahahahha :P :P

Monday, December 12, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 8 : PreWedding yo !

Assalamualaikum..


Aku dah dapat gambar PreWeddin' dari En.photoG merangkap kawan kepada incik Tunang.. & Of Cos aku 'happiessst'sangat *eh ?* :P


tamo cakap banyak jom cuci-cuci mata sikit.. aku letak sikit ja dalam blog ni..selebihnya di Laman MukaBuku & Sepenuhnya of cos kat kt soft copy & album :)


*Enjoii*























p/s : Gambar a bit kelam kabut..sebab aku main tarukk ja tak sempat dah nak susun2.. almaklomlah cek tengah bz untuk preparation saat akhir ni :) Doakan semuanya selamat..amennn

Saturday, December 10, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 7 : Fitting Baju Nikah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah sempat lagi update blog sebelum begelar PUAN muda.. hiks.. Harini 10/12/11 adalah hari untuk fitting baju nikah. Seriuss aku excited sangat.. & harini jugak aku baru order coklat untuk hantaran nikah & tinggal lagi 1 ja untuk hantaran. slow kan buat keja ? -.-''


Aku x sure aku p fitting pukul brapa tapi yang pasti petang la. Alhamdulillah baju seperti design yang aku nak & di tacap2 skit oleh designer merangkap tailor aku. Oh ya tailor baju nikah aku ni adalah tailor yang sama buat baju tunang dulu.. disebabkan baju tunang dulu aku puas hati so aku dh jadi pelanggan tetap kt tailor ni.. baju konvo pon buat kt dia.. hihi


Baju nikah aku buat dress & kaler putih mutiara.. aku prefer putih mutiara dari putih gebu/Bersih sebab kaler putih mutiara nampak lebih klasik.. *bagi aku la* hahaha.. baju nikah tak fully siap lagi sebab nak tambah2 apa yang patut.. baju incik tunang pon nak tambah skit2 lagi.. yang dah fully siap kasut nikah customade aku sahaja.. SO far aku sangat puas hati..


kat bawah ni aku bagi sikit 'teaser' untuk baju nikah aku.. *eceh*.. sangat puas hati untuk baju yang aku nak ni.. lain orang lain citarasa so aku tak kesah kalau di mata orang lain nampak biasa.. tapi bagi aku baju ni Very Simple yet prettyawesome. *ehh!* :P



LESS IS MORE bebeyh ! =D


ok datss oll.. sehingga ketemu lagi.. bai !


Thursday, December 8, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 6 : Save The Date Video =)

Assalamualaikum..

dalam sedar tak sedar lagi 10 hari aku bakal bergelar isteri kepada Muhamad b. Othman..
siyess aku macam tak pecaya.. & tengah malam semalam aku gelabah gila bila pk lg 10 hari dah nak nikah sampaikan aku kol habes dua tiga orang member aku untuk hilangkan nebes tu dengan bergosip.. *eh !*

Oh ya, bagi yang follow blog ni , perkembangan aku & yang masih engat akan entry INI , aku ada kasi Teaser skit kan.. & Now aku nak publish kan apa yang nak rahsia sangat tueee.. hahahaa

actually tu adalah video SAVE THE DATE aku & incik tunang.. so anda anda & anda sekalian boleh la mengintai intai video tu dengan klik di sini --->>> MUHAMAD & ANATI_ SAVE THE DATE VIDEO .. enjoy the video ya !.. 2minit jee pomm

& tolong jangan nak kutuk-kutuk aku sebab aku dah 24JAM kutuk diri sendiri.. aku takleh terima kenyataan yang aku ada dalam video tu.. MALUNYAAAA... nampak sangat tadak talent nak blakon2 ni.. macam hapa jek..hahahahahahaha 1st time kot so haruslah MALU kan.. hahaha control ayu, cantek, hapa ka aku dah tak kesah sebab aku memang malu..

terima kasih aku ucapkan untuk PhotoVillage Studio crew di atas video yang menarik tuh..Video mmg aku sukaa sangat. tapi part aku ja yang aku nak tutup mata. kekeke :P

K la siiuuu next entry.. kalau sempat sebelum nikah aku update lagi. kalau tak, aku update selepas bergelar PUAN MUDA jela ek..

p/s: mcm biasa.. DOAKAN segala persiapan & majlis kami berjalan dengan lancar. amenn :)

Thursday, December 1, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 5 : Kad Kahwengg !

Assalamualaikum.


Disebabkan secara rasminya kad banyak yang dah aku edarkan expecially untuk yang dok jauh sebab aku bagi by post. so entry kalini just nak update pasal kad kahwin aku.. sebelum tu.. kawan2 rapat mahupun terdekat nanti aku kasi by hand ok.. sabaqq kenduri cheq sebulan lagi. & bagi mana yang tak sempat, aku jemput kat sini jela & insyaAllah dekat nak kenduri aku invite lain by Fb =)



Ok yang kat antas ni adalah contoh kad kawen aku.. actually kad ni sekeping je , i mean depan & belakang.. ala2 mcm poskad. tapi kad aku gedabak tak macam kad kawen. dah jadi macam kad besday mahupun kad raya.. hahha & kaler jugak bukan lah hitam putih. mana yang dah dapat tau la kaler apa.. jengg jengg jengg..


Ramai yang cakap kad ni comell .. comell ke ? hahaha.. tak macam kad kawen pon,macam budak2 kan.. hehe =p ahhh peduli apa aku memang muda lagi pon. atleast tak la typical kad kawen yang wajib berbunga2 bagai.. sikit kelainan la..


Aku buat kad ni sekeping je (depan belakang) atas faktor penjimatan $$.. w'pon murah, kad ni penuh dengan makna.. ecehh.. Malahh kaler kad ni jugak merupakan warna tema wedding kami =))


So jemput la datang kenduri aku pada 2/1/12 di Kompleks Masyarakat Penyayang Penang.



# Doa2 kan lah supaya segelanya berjalan dengan lancar & selamat.. doakan jugak untuk kebahgian aku & future hasben aku :) aminnn...