Wednesday, June 29, 2011

SELIPAR SEBELAH ?

Assalamualaikum..

hai hai hai.. hehe
rini ada cita lawak sket.. pasal selipar.kenapa selipar? sebab....

Semalam aku hangin 1 badan apabila satu-satunya selipar yang aku ada hilang SEBELAH.
skali lagi, Hilang SEBELAH.. kalau sepasang terus aku leh terima,mungkin orang curi blablabla kannn.. ni sebelah saja. pada mulanya aku engatkan kucing aku si jimmy tu main2 dengan selipar aku. ok fine, aku cari abes sekeliling rumah, sampai bawah kereta & rak kasut pon aku gigih cari tapi keputusan mengecewakan.. selipar aku tetap tinggal sebelah..

kat rumah ni ada la lagi beberapa selipar tapi tu mak & abh aku punya, apa kes kann nak pakai parents aku punya yang semestinya bukan saiz aku & hanya untuk dipakai diluar umah.
Selipar aku ni spesel sket. 234 in 1 sebab aku beli yang boleh pakai dok kat luar2 umah & juga ke mall.. so many in one la.. yang parents akunya stai selipar getah ala2 jepun tu, gamakk ke nak pakai p mall ??? macam tak proper la kan...

Lepas tu aku pon giat la dok mengadu kat pak aku.. aku cakap jimmy yang dok main sampai hilang sebelah.. tapi pak aku jawab " ada kaa KUCING nak bawak lari kasut hang" .. haha betoi jugak kan. paling tak pon mesti kawasan umah ja kan, gamak KUCING tu nak heret p jejauh, bukan ikan pon..

Pastu aku makin giat berfikir, & aku merasakan mesti budak2 yang dok main petang2 ni yang amek selipar aku.. takpon main sepak2 kan, sebab depa jeles selipar aku cantikkk !! *motipppsangatt* HAHA.. tapi takpala dah tadak nak buat macam mana kan.

Nak dijadikan cerita, petang tadi budak2 yang selalu dok main depan umah aku tu datang main macam biasa kan.. aku yang kat dalam rumah ni buat2 la cakap dengan nada yang kuat "sapa laa yang dok gatai amek selipar aku ni sampai hilang sebelah, dok sepak2 ka, amek main tuju kasut ka kan, kalau dapat kat aku, memang mendapat la budak tuu " (gangster x?? hahah ok aku tambah2 sket dialog tadi tapi lebih kurang macam tu la)

Lepas tu aku p bersiap-siap nak kuar p print resume & sijil segala sebab esok ada interview buat ke sejuta kalinya secara tiba-tiba Terkejut Berok & rasa sedikit lucu apabila selipar aku yang hilang tu ada balik, siap susun sebelah2 & diletakkan dengan teratur lak tu ? & bebudak time tu semua dah hilang. maybe dah p main tempat lain kan..

& dalam hati aku mula berkata "sahih budak2 tu yang letak pa" sambil gelak kecil..
tapi tak kesah la, janji aku dapat balik selipar aku & dapat jimatkan $$ untuk beli yang baru..
TERIMA KASIH la pada yang sudi susun balik elok2.. hahahahahhaha

Ok baiii

Sunday, June 26, 2011

Baju Raya dah upah ! Legaaaaa sudaa ^.^

assalamualaikum.

Fuh lega.! baju raya dah p upah tadi, dulu slalu upah kat tok menakan ja. tapi sejak tok menakan dok mengasuh budak so kena la cari tailor len T-T , mahai pulak tu. kat tok menakan dia amek belas-belas ja & lekeh2 RM20 ni p upah tadi sampai RM60 sepasang. grrrrr !!
tapi tu jelah tailor yang paling better kot sebab pi tanya yang lelain lagi mahai nak MAM*** sampai RM90++ sepasang.
kejadah pa mahai2 tah. mahai upah lagi dari kain.. hurmm..

Nasib la 2 pasang baju tu orang yang bagi. kalau tak memang dah beli yang ready-made..
1 kain masa hantaran bertunang & of kozz la baju nak sama ngan incik tunang kan. act tak sama mana pon sebab dia kaler purple & aku pink. tapi kat sulaman kain aku ada la kaler purple2 sket.so mecing la kan.. apa kes nak sama 100% :P

dan lagi satu pemberian dari mak incik tunang.. so dua2 aku buat baju kurung moden aja.
aku jenis tak begitu cerewet. dah kata less is more kann. so memang aku tak la nak tambah manik2 bagai.. buat fesyen macam2 ka.. aku jenis yang kalau boleh biar baju tu untuk raya & leh buat p kenduri or kerja.. senang cita. tayah dok buat or beli banyak2. nanti kalau buat vouge gila2 nanti tak sesuai lak pakai untuk pi keja kan... & zaman kebaya untuk aku macam dah berlalu. dah bertahun tak buat kebaya & aku pon tak sure kenapa, maybe aku lebih prefer kurung moden & kurung biasa dari kebaya kot.. :)

buat masa sekarang dua pasang tu jelah. nanti kalau aku nak add on aku beli yang dah siap jela kan. sekarang pon dah berlambak sangat baju ready-made yang murah&cantik. kadang-kadang rasa macam buat tu membazir dari beli yang dah siap. tapi bagi yang nak betol2 ekut ukuran badan sendiri & untuk function tertentu atau untuk raya ok la kot. tapi kalau setakat nak p keja rasanya beli siap dah lagi berbaloi KECUALI lah upah tu memang MURAH.

sekian, ok baii...

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Abah =)

Selamat Hari ABAH ! :)



tiada hadiah mahal-mahal hanya air tangan sendiri sebagai hadiah & tanda ingatan kat abahh. tu pon just masakan yang simple. harap Abah suka :)







SELAMAT HARI ABAHH :))


Hari Makan-Makan makan makan makan & makan

salam semua.




harini hari aku makan dari siang sampai ke malam so no wonder la kalau berat badan tadak tanda-tanda nak turun malah makin meningkat. tak lama lagi leh kuarkan statement

"berat badan membunuhku" ekekeke... :P




meh tengok aktiviti aku :)



otw MAKAN kenduri adik bradik kt puspahome !


pelamin, meja makan beradab blablabla suma amek


sedara ja sebab dia mmg wedding planner (=



Texas Ted, 1901,gurney plaza.



lama x pekena 1901 sbb tu ajak encik tunang p chill makan

kat 1901 gurney. Rasa happy lepak2 sambil sembang ceni skali segala :)


encik tunang yang messy

muka tak puas hati sebab hotdog dia dah abes.. KAH KAH*ok tipu*




lepas makan pusing2 gurney tengok apa-apa yang sale.

btw, CHARLES& KEITH on saless ya!!

tapi tak beli pon saja survey2 tengok dulu kot ada yang berkenan leh buat hantaran nanti :)


lepas ke gurney, teros ke padang broom... MAKANN lagiiii.... tapi ni tapau je.

borong pasembor, sate untuk mak & abah dirumah.. sambut father's day kat umah ja..

nak beli hadiah tak mampu so belanja makan je yang mampu..


lepas tu singgah astaka stadium beli nasi lemak jun pulakk.. nasi lemak ni antara feveret i la ye..

tapau 3 bungkus untuk mak & abah skali :)


lepastu baruuuuuu la balik :) sambung makan pasembor, nasi lemak & sate kat umah lak !

maka berat dah bertambah sebanyak 20 KG untuk harini saja *tipu lagi* :P


tu saja untuk harini baii ..




p/s : Pasal berat tu tak tipu memang dah agak berisi sebab sepatutnya p kenduri pakai baju pink tp since abah tegoq baju tu nampak ketat jalan pon menonggek ja so tukar baju kurung hijau .. wuwuuwuwuw T-T xmo gemokk...


eh2! baru perasan harini dah 19/6 maknanya dah ulangbulan ke-3 pertunangan aku.. :)


Selamat ulangbulan ke-3 encik tunang sayanggg *muhamad b othman* .

love u so much !!! semoga kita KUAT untuk sampai ke hari itu, sentiasa dalam keredhaanNya &

bahagia ke akhir hayat. aminn.. :))))))

Friday, June 17, 2011

Help ! Help !

salam semua,

dikesempatan ni nak mintak tolong skit pada readers sekalian. sapa tau pasal wedding2 planner kat Penang (kaw Pulau je). lagi banyak lagu bagus sebab nak buat servey dlu & kalau leh tanak ah yang pakej2 harga untuk anak2 dato' nya sebab kite wat wedding biase jee =)

selain dari tu caterer yang baik, ok, best, service pon ok kat kawasan penang ni dan bersesuaian dengan Harga. Tamo yang Mahal-mahal sampai 1 kepala 10 hgget, nehi2..

kalau leh nk servey jugak untuk Photographer, videographer, Make-up retisss yang OK & berbaloi dengan harga yang ditwarkan.

haaaa kad kawen jugakk !! katna yang leh dapat murah2 atau yang berpatutan dekat penang ni..

& apa2 yang berkaitan dengan wedding lah.. tolongg plissss..


Dan pada sesapa yang baik hati boleh jugak share serba sedikit tentang persiapan untuk wedding. apa yang perlu dibuat dan begitu jugak dengan sebaliknya. boleh gak nak masokkan dalam list kan..


Almaklumla.. i ni anak tunggal, manalah pandai bab2 wedding ni tambahan pula masih muda remaja so before2 ni memang tak la nak amek pusing bab2 kawen ni.. huhuhu

kalau ada kakak or abang yang dah kawen boleh gak mintak tolongkannn . .
wuwuwuwuw T-T


tOLong ye kawan kawan sayangg.. k baii :)

Penyakit malas mula menyerang =\

assalamualaikum.

2,3 hari ni penyakit malas membuak-buak taktau la pasai pa. iskk..!
masak memang tak la sebab malas, bangun tido pon lambat, ada sehari tu umah semak gila tengok buat dono jaa. & 0n9 macam tadak apa2 berlaku.. nasibb mak tak bisingg..
mak pahamm kot kann... * tapi sampai bila nak paham kan* :p

selain dari tu ianya juga merupakan hari-hari teruk aku kot.. mood memang kelaut sangat.
bergado berhari-hari berturut-turut. sekecik-kecik benda pon memang aku melentingg macam benda besaq.! pasaipaaa tah... ishh..

Dan semalam & harini aku pening sangat kepala. tataw napa. rasa satu badan masuk angin, sebab makan lambat. Makan pon sehari 2 kali ja iaitu petang & malam. T-T
sebab tu jadi pening kot.. bangun-bangun tido memang mata berpinau-pinau. punya pening sampai bediri nak jalan pon kena pegang dinding/kerusi or apa saja yang ada disekeliling. TAPI tu semalam la. Harini ok la.. tapi pening tu tetap ada cuma tak seteruk semalam & takmau manjakan sangat.

nak suruh rehat ?? dah rehat sebulan lebih dah kot. haha.. kalau aku pening & p tdo lagi lama-lama yang kononnya *rehat* memang tak la. nanti takleh bangun teros sebab bertambah-tambah pening. so disebabkan taktau apa nak buat on9 jala keja tetap aku skarang.

tapi harini ok la tahap kemalasan dah turun sikit sebab aku tolong basuh baju 1 rumah, kemas-kemas rumah. cuma masak ja takkk sebab aku tak rasa nak ke dapur & paling penting se
hingga sekarang aku TAK makan lagi sebab .. tah malas kot & tak rasa nak makan lagi.. adoii =\


kekadang merasakan tahap deprresion aku semakin meningkat. macam-macam kena pikir oii..
tapi takleh jadi ni kena mula re manage mood aku bebaik ni.. dah rasa mula tak teurus ja rasa.



umm , ok tadak crita dah baiii :)

Tuesday, June 14, 2011

$$ bukan segalanya tapi kita memerlukan $$ untuk hidup



saja bikin suspen ^^





Kan best kalau depan umah ada pokok duit. alahaiii masyukk ja rasa.







den kayo ! den kayo! yeayyyy ! =.=''


*mimpi jo laa*




Bila bercakap pasal duit ramai yang cakap 'duit bukan segala-galanya' buat pulak bila mai bab bercinta , pasangan2 yang baru dok kemaruk tu kan duit tak nampak dahh. HELO... memang duit bukan segalanya tapi sedar tak sedar time bercinta la duit lajuuuuuuu jalan ye. nak p dating pon guna duit, makan tak kalah suma restoran gah-gah. tapi kedai mamak skali pon bukankah guna duit ?? sekarang ni air kosong pon mau 2,3 ploh sen.. lain la kalau masing-masing bawak bekal.

tapi like seriously zaman sekarang ni duit tu amat penting.. makin harga barang dok naik makin penting la duit tu.. tapi bukan bermakna yang aku ni materialistik ya.. bukann bukann sama skali.. entry ni lebih kepada kepentingan duit itu sendiri.. *tp materialistik skit2 tu adala*
kah kah ! :p

Ok yang sebenaqnya nak cita duit tu akan menjadi lagi PENTING bila time nak buat kenduri, nak nak pulak kenduri kawen. kadang-kadang pasal duit kita boleh gadoh dengan pasangan bagai nak rak. so no wonder la orang boleh bercerai-berai, gadoh sesama adik-bradik, bunuh-membunuh pasal duit.

see PENTING kan duit tu sebenarnya :)

Para lelaki yang bakal berkahwin, yang tengah hangat bercinta, yang memang bercita-cita nak kawen suatu hari nanti pleasee take note yang anda mempunyai 1 TANGUNGJAWAB yang BESAR bila datang bab nak berkahwin. pastikan anda menyimpan duit gaji anda mulai dari saat ini !!
kalau tak memang time nak kawen anda akan stresss lalu rasa diri tak beguna sebab tak mampu bagi apa yang pasangan anda nak malah untuk persediaan dari pihak anda sendiri pon belum tentu cukup..

bagi yang masih berfoya-foya, perempuan keliling pinggang & yang tak ingat masa depan tu teruskan lah enjoy & selamat menyesal di kemudian hari :)

kenapa duit tu penting bila nak kawen ??
SEBAB :
1) kawen kena bagi mas kahwin, haaaa rasa2 brapa ??
2) kena bagi hantaran, hantaran lekeh2 pon makan ribu
3)kena buat kenduri, catering saja pon memang makan ribu2 jugak, ekut panggilan. kalau dah 1 kepala 8.30 x 700 tetamu dah berapa ye ?? . . HAAAA ce kira
4) pelamin,baju,mekap blablabla lekeh2 RM 4000. *kalau tak buat pelamin skalipon, takkan kawen pakai baju kurung/baju melayu yg dok pakai raya tu kan*
5)doorgift RM1++ X jumlah tetamu, dah berapa kannnn :)
6)Kad kawen
7) sewa dewan, kanopi, upah orang tu orang ni lagi...
8) persiapan lepas kawen lagi, honeymoon,tempat tinggal blablabla . . .


OK tu semua just yang basic2 kot.. belum detail lagi.. so rasa2 korang, mampu ka nak sedia semua tu kalau sekarang ni pon asyik enjoy 24/7 ?? mampu kee ?
kalau memang berasal dari keluarga berada tu lain cerita la kann :)

Oh LOAN BANK kan adaaa :)
boleh ja nak ambik Loan Bank. tapi kalau stakat kenduri nak buat loan puluh puluh ratus ribu,nanti lepas kawen sapa yang sesak dada nak bayar ?? so fikir-fikirkan la..

Duit memang bukan segalanya tapi kita memang sangat memerlukan duit dalam kehidupan seharian...

for me, yang terbaik adalah mula simpan duit sikit demi sikit melalui sekarang. potong gaji bulan-bulan simpan dalam bank.. & kalau boleh biarla cari bakal isteri yang juga mempunyai kerjaya, tak kisah la keja kilang pon KERJA jugak kan. atleast dapat bantu para2 suami lepas kawen nanti & kalau boleh gabung kenduri, gabung jela.. tu bagi pasangan yang memang dok dekat. sebab kat situ kita dapat jimat sikit dah.. & cuba buat secara sederhana & mengikut islam, insyaAllah tuhan permudahkan kat situ :)

actually, semua ni pon untuk peringatan aku sendiri.. kecian en.tunang pening bila fikir pasal duit. Niat di hati memang nak bantu tapi rezeki tu belum ada.. Moga2 lepas ni adala rezeki tu.. aminnn..


p/s : ni semua dari pandangan sendiri & peringatan untuk diri sendiri jugak.. maaf kalau ada yang terasa :) chilll kay !

Saturday, June 11, 2011

Ragam tatkala bosan !

Assalamualaikum uolss..





Ok Noting much to say. cuma nak habaq yang cheq kalau nek keta lama-lama sangat takpon incik tunang mula malas nak layan celoteh or bebelan cheq maka mulaa la jadi macam niiiii....



ce tengok bawah ni


























bawah ni haaa





tadaaaaaaaa..... hikhik :P





comels tak comels tak ? *silamuntahsekarang* HAHAHA !

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday

ini adalah entry Wordless Wednesday versi "dia pon nak gakkkkkk" HAHA :P


Masih lagi menjadi chef untuk menu lunch hari ini. Macam biasa lauk adalah cukup2 untuk isi perut rumah ini sahaja iaitu sebanyak 3 orang. Mak, Abah & ofkos lah chef sendiri kan =)


menu-menunya adalah :


1. ikan gelama goreng
2. sayur sawi+ mushroom masak ayaq
3. menu utama KARI UDANG




*tp kari telebih air sket wuaaaaaa T-T*


walaubagaimanapun tetap sodap yee ! lincin.. puas hati chef . lalalalaalalalala


Jemput Makan semuaaa :)


Tuesday, June 7, 2011

Chef untuk lunch hari ini (=

salam uolss..


Tajuk untuk entry kali ini adalah 'modai' semata-mata untuk update blog ! hehe
sumpahh teringin gila nak update, banyak cerita yang ni kongsikan, tapi tak tahu nak mula dari mana so cancel nak update !

dan entry kali ini merupakan sesi update secara spontan oyeahh ! hahaha

lepas masak teros update. kelessss x ? makan pon tak lagi k.

hari ni turn i menjadi chef ! almaklulma umah ni ada 3 orang jek so 4 sure la my mum & i je yang akan menjadi chef kannn.. abah pulak tolong jadi perasa & tolong makan jek -.-''

4 ur info ini bukan pertama kali i masak. boleh dikatakan selalu jugak la.. kalau malas sangat baru mak masak.. maklumla dekat2 nak 'langsung' ni kena la rajin2 ke dapur ye dak.
kalau dulu kat umah sewa haremmmm pegang kuali pon susah. kalau ada pon goreng telur ja. miahaha..

sekarang alhamdulillah khatam dah serba sedikit pasal masakan. setakat makanan harian yang dok makan tu insyaAllah dah lepas. kalau nak demand lebih2 sila ke kedai ye. hahaha
pelan2 kayuh ye..tapi tada hal suma tu small matter.

actually masak ni bukan susah pon. sebenarnya kita sediri yang malas. semua bergantung pada diri sendiri, kalau diri sendiri nak, kita akan cuba sampai boleh kan... kalau setakat resepi tenet balambakk weh. dah kata dunia di hujung jari kan.. gugel ja nak masak pa bederet resepi yang keluar. so tiada alasan untuk tidak tahu resipi ! *chewah*


OK, untuk menu harini adalah sama seperti selalu iaitu ikan curut goreng, sayur buncis & tambahan 1 main menu iaitu ikan bawal masal swet sour & menu ini juga diambil dari internet. saja nak try masakan baru.. selalu masak benda sama & sikit ja dalam 2,3 lauk.
Dah penghuni rumah ni pon 3 orang memangg tak la nak masak bebanyak kann..

akan datanggg punya insyaAllah betambah family maka bertambah la lauk ! ewah.. hahaha

so moh la kita menjamu selera.. jemput ya sumaaa
* orang dah abes lunch aku baru nak makan* :P







p/s: misi seterusnya adalah untuk masak masakan & lauk-pauk kesukaan incik tunang =)