Monday, February 28, 2011

Alergi kulit


Terasa gatal-gatal pada kulit ? ?

Naik ruam-ruam merah di kulit ? ?

Ada benjolan kecil & berair di kulit ? ?


Kalau ada, memang Sah ! Alergi Kulit la tuu..

same goes to here . . . . . T.T
Bermula tahun 2011 ni maka bermula la jugak penyakit yang membuatkan aku ta senang duduk ni. huhuhu b4 ni pon ada jugak alergi tapi tak la seteruk tahun ni. dah la tak lama lagi dah nak kena ikat. cana nak sarung cincin kalau tangan jejari suma naik ruam-ruam merah.. Tak cantikkk la weyyhhh !!!! Wuaaaaa ="( *mati laaa*

So start dari awal bulan februari, aku dah mula 'memantangkan' diri dari makan benda-benda yang leh mendatangkan kegatalan melampau. Aku bukan leh sangat gatal-gatal bagai ni. satgi mula la nak garu gila-gila nya.. & akibatnyaa... kulit penuh dengan ruam-ruam merah. sangat ta cool kan ! aku juga dinasihatkan oleh ahli farmasi supaya pakai sabun mandian bayi. mcm johnson&johnson tuuu.. sebab kulit aku jenis yang mengada-ngada macam tuan dia gak, sebab tu takleh pakai sabun mandian lain, nanti mula laa nak tegaru-garu macam tetttt... HOho =p

Selain tu, kalau ada sebarang cecair yang boleh mendatangkan kegatalan juga amatlah digalakkan supaya STOP terus dari pakai menda lah tu. sebagai contoh perfumes, body mist, lotion & lelain. Dannn aku sudah mengenalpasti satu benda yang bila aku pakai, rasa kegatalan pon akan kunjung tiba, iaituuuuu Body Mist dari Elianto. Maybe ta sesuai dengan kulit kot..
tapiiiiiii ! ! Eyeliner dia memang mantopss !! aku suka gila weh.. hehehe yang tu ta alergi. ekekkeke=p

So pada sesiapa yang senasib dengan aku, aku cadangkan apa yang aku pantang, ampa pantang la eh. untuk lebih info cee ushar-ushar kat gugel & kalau nak yang lebih confirm lagi g jumpa dokter teros okeh ! =))

Aksi Taekwando Tercomel di Semesta Alam ")



AMARAN
: Video ini merupakan aksi Taekwando yang terhebat & Tercomell di Semesta Alam . ! ! sila tonton video ini dengan penuh kusyukk & kaseh sayang. HAHAHA ......


Selamat Menonton "))


pssttt : angan2 sewaktu menonton video ni.. *suatu hari nanti nak antar anak2 blajar taekwando & jadi macam budak2 yang comel mcm dalam video tuuu* hiksssss =p


Kotak - Masih cinta


Suddenly teringatkan lagu ni. Lagu yang penah menemani hari2 ku dikala mengalami kegagalan bercinta suatu masa dahulu. tak lama.. setahun je. Watt?? Setahun ??? perit bukan ? hahaha lagu ni juga merupakan ex caller ringtone SAYA !

jom layan .... =D



Sunday, February 27, 2011

Step by Step

Assalamualaikum readerss "))

. . . . . . . . . . . . . Sambungan dari entry lepas .


Abes dengan sesi merisik. now Focus on E'Day. focus lebih kepada persiapan untuk e'day.
segala hantaran, mini pelamin, catering, baju tunang, cincin & so on. Engatkan senang nak tunang2 ni rupanyaa leceyh jugak. banyak benda kena pk. ni baru tunang. nikah & kenduri beso nanti entahh laaa ~ huhu T_T

Since nak buat simple2 & kecikkk so semua serba serbi simple. less is more kott. hehehe *sedapkan hati*

Hantaran untuk bertunang nanti adalah 5 berbalas 7. so kami dah decide bagi apa + orang yg nak tolong buatkan hantaran pon dah ada. Alhamdulillah.
hantaran adalah seperti berikut :

Untuk pihak laki (7)
1. cincin
2. kain baju melayu
3. sirih junjung
4. buah/ towel
5. cupcakes
6. coklat
7. sejadah


Untuk pihak perempuan (5)
1. cincin
2. Kain baju kurung
3. sirih junjung
4. buah
5. kek

alhamdulilah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Untuk urusan tempahan makanan, pinggan mangkuk, kerusi, meja suma mak&abah uruskan. Baju pulak buat sendiri kat tailor merangkap fashion designer. chewah! sebab masa nk tempah tak tau nak wat baju ape. ta servey apa langsung so Mr.Velvert tolong sketch kan baju untuk tunang. masa sketch tu nampak cantek, disamping tambah sedikit sebanyak idea aii. so ok la confirm & bayar seap untuk deposit. upah rasanya ok. RM200. better dari nak sewa sampai 300++ kan.

btw, kain lace & satin beli dekat Jakel. tell u what! time p beli tu memang dah bajet lebih $$ untuk kain sebab Jakel kan. takot mahal. tapiiii.... anggapan ku salah belaka. kain kat situ murah ok ! choice pon banyak jugak & staff Jakel tu baik2 belake.. seap suggest macam2 & layan dengan penuh ketulusan hatii... hahhahaha

Untuk sesi sarung cincin nanti, aii ada amek pakej pelamin & mekap dekat The House Of Red Gincu. Pakej dia pon ok. tak begitu mahal. still on bajet. =)) tapi mini pelamin atas idea sendiri, bawak gambar sendiri untuk mini pelamin yang simple je. tanakk macam2 hiasan sangat. nanti nampak semak.. hehe

urmm apa lagi eh ? OH yaa the most important part adelah Cincin tunang. disebabkan tunang je so tidak lah nak bercincin berlian bagai kan. sumpahh ! cincin aii memang sangat simple & murah jugee. cukup la sekadar buat tanda yang tuan punya cincin dah dimiliki seseorang even bukan fully lagi &insyaAllah photog juga akan turut serta untuk majlis nanti, tapi yang berbayor yee.. kalau dapat yang free kan bestt hikss ... =p =b

Rasanyaa tu je kot.. and please be notice yang entry ni & mungkin yang seterusnya bukan untuk menayang or menunjuk bagai. hanya untuk berkongsi perkembangan menyambut hari bahagia nanti. InsyaAllah.
doakan yang terbaik untuk kami :)


Info: Kami tak berbelanja(shopping)selama 3bulan untuk persiapan bertunang ni disamping simpan duit bersama2. sumpah tak tipu cara sebegini sungguh praktikal =)




One Step Closer =D

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah hampir 8 tahun perkenalan, 5 tahun dalam perhubungan serius even penah ter'clash setahun & masalah yang tak pernah lekang dari relationship kami akhirnya satu lagi fasa bakal menyusul tiba. langkah demi langkah diatur agar tak tesalah langkah dan jatuh tergolek2. hahahha =p

Tanggal 20 Feb 2011 yang lepas, incik bf sy menghantarkan wakil merisik bagi pihaknya. relakss relakss jangan terkezut berok. memang dalam perancangan pon tanak kecoh2. lepas da confirm tarikh baru lah sanak sedara serta kawan2 terchenta diinformkan gud news nih! itupun yang rapat je "))
incik bf sy mewakilkan mama, bapak & maciknya untuk sesi merisik ni..
Alhamdulillah sesi merisik tu diakhiri dengan kata sepakat dari kedua-dua belah pihak iaitu dengan menetapkan tarikh untuk sesi seterusnya pula iaitu Engangement Day, selain berbincang sedikit sebanyak untuk persiapan seperti hantaran & blablablabla =)

Dalam perancangan E'day nanti insyaAllah akan dilangsukan dalam keadaan yang serba simple & hanya saudara terdekat serta teman yang rapat je akan dijemput. bukan beerti sy ni sepp or tanak jemput. tapi paham2 jela. tunang je nokk. so no need to be too 'BERIYA' mengikut kata orang dulu2 takot nanti tak jadi (nikah) so family jugak yang malu kan *mintak simpangg sangatt*

harap2 semuanya berjalan dengan lancar.aminn
pada yang tak dijemput / tak terjemput jangan la terasa hati k. Mintak maaf sangat tak mampu nak panggil semua. buat kenduri ala kadar je ta besar. insyaAllah Kenduri kawen nanti baru lah jemput semua2 ok. InsyaAllah (ala2 maher zain) =p



SO... tarikh dah ditetapkan pada 19 ___ 2011.
nak tau ? nakk ?? nakk ??? tungguuuuu ....


To be contd .......



Saturday, February 26, 2011

Dia, kad dan Wiper keta ku (2) =P



TADAAAAAAAAAAAA …… ! !










Muahahahahhaha ! ! ni adalah sambungan dari entry Dia, kad dan Wiper keta ku =P

Noting much just nak tunjuk “SORRY ” card tu je.. sebab entry yang 1st tu kan dah janji nak letak gambo.

So ini adalah gambo bagi kad yang suwittt itu. Btw, this is the 2nd card from him. Yang 1st card dia beli tapi yang 2nd ni lagi terharuu nokk.. ! ! HANDMADE lagiii youuu… kalau ta caya writing die cam kanak-kanak tadika.

Sila la tengok =)) hihihihi

Saya, Aku, Aii, Me & blablablabla

Hello readers ! ! hauWoWyoU gangss ?? =)

Entry kali ni memang dah lama aku nak ketengahkan tapi tak mempunyai idea penyampaian yang mantopss so tak terpost jugak. tapi kali ni saya tibai je janji post.. leh tara tu ? kuikuikui =p
Bab2 bahasa ni memang aku failed sket w'ponn masa SPM dapat A untuk bahasa Malaysia kan! *show off sket !! sebab tu je yang A pon masa SPM* hahahak !

Jadi disebabkan itu jugak lah aii guna kata ganti diri ekut suka sesedap rasa hati ja. Bila refer balik kat entry2 sebelum ni pon kepelbagaian kata ganti nama diri digunakan. contoh : Saya, Aku, Aii, Me & lelain..
mesti ada yang cakap "tah pape kan minah ni sat2 aku, sat2 saya & Me bagai. poyo gila"....
Hahahahhaha.. Cool la beb ! teruskan memberi pendapat anda =))

For ur info, Kata ganti nama diri tu actually mengikut kesesuaian sesuatu entry tu. bila rasa2 mood nak Sopannn so kata ganti 'Saya' lah me guna. kalau mood nak bengangg sentapp bagai so mula la ber 'Aku Hang' . Kalau me rasa nak mengada-ngada so 'Aii' atau 'Me' akan digunakan. so senang cita ikut suka aii lah kan. Sometimes mood juga memainkan peranan dalam sesuatu penulisan, so sebarang ayat atau penyampaian selalunya seiringan dengan mood kita.
disebabkan itu jugak lah Blog ni ditubuhkan. Personal blog yang lebih kepada kisah kehidupan seharian. pahit, manis, suka duka, marah bengang bagai kan.. Maka tak hairanlah kalau blog kesayangan ni juga diberi nama Ceritera Kehidupan kan. heeee sekian.. =D


p/s : Sila baca dengan penuh kekusyukkan & anda akan menjumpai kepelbagaian kata ganti nama diri yang dimasukkan sekali gus dalam 1 entry ni. happy reading peeps "))



Wednesday, February 23, 2011

Terlalu muda ?Terlalu Tua ??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia =)

Entry kali ni lebih kepada angka. yaaa yaaa angka 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 blablabla .
tapi bukan angka tu yang nak di kupaskan, tapi lebih Kepada "UMUR".
Ada Apa Dengan Umur ? awat orang dok lorat sangat pasai umoq ?
cnth : dia tu mudaa lagi la nak tettt.
dia tu dah setengah abad tapi tak kawen2 lagi. Muda2 dok berhinguih lagi kalot nak ada marka suma.. DAN itu adalah perkara yang selalu sangat kita dok dengaq.! Nek menanah dah telinga dok dengaq. awat la orang suka dok lorat pasai orang lain.. even aku pon memang la ta lari dari benda2 cemtu. tapi tak la sampai nak men'down'kan orang gila2.

ok now sebut pasal angka actually lebih kepada cik punya blog ni sendiri which is yang dah tak lama lagi bakal di sunting oleh jejaka idamannya.. wahh idaman sangatt tawww.. hahahaha=p

Daripada nak cita pasal orang bek bagi contoh diri sendiri.. keskeskes .
nak cakap pasal orang mengata ni kalau nak kutip satu2 sampai mati pon tak abes wa cakap lu.
buat baik pon orang kata, buat salah jangan cakap la kan..maunya bertahun orang dok kata.
so aku lebih senang dengan berprinsip " Tak Mati Dengan kutukan orang & Tak hidup dengan Pujian Orang ".. meanss.. hangg kata kat aku pon aku ta kesah hang nak puji pon aku ta kesah..
tapi 'Tak Kesah' aku tu bertempat la. nanti tak kesah sangat orang pijak kepala lak kan. so sendiri mau engat la kan.

Nak cakap orang dok kata or kutuk aku tu tayah cakap la kan.. yang aku taw sendiri pon banyakk yang tataw pon 4 sure memang ada. Yang puji melambung pon x kurang jugaa, mestilaa ada kan.
tapi taleh puji lebih2 sangat, aku ni bukan boleh. nanti lupa diri. kah kah kah !

Oke bercakap pasal umur. This year aku dah boleh dapat "KUNCI" so bermakna umur aku dah 20 ++ la kan. hahaha sebut pasal KUNCI for sure dah tau kan pompuan kalau dapat kunci umur bapa. Kunci tu bermakna kita dah dikira cukup matang or dewasa untuk membuat keputusan sendiri. maybe bebas ckit la kan. tapiiiii disebabkan aku anak tunggal so tak ada perkataan BEBAS. aku still di pantau oleh mak abah. nak cakap keluar malam NO WAY !! kecuali dengan sebab yang kukuh. but sometimes tipuu jugak sana sini. *weeeyy jahat gila aku ni* :P
tapi kalau tinggal sendiri macam study jauh2 dok umah sewa tu memang keluar malam la. tu jangan cakap la. tu ja peluang yang ada so grab je la, jangan sia-siakan. HAHAHA.

*Actually dipantau oleh parents ni bagus sebenarnya, SEBAB... aku tak la jadi macam sesetengah orang, keluar malam tak balik2, clubbing, berpeleseran tak tentu hala semua. so thankks to mak& abah disebabkan kawalan sebegitu ati tadak hati langsung nak jadi macam orang lain yang bebas Bersosial. Bersosial ok tak ok nya bila jadi *Ber So Sial *

Aku tak cakap aku ni baikkk suciii gila, aku bukan malaikat pon yang ta penah buat salah Atleastttt sebagai seorang perempuan buat cara perempuan la kan *bak kata abah* kehkehkeh =p


Sebut pasal umur, insyaAllah dengan umur MUDA skarang ni aku akan mengikat tali pertunangan dalam masa yang terdekat ni. so bila berita ni keluar banyak la respon itu ini keluar kan. U noe watt ?? 'ada aku kesah' ? teruskan bercakap selagi boleh. nanti dah kena kanser mulut tak leh cakap lak kan. so just go onn bebeh! *tapi bukankah lebih elok kalau becakap benda yang elok2 ja sebelum terkena kanser mulut, atleast tak la menyesal sangat nanti sebab tak cakap benda2 yang elok kannn* OK mrapu sudaa HAHAHA.

Perbezaan umur antara aku & incik bf adalah dalam 4 tahun. so sorang kurang matang & sorang lagi dah matang, baru lah lengkap hidup ni kan. :D sorang macam budak2 sorang lg macam bapak budak, so bila gado tadak la meletop gila2. sebab si bapak budak leh tenangkan si budak2 ni. hahahaha tenangkannn la sangat... hihihihi
tapi alhamdulillah sepanjang perkenalan kami belum penah lagi bergado berlanjutan selama berminggu-minggu. paling lama pon around 2-3 days.. "))

Oh ya, disebabkan perbezaan umur kami ni pon penah menjadi topik perbualan sipolan2 yang tetttttt ni. opsss terlezerr suda. haha.
ada si sipolan yang ta puas hati apa tah penah cakap yang aku ni "Budak Bawah Umur" laa. "Kerajaan Mesia ta bagi berkahwin ngn Budak Bawah Umur & sebagainya"
Wat The Flower (WTF) !! betol la kan..* ayat Jason* hahaha
apa masalah dia sebenarnya ? melawak ? nak lawak p masok raja lawak la beb..
Tu baru sorang. tak masok yang lelain lagi. alahaiii.. kelako betol la kan.
macam2 prangai manusia dok ada.

chill la derr apa salah sokong kawan2 buat benda elok. kata kawan so why not kalau sokong kawan2. But dun weri aku x benci sesapa malah tadak hak pon nak benci. aku still leh kawan or bertegur sapa macam biasa.

ok enough said.. kan dah lari tajukk haha.. k la see u next entry..
persiapan hari bahagia maybeee .... tata peeps.

p/s: maaf la pada sesapa yang aku terkata lebeyh2 tadak niat nak kutuk2 just luahkan isi hati yang sekian lama terpendam ni. maybe ni masa yang sesuai kan. =)

Dan ta lupa juga, for me biar orang nampak kita mulut jahat, perangai kasar bagai atleast tu adalah diri kita dari sweet talker, nampak suci tapi tuhan ja yang tau prangai dia yang hampeh tu. Renung-renungkan & Selamat Beramal =))



Friday, February 11, 2011

Dia, kad dan Wiper keta ku =p


lately ni kehidupan seharian aii kerap diisi dengan beberapa kesulitan. tapi ta la sulit *tara mana* sangat ponnn.. haha then ada skali tu aii tertacingg dengan sumone ni kan. so aii ta mesej,kol,pesbuk,ym dia langsung. even tak reply any kol & mesej dari dia plus seap tarik wire fon umah lagi, hehe kejam tak ? kejam tak ? *tu laa cari pasal lagi* =p

so *SUATU HARI* tuuu aii bangun pagi pi opis macam biasa la kan. aii selalu park keta berdekataan dengan opis ja supaya cepat lah aii nak cabutt p lunch or balek umah. tak la buang masa nak godek2 jalan p kat keta kan. hihihi pluss aii ni jenis punctual bab-bab time lunch dan time baliikk ni. cuma time masok opiss ja ta bopa punctual, punch card asek merah. kah kah kah. ;D

so nak di jadikan cita, time nak p lunch tu aii pon godek2 la kuar berjalan p kat keta dari jauh dah nampak macam ada sumtin kat wiper keta. dalam hati engat surat saman ka, takpon ada orang nak mengusik letak surat ugut ke hapa kan. hahahhahaha. elok sampai kat keta tros capai surat tu & kat enbelop tu ada tulis nama aii tapi seyes writing yang terokk... kehkehkeh. engatkan my writing saja yang terok. rupanyaa ada jugak manusia lain yang writing terok macam aii ;p

act tu bukan surat tapi *sorry* kad. so memang dah dapat agak la sapa yang bagi. haha.rajin betoii hang p beli & main selit2 kat wiper. kelessss gitu !! hahaha
terharu aii baca kad tu. lepas tu teros lembut hati & aii pon mesej la sipolan tu ajak lunch sesama =))

Moral of the story : lain kali jangan cari pasal dah ye ;D

*gambar akan di upload kan kemudian sebab tada camera* T_T

Tuesday, February 8, 2011

Jatuh Chenta Pandangan Pertama.=D D




Sangat menggilaii INI..!!!!




& juga INI...!!!!

Cantekkk bukan ? whatt ??? tak cantekkk?? biasa jee ??
ahhh peduli hapa kan. janji aku suka =p
Tapered pants & Slinky Long Romper yang telah membuatkan aku jatuh cinta pandangan pertama. before ni aku tak la taw sangat pasal pants cemni. tapi sejak terbaca 1 blog tu + owner blog tu sendiri ada pakai tapered pants ni, aku teros jatuh cinta. memang nice gila wa cakap lu... so aku mulai mengugel sana cni tapi malangnyaa ta jumpa-jumpa. kalau ada pon ta begitu menarik. tapi rezeki tak berbau, nasib la ada trainee baru masok semalam ni memang kaki on9 Shopping nya. mintak la segala tok nenek punya link untuk on9 shopping suma dia ada..
so apa lagii lagi menggila la aku.!! HAHAHAHA bayangkan 1st day trainee tu datang semalam aku dah rapat macam kenal lama. haha. dia pon ok + HOTTT gilaa ok.. THX camilla 4 the info.

*camilla ni sangat gojess ok. Muka pan asiaa gituu almaklumlah mix blood.. jeless makk tawww!.. hahahaa*.

back to the topic.. link untuk pants tu dah ada tapi niat untuk membeli tepaksa di tangguhkan since dah janji yang ta bole shopping untuk beberapa bulan ni nak simpan duit untuk sumting yg lebih penting. walaubagaimanapon akan ku usahakan untuk memiliki pantss yg awesome tu, mungkin dengan membodek mak & abah. kihkihkih.. =p