Thursday, March 31, 2011

Topik campo-campo =.="

Salam u olss (:

Dah lama tak update, bukan tanak update tapi tadak story yang nak diupdate kan.. Nanti asyik cita pasal tunang, bf segala orang geli-geleman @ menyampah pulak kan.. tapi adat la, bukan suma orang suka kita senang & bahagia. tapi bila susah ada ja tepuk tangan beramai-ramai. silap2 hari bulan maunya puak2 tu buat kenduri kesyukuran tros.. ok STOP merepek ! haha


Di petang yang mulia ni tadak apa sangat nak update just.. sejak dua tiga empat menjak ni ada terfikir nak jadi seorang gadis, perempuan, anak dara, tunang yang lebih muslimah.. wahh gituu kannnn.. Tapi seyes weh, bukan nak tipu.. sejak2 dah berkomitment skit ni maka nak jugak la berubah ke arah kebaikan kan.. tapi pelan2 kayuh la.. Bak kata omputeh Step By Step. tak gitu ?
Dan sila lah berpikir luar dari kotak sket, Muslimah tu bukan la teros nak pakai jubah, purdah bagai... kannn.. so pikir-pikir la sendiri.. hehe

Act kalau leh aku nak la menutup aurat dengan lebih sempurna.. Yaaa yaaa.. sekarang pon memang dah bertutup litup tapi biar la dengan lebih sempurna bukan hanya dengan mengikut perkembangan fesyen semata-mata.. Aku juga dalam cubaan nak menjadi diri sendiri bermaksud TAK TERLALU mengikut perkembangan fesyen & seterusnya melupakan nilai2 islam itu sendiri. Tak salah berfesyen tapi biar kena gaya. bukan ka ?? hehe maaf, bukan niat nak berceramah bagai.. tapi just untuk ingatan diri sendiri. Bila sebut bab2 agama ni aku akui aku bukanlah sempurna.. malah maseh cetek lagi pengetahuan. Disebabkan itu lah aku akan cuba sikit demi sikit untuk berubah.. heee

Penah jugak sedikit sebanyak topik ni menjadi perbualan Aku & mak yang gojes ..

Aku : Mak, ati takot la bila dah tunang ni, & nak kawen nanti suma.. bole ka ati jadi isteri yang baik. buat pulak ada baby nanti nak jadi mak yang baikk.. takot tak bersedia la mak..

Mak : Tak yah cakap tak bersedia la ti oii.. kalau nak tunggu bersedia sampai bila. boleh confirm ka time tu dah sedia ? & Engat lagi 1.. sebelum jadi isteri & mak yang baikk.. jadi dulu Anak yang baik... Tak payah dok fikir benda yang jauh2.. jaga dulu benda2 yang simple. kalau kita boleh jaga insyaAllah semua ok.

Aku: umm. . Ok.
(perghh sungguh menusuk di kolbu ya ayat mak tu) T-T..


Disebabkan itu jugak laa.. aku agak terusik (skema gila) .. & keep thinking pasal benda2 yang simple tu.. mungkin maksud mak benda yang kita anggap mudah tapi sebenarnya tak.. kan ! hehe.. Mungkin juga aurat salah satu darinya.. bertudung sekalipon tapi tak sempurna apa guna kan.. (yaa yaaa aku masih lg situasi tu).. Urghh.. banyak benda yang simple pon aku ta pass lagi ni.. aiseh.

Ok kesimpulan dari cerita aku yang panjang lebar tu adalah... aku nak 'LET GO' semua baju& seluar aku yang aku males nak pakai. yang terlampau ketat, yang dah tak cukup, & sewaktu denganya.. & Harganya adalah sekitar RM5-20 ja :) act ada jugak beberapa baju yang aku baru beli & pakai 2,3 kali tapi dah tada nafsu nak pakai. hehe ..
Akan diupload & update later.......



Wednesday, March 23, 2011

Tutti Frutti dah tak jauh lagi =))

Assalamualaikum & selamat petang sume :)

Ok entry kali ni act dah basi sebab dah lama baru nak update. haha.. besala bz ngn persiapan e'day dulu :p

ok noting much just nak cita yang akhirnyaaa tercapai jugak hasrat untuk makan tutti frutti ni. Dulu dok teringin gila tapi jauh, kat Island Plaza @ tanjong tokong eh ke tanjung bunga ? mana-mana lah.. janji area blah sana. untuk info lebih tepat sila gugel ye :) tapi at last dapat jugak, bila time balek keja sekali tu tengah lalu dengan bf aii (masa tu ta tunang lagi) otw nak p QueensBay Mall@QB then suddenly aku jeritt dengan penuh prasaan "TUTTI FRUTTi..... !!!" sampai si driver pon terkejot, nasib ta xcident.. hihihi bukan apa pon just aku ternampak nampak 'warong' tutti frutti yang sangat dekat dengan QB tu. meansss tak la jauh dari rumah.. haha. boleh bedal selalu la kan :P

sesudah menshoppimkan diri di QB teross Zaaaaassssss ! ajak bf tersayang untuk mendapatkan tutti frutti idaman tu.. hahaha terujaaa youu :P =p

ok meyh tengok beberapa aksi gedik bersama my nyummy TF

*kalau rasa-rasa nak muntah silakan*



Muka lepas balek keja yang kehabisan mekap & huduh ya amatt !

perak @ jakun (=

:- Ya, kami memang Perak @ Jakun sebab sebelum ni ta pernah ber TF sampai la depa my bukak warong yang berdekatan dengan kediaman kami. haha ! peduli hapa orang nak cakap apa pon kan :))

Tuesday, March 22, 2011

Unspeakable Memories =))

Assalamualaikum & Morninn peeps !

Harini genap 3 hari aku bergelar tunangan orang. Nak tahu perasaan aku ? for sure lah syukur sesangat. Aku dah maju satu langkah kehadapan. Alhamdulillah =))

InsyaAllah lepas ni aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi tunang yang baik even memang tak boleh perfect 100% atleast aku wajib jaga tingkah laku aku & juga hati perasaan my fiance. doa2 kan la yer (:

ok, majlis sabtu lepas berjalan dengan lancar.. ramai adik-beradik & kawan2 yang datang. walaupun ada beberapa BFF aku yang tak dapat join sebab ada hal masing2 tapi takpela.. *Nanti kenduri kawen ampa maii taw ! tak mai putus kawan !! *huh :P

Rupa-rupanyaa baru aku tau yang kenduri-kendara ni penat even aku tayah buat apa2 kerja time tu justt dok senyum memanjang, sampai senyum pon dah dok my tak eklass. hahaha penat kott.. tu baru tunang.. kawen nanti tataw la kan. huhu T-T

btw, baru teringat thanks jugak dekat kawan sepermainan merangkap jiran aku sebab sudi balik jauh-jauh dari terengganu sebab nak tengok kawan sebelemoih dia ni bertunang. keskeskes :P & Tak lupa jugak pada jiran2 serta sanak saudara yang sudi menolong dari bermula persiapan sampai lah penutup e'day.. tolong kemas2 rumah, bungkus2 makan, sumbangan doorgift & lelain. kalau tadak semua2 tu tak sempurna la kenduri kami... Terima Kasih tak terhingga :)

A big thankss jugak pada wedding planner eh, Engangement Planner kami iaitu Sue & Team The Hous of Red Gincu dia atas pelamin, mekap, & hand bouquet yang sungguh letopss.. hehe thanks alot. nanti leh promote kat kawan2.. :) & thanks jugak pada Photog kami merangkap kawan pada my Fiance iaitu rAhman Aziz.. thankss alot jugak ye :P

ok tamo nak berceloteh panjang dah.. jom tengok sedikit sebanyak gambar sempena E'Day aku yang lepas.. Ni gambar sumbangan dari camera kazen (abg adik).. Gambar yang lelain still di tangan photog & akan di upload kemudian bila dah dapat k :)















Thursday, March 17, 2011

MY Super Duper Mini Pelamin.. xoxo :P

Halo Halo Halo, kopi kah milo ? :p

Gudmorning uolsss.. di pagi yang hening ni, *tapi takla hening sangat sebab dah pukul 11.30* aku nak berkongsi cerita pasal persiapan yang untuk engangement nanti. Disebabkan hari ni lect dari Uitm nak melawat aku kat opis so aku terlupa yang E'day aku dah betol2 just sipi the corner
herrh =.=" Dua hari lagi kottt !! gila kau terus nebes secara tiba-tiba =|a
ok relakss atii relakss.

ok berbalik pada cerita asal, act aku just nak berkongsi pasal persiapan yang latest aku iaitu pemasangan My Super Duper Mini Pelamin. SUPERKAH ?? hahaha. tak la super sangat aku memang dah plan nak mini pelamin yang simple tapi nice, yang nampak sweet, fresh & ala2 suci gitu. perghhh kuat berangan betol kan. Ok,dah abaikan !..

So semalam yakni malam rabu 16/3/2011 datang la crew-crew dari TheHouseOfRedGincu iaitu team yang bertanggungjawab menyediakan mini pelamin aku tu. crew2 yang diketuai oleh Sue tu datang dalam pukul 8pm lebih kot & terus memulakan proses mendeco mini pelamin yang hanya mengambil masa sejam lebih macam tu. sebelum 10 p.m dah seap suma, siap boleh minum & amek gambar mini pelamin tu. kelesss tak ?? =))

Act mini pelamin yang aku idamkan tu adalah idea aku sendiri yang dicilok dari idea mini pelamin sepasang artis ni... Artis mana ?? kalau pandai teka laaaaa ~ tapi dun werii sebab aku tak la celop 100% .

Ok dah.. lets cekidaut full draf untuk mini pelamin aku tu yang di sketch oleh owner butik pengantin tu, Cik sue.. & beberapa gambar sekitar proses pemasangan mini pelamin semalam. Jom ! Jom !





sketch Mini Pelamin dari Sue owner (The House Of Red Gincu)



Tadaaaa... dua je gambar sekitar pemasangan. hehehe nak letak banyak2 nanti ta seprais pulak kann :)


Nak nengok yang FULLY Seap punyaa ? ?

Tungguuuuu............. will be update later ya. tunggu lepas majlis ok ? ((:



Monday, March 14, 2011

Sesi Memproses Rumah Secara Besar-besaran (n,n)

hye uolss...

Entry kali ni just nak update persiapan-persiapan terakhir sempena menyambut my BIG day yang dah tak sampai seminggu. OMG !! tambah tolak bahagi darab tinggal lagi 5 hari ja lagi.
Bersediakah aku ? ? =|

Urm, ahad yang lalu iaitu semalam pacik macik serta sepupu sepapat aku telah datang ke rumah untuk membantu kami sekeluarga dalam persiapan sempena E'day nanti. tapi semalam more tu sesi memproses rumah or kemas rumah secara abes-abesan. from A to Z.. tapi no fully complete la kan sebab certain2 benda one day before e'day baru buat. Apa-apa pon kerja mengemas rumah semalam dianggap sebagai settle ! alhamdulillah.. just 1 bilik je yang tak kemas. sebab bilik tu lebih kurang macam stor la. Yang mana ta diperlukan kami letak kat bilik tu buat sementara waktu. so kalau nak kemas pon ala2 kadar jela.. Maklum lah umah aii bukan banglo ada berbelas2 bilik bagai, rumah keciikk je. tu pon dah cukup bersyukur =D

so jom tengok sedikit sebanyak keadaan semasa sesi memproses isi perot rumah tu :


My cuzen & uncle dalam cubaan memasang menda alah double layer apa tah nama untuk letak curtain :p

cuzen aii yang dah tedampar kepenatan. hehe ciann fiza.
bilik yang still semak samun.. =.='

again cuzen aii & her mom @ my aunt berehat sebentar bersama kerepek hapak ! haha :P


tadaaa.... curtain dah seap.. my curtain without the kening2 one. simple sudeyh !


DAtss all lah kott ! selepas pemprosesan rumah nak tengok jugak ke? tayahh laaa.. tengok pic e'day teros jelah k :)



p/s: A lots of Thanks untuk family macik,pacik aii sebab menolong memproses isi perot rumah semalam. Nanti An or Fiza kawen ati p tolong pulak ok ! tolongg Makannn.. ehehehhe =p

ok daaa. thx fer reading ya !



Saturday, March 12, 2011

Tips Cara Meminta Maaf ^.^

Gudmorning readerss..

Harini nak berkongsi tips sikit. Asek cita pasal diri sendiri ja kan naik muntah orang baca. so selitkan la sedikit sebanyak tips yang termampu. chewah =p

Okeh, tips kali ni adalah Cara Meminta Maaf :) sebut pasal minta maaf ni tak ramai tau caranya bukan? paling femes skali adalah hanya dengan say "SORRY" or "Saya Minta Maaf". Adakah dengan ungkapkan ucapan sedemikian rupa dapat meredakan segala kemarahan, kesedihan, kekecewaan semua ? I Dun think so lah! Tell u wat kalau nak buat salah tu tayah tipss la pulak kan, sekali buat salah berbakol-bakol salahnya kan. Tapi kalau bab nak minta maaf failed sentiasa. haisss apa nak jadi laa..

Ok stop membebel-bebel atie ! jom proceed to the main topic kita.
Ada beberapa tips yang nak dikongsikan bersama & tips ini juga dikaut dari
Majalah Dara. . 1st time beli majalah Dara dah dapat info yang menarik so apa salahnya kalau kita berkongsi kan =D

Antara caranya adalah seperti berikut :

1. bagi perempuan kan, why not kalau kita masak sumtin or lebih kepada makanan kegemaran si dia. maybe dengan cara ini dapat menyejukkan hati sidia :) Tak Pandai Masak ??? alaa apa adahal stakat nak masak 1,2 jenis makanan kegemaran dia. belajar la beb! nak seribu daya kan.

2. Tips yang ini juga agak familiar tapi jarang orang ikut pon kan iaitu dengan hadiahkan coklat pada si dia.. SEBAB coklat ni boleh menenangkan taw ! so bila dia makan nanti harap2 cool la sket =)

3. kalau si dia memang tengah panas sangat mahupun dah meletus kemarahan dia macam gunung brapi tu, apa salahnya bawak si dia ke suatu tempat yang menenangkan. contohnya pantai & makesure la orang ada orang jugak disekeliling, nanti tak pasai2 kena tangkap *KHAL* pulak kan. bila dah di tempat yang tenang, bagi si dia masa untuk cool down balik.. jangan pressure lagi dengan macam2 pertanyaan or tak putus2 dok mintak maaf. lagi la dia stress. Bagi si dia cool dulu sket then baru lah mintak maaf dengan nada yang paling bersalah. kalau leh nanges lagi bagus. baru bersunguh sket ! hahahahha

4. Hantarkan kad ucapan kepada si dia lebih nampak bersungguh bila kad tu hasil kerja tangan diri sendiri & dalam kad tu nyatakan atleast 10 sebab kenapa si dia perlu memafkan kamu. Sila pastikan juga anda menyelitkan rasa sayang anda dalam kad ucapan tu. baru la hati dia berbunga-bunga skett. ^^

5. Bagi yang agak romantik why not kalau anda dedikasi kan sebuah lagu kegemaran si dia pada siaran radio kegemarannya. Dann adalah lebih baik kalau lagu tu anda nyanyi & mainkan sendiri. *ala2 main guitar smbil nyanyi* ohhh sungguh suwitttt bukan ?

6. Tips yang ini jugak agak familiar kat dalam movie. kat luar tak pasti pulak.. Hantarkan sejambak bunga & makesure fresh flower ok ke rumah or opis si dia serta selitkan sekali kad ucapan dengan kata2 semanis yang boleh. *kalau ada semut datang tu mmg betol2 maness la* =P & aku teringinn gila kott nak dapat macam ni, rasa macam suwitt 7 terharu nyeee !!!!! *tp boleh brangan jela* HAHAHA =b

7. Tips ini ok la jugak tapi tak power sangat bagi aku iaitu dengan berjanji dengan sidia yang kamu takkan mengulangi kesilapan tu dan mulakan hubungan itu sebaik mungkin. sebab apa aku cakap tak power ??SEBAB.. berjanji tu kadang2 naik lali dah.. asyik2 janji tup2 buat lagi. janji again & buat jugak.. so macam effect dia tak bopa nak UMphh !! la kan. lagipon kalau kesalahan yang selalu sangat buat memang susah la nak terima jani-janji gula mu itu. hehe
tapi kalau rasa macam 'atleast try' so ok la. just do it bebeh ! =)

8. Tips ni adalah dari aku sendiri.. for me kalau kita nak minta maaf tak semestinya kena bagi barang mahal2.. camtu jenuh la. sekali-sekali nak pujuk bagi handbag LV satu. lama2 bankrap camtu ja. haha kadang-kadang sekecik2 benda kalau kita bagi contohnya kad pon dah bagi makna kat seseorang. sebab tu menunjukkan orang tu bersungguh-sungguh minta maaf. TAPI ! jangan la tiap kali nak pujuk pon asyikk bagi kad je bangg.. lama-lama tak makan saman dah la =P


Sekian sedikit sebanyak tipss dari aii.. act, ada beberapa tips lagi tapi kalau nak taw lebih lanjut, beli lah Majalah Dara edisi 105, mac 11. (siap promotee lagi youuu !) Hahaha =)

thankss for reading ya !

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita ;))

Selamat hari wanita pada suma kaum wanita diluar sana :))

Semoga kita menjadi wanita yang lebih berjaya kelak. sesungguhnya tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan donia. ecehh ! :P


Monday, March 7, 2011

=|


"Life doesn't hurt until you think about how much things have changed,
who you've lost along the way,and how
much of it was your fault." - Jamila M. Allen

"The tragedy of life is not that it ends so soon, but that we wait so long to begin it." - Anonymous


& blablablabla... ok ! *aku merepek. abaikann.*




Mood yang. . . herhhh tak tau nak cakap +.+"

SEMALAM tdo dekat kul 4 pagi ! !
Macam2 jadi sebelum tido. tapi bukan la pecah rumah ka pa. just masalah HATI.. *euwww, geli kan baca* HAHAHA tapi tu la yang jadi sebenarnya. :P

Pagi2 mornin nak bangun pi keja teramatlah Lepat liatt. Dengan tak bermaya langsung ! tak dak semangat ! down ! macam takmau pi gheja ! dengan ngantok ! letih dengan diri sendiri ! aku pon tak leh nak handle diri sendiri macam mana orang nak handle aku... mimpi jelaa natii oii..

simptom2 tu berlanjutan sampai lah aku lunch, abes lunch pastu dah kian berkurangan. tapi rasa penat dengan diri sendiri sampai sekarang dok rasa. herhhh apa la nak jadik =.="

niway, kesan-kesan dari gejala tak sihat tu adalah.....

1. buat kerja suma salah rini. buat payment voucher tapi tak tuleh Total brapa hingget.! see see.. dok engat apa tah. gila btoi la.

2. Suma benda berkaitan keja aku leh lupa.. ada step yang terskip.. :||

3. tiada mood untuk bersembang dengan opismate.. so aku lebih banyakk diam selalu pon diam tapi rini sengatt sangatt diam! dalam hati *nak kata apa pon kata laa, tadak hati nak layan hampa* HEHE sorry..

4. ditegur oleh pacik kat opis yang cakap mata cam tak cukup tido & dia cakap lagii.. 'besala malam minggu mesti balek lambat p enjoy'. . . . . . . .
*eerkkk maap pacikk saya tak keluar malam2 butazaman2 jahiliah dulu ja saya cmtu*

5. saya juga tak melayan boypren seniri dengan ym & chat dengan terpaksa. reply pon halai balai ja. . . . *sorry yunk! rini btol2 tak da semangat*

6. urmmm ... aaaa .. . . tah la tu ja kot.. :(


btw, hati lebih tenang bilaa dok ulang dengar lagu ni InsyaAllah..


p/s: please take note yang simptom ni bukanlah disebabkan bergado dengan boiprenn. tidak sama sekali sekian :| THX 4 Reading !

Saturday, March 5, 2011

Contest Blog Paling Simple =D

Assalamualaikum uollss.. =))

Ini adalah buat pertama kalinya aku join contest. before ni haremm... tak pernah&tak reti pon hehe. Ni pon terkebil-kebil nak paham rule contest ni. aku bukan la pandai sangat pon. mula2 engat nak tag kengkawan tu macam tag kat FB je kan, tapi anggapanku salah belaka. HAHA.
so sekarang rasanya aku dah paham ckit kot. hehe =p

Contest yang aku join ni adalah dari Aneka Resepi Dari Internet & thx to Miss Eira sbb tag aii. hehe. btw, ni pon 1st time jugak aku di tag oleh rakan blogger untuk join contest, itu sebab lah terujanya lain macam sket. kah kah kah!

Ok, kat bawah ni adalah banner contest tuh ! kalau ada yang berminat nak join, klik je kat link owner dia tuh k =) just ekut simple rule & kalau menang dapat 50 Hingget !
tak mau lagi camtu? ?


Andd for me SIMPLE adalah

S - saya
I- Inginkan

M- makeover

P- Paling

L- letoppss !!

E- euuu olss ade ??

ok! Aku memang merapu gila babeng lah. pagi-pagi morning nih otak maseh beku, so tak dapat berfikir dengan kreatif *mcm la sebelum ni kreatiff sgt* =p

Ok, sekarang aku tag CikFara , cikNisa & cik watiff
Tarikh tutup contest adalah pada 31 march 2011 =))


Sekian .. Thx 4 reading ;)



Zizan Ft Dina - Selamat Tinggal T_T



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


*lagu yang penuh erti ! 1st time dengar dah tetarik sangat. expecially part Dina.*

"Selamat tinggal kawanku (usah pergi)

Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal"

ya ! lirik diatas adalah untuk awak! semakin dekat dengan hari itu semakin kerap awak diingatan. tak mudah aku pergi & kaulah cintaku yang kekal.. 'cinta or sayang tak beerti memiliki'. awak penah saya sayang & tak mungkin kita akan bersama tapi saya tak pernah lupa. saya dah jumpa saya punya & harap awak juga. =)

selamat tinggal KAWAN..


Friday, March 4, 2011

Ning Bizura live in Concert ! !








Sapa tak kenal dengan penyanyi yang bersuara Soprano ni. Suaranya bisa membuatkan segala bulu roma meremang. Mana tak nya, Ning Baizura mempunyai suara yang tinggi & lantang.. so sapa yang tak dengar dia nyanyi apa tu memang PE la kan. *PE=pekak* hahhaha =p
kat Mesia ni tak ramai penyanyi yang bersuara Soprano kan. Adalaa tapi tak seramai kat hollywood tu kan,yang aku tau & femes pon Ning Bizura & Syafinaz. Yang lelain tu maaf la chek tak bopa kenal sangat. Len kali rajin2 keluaq media & buat lagu best2 baru chek leh kenai. hehe

Ok, bercakap pasal Ning Baizura nih, sapa yang Die hard Fans or nak tengok & jumpa Ning in person tu leh la datang ke Penang International Sporst Arena (PISA) pada 12 March 2011 ni iaitu pada hari sabtu. Dapat tengokk live you.. selalu tengok kat newspaper or tv je kan. kali neh leh tengok depan2.. teruja tak? teruja tak ? HAHA

So pada sesapa yang nak tengok jemputlah datang beramai-ramai ke PISA ni ok.
Haaaaa ! ! dan tak lupa juga, tiket masuk untuk konsert ini adalah PERCUMA atau dalam bahasa English nya Free of Charge. So tunggu apa lagi ajak la boifren, mak sedara,bapak tiri ampa suma mai nanti YA !


pssttt pstt.. orang yang ta suka Ning ni pon leh la mai.. kot2 nanti mai teros suka ka. bukan pa, tiket dapat buta.. takmau lagi ka ? keh keh keh .!

btw, aku bukan la peminat Ning baizura ponnn. setakat nak tengok2 & buat report untuk L.I nanti boleh la. *sila cakap ngn nada belagak gila* hahahahha :D

Bior tak beharta janji tak menderita !

assalamualaikum readers..


Ekutkan hati malas ja nak mengupdate tapi bila dengar cita sana sini darah sedikit menyirap untuk post entry ni. 'Bior tak beharta janji tak menderita ! '..

Bila sebut pasal harta or more specific 'duit' memang tak dinafikan penting dalam kehidupan seharian, even nak masok toilet pon kena bayor kan. tapii tak semestinyaa duit adalah segala-galanya.

Aku tersangatlah sentapp & benggang dengan orang yang bangang yang suka memperlekehkan orang lain dengan sesuka hati bapak tiri dia. dah pandang rendah satu hal dahtu nak pelekehkan orang. ok fine la kalau hg kaya,tapi hg tadak hak nak judge orang! orang tak kaya or keja besa2 pon dia guna kudrat dia sendiri.. dia tak mintak even 1 sen pon kat hg. so jangan la nak biadap nak lekehkan orang. biar lah orang tu nak keja receptionist, kerani, technician even cleaner sekali pon dahtu rezeki dia.. rezeki halal.. hg saket kat mana kalau dia tak kaya macam hg.


Aku sangat semak kepala hotak dengan orang2 sebegini rupaa. YA ! Aku ORANG BIASA, taraf hidup yang SEDERHANA & bakal mempunyai tunang yang juga setaraf dengan aku, hanya pekerja biasa & bukanlah seorang ENGINEER mahupun DOKTOR. tapi aku bahagia.!! aku bahagia dengan life aku sekarang ni & insyaAllah dengan life baru aku yang bakal kunjung tiba juga. tapi aku sangat tak paham dengan segelintir minda orang "KAYA" yang kononnya risau takot aku takleh hidup. nak kan aku dapat lelaki yang lebih baik, yang kaya supaya hidup aku lebih terjamin mungkin + aku lak anak tunggal. WTF !! parents aku pon tak kata apa malah restu lagi yang orang lain nak kepoci apasal? semak betol la kan. U noe what ?? pantang tok nenek aku orang nak perlekehkan orang2 yang aku sayang. expecially bakal tunang aku. family dia tak penah nak lekeh2 kan aku even aku ni jenis anak manja, masak pon kurengg pandai lagi...


Aku suka kalau ungkapkan " biar tak kaya asal bahagia, buat apa kaya kalau hati menderita" . . . pada orang2 yang tertentu jauhkan la diri anda dari hidup aku. jaga family sendiri sudah, tayah nak jaga tepi kain orang. Aku nak tunang, kawen pon aku tak mintak 1 sen pon kat hampa,even kalau aku begadoh, becerai apa pon insyaAllah aku tak kacau hidup hampa *tapi mintak simpang la* & setahu aku, aku tak penah kacau hidup2 hampa sejak aku dilahirkan sampai sekarang & hampa pon tak penah peduli pasal susah senang family aku dari dulu. kenapa baru sekarang nak tunjuk rasa KESAH hampa tu?? Tolong la jaga family sendiri. yelaa hampa orang kaya,anak2 suma engineer2 blaka tapi belum tentu hampa bahagia. buat apa kaya kalau tak dak masa yang berkualiti, terkejar sana sini.. biar tak kaya janji selesa & bahagia dikelilingi orang2 tersayang.

Btw, belum ada lagi fakta yang mengatakan orang kaya tak becerai & tak kawen dua tiga bukan ?? so tayah nak judge orang, tengok anak menantu sendiri dulu nanti tak pasai2 anak sendiri kena madu. naya ja.. sekian..


p/s : maaf bagi yang terasa. kelezeran ta dapat dibendung lagi disebabkan rasa kecewa dengan sesetengah pihak. bukan niat nak melezer tapi hanya nak beterus terang.

Wednesday, March 2, 2011

Faceblog yeah ! !


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Tuesday, March 1, 2011

I adore ur Voice =)



Hello readerss =))

Tetiba mood berblogging melimpah-limpah ruah. sepanjang minggu ni saja dah beberapa kali post entry baru. kalau taakk haremmm.. sebulan sekali pon liat :)

Kali ni buat pertama kalinya kot aii nak cita pasal membe2. sebelum ni maybe ada, tapi kali ni more specific lah. Tell u what, membe yang aii nak cita ni merupakan salah sorang besttfren aii & mempunyai suara yang sungguhhhh superb ! talak tipu punya laa.. kalau p karoke suh ja dia nyanyi lagu apa suma dia boleh.. talented sungguh kan.. hehehe. Stakat My All-Mariah Carey tuuu sambey lena pon dia leh tarikk.. hahaha.. hebaddd tak?? ekekeke..

Sesunguhnnya aii sangat adore suara youuu sygsss... jelesss taw.. stakat aii, lagu elyana jela dok nyanyi tu pon jenuh pecah2 suara + pitching pon lari ke laut.. hahahha

btw, Kawan yang aii maksudkan tu adalah
Nur Aini Shuhada a.k.a Dada or Enon '))


meh cni nak tunjukkan bukti kesedapan suara beliau.. chewah!

Do click here =====> Tergamak Kau



*maaf,video ta download kat komputaa so kasi link kt fb ni je :) * Enjoy yaa ! !


Feberet Kale =>



Sebut pasal feberet kale sure suma orang pon ada feveret kale kan & aku juga mempunyai satu feberet kale yang memang sejak dari kecik menjadi kale pojaan aku iaitu BIRU. Tak kisah la biru muda, tua, baby blue, biru langit, laut bagai janji biru.. paling teruja skali bila time sekolah rendah dulu pon aku dari umah sukan biru. bestt kan! hehe tapi sejak meningkat dewasa aku mula mengenali satu lagi kale yang membuatkan aku gilaaa dengan kale tu iaitu TURQUOISE.
dengan Tuquoise ni aku ta kesah sangat sama ada Green Turquoise or Blue Turquoise sebab kedua-dua nya seakan-akan sama. Janji Turquoise.. iyee dakkk =)

So disebabkankan Turquoise ni menjadi pojaan kale aku, maka aku dengan ini mengisytiharkan yang kale untuk baju tunang aku nanti pon adalah
Turquoise =)
Kale untuk Baju tunang nanti adalah mix iaitu blue Turquoise untuk lace +Green Turquoise untuk satin. Hasilnyaaa ? ? ? tah la labu aku pon tak p fitting lagi. tah jadi cantik or tak.. tapi harap-harap cantik la kan.. baru rasa berbaloi bayo memahal. hahaha

Nak tahu Kaler Turquoise yang aku gila-gilakan tu... meh tengok kat bawah ni.. :





Btw, kale untuk baju tunang adalah seperti mix kale macam kat bawah ni iaitu ada green turquoise & blue turquoise. harap-harap cantik. huhu



Oh ya ! ada satu hari tu aku tengok c Elyana tu kawen pakai baju biru macam kat bawah ni lagi la membuatkan aku lagi Histeria nak kale macam tu.. ayuu, lembutt je kan.. + Elyana juga adalah fav artis aku since dari sekolah.. lagu wajib time karoke pon adalah lagu beliau yee.. *lagu Rela/Niat* heh heh =p
Harap-harap time tunang nanti aku juga leh kelihatan ayuu seperti Elyana.. ayuu 'sangatt' taw ! HAHAHA..




SO, Fav Kale Anda ? ?


*KALE = Warna, Kaler, Color =)) *
*Faberet = Favaourite, feveret, Kesukaan =)) *

P/s : actually ada lagi beberapa faberet kale aku. tapi Turquoise adalah salah satu darinya :)