Friday, January 25, 2013

Harap masih belum terlambat srobssss =')

Salam semua & selamat menyambut Maulidur rasul :)

Sedih gila baru berkesempatan, baru rajin, baru bersungguh, & segala jenis baru lagi untuk update blog ni. sedihh sangat.. bila tengok balik last entry perghhh dekat setengah tahun tak update kalau ikut bulan.. kalau ikut tahun dah kira macam setahun gak la tak update sebab last update JULY 2012 uolss.. SEDIH sangat kenn ?? yang terupdate pon bila dah boring sangat sementara tunggu incik husben balik futsal. 

yang membuatkan aku lagi sedih bila kandungan aku dah menjangkau 6bulan ++ baru berkesempatan nak update. kalau dari mula update mesti lagi fun sebab bila dah deliver nanti boleh baca balik kenangan membawa baby dalam perut ni dari awal kehamilan sampai deliver kan ? segala kenangan & pengalaman masa pregnant.. nanti mesti rindu kann.hehe tapi aku redho. 

Update ni pon memang nak cita pasal kehamilan aku ni. cececeyyy macam aku sorang pregnant kan ?? takpe kalau suka dipersilakan baca kalau tak sila sila cari tanda X & keluar, dari buat dosa mengumpat aku kemudian hari,, hoho

so dikesempatan ni aku cerita serba ringkas jela pasal fasa2 kehamilan aku. sebab nak cerita detail mau esok pagi pon tak habis & dah boleh buat novel.mihmihmih :P :P

Alhamdulillah sekarang aku dah nak masuk 26 minggu & bakal dikenakan suntikan kancing gigi yang pertama isnin ni. LOL  
Spanjang kehamilan ni boleh tahan jugak dugaan yang aku hadap. tambah2 dugaan alahan yang agak mencabar.mencabar bagi aku sebab ni boleh dikatakan kehamilan sulung aku sebab sebelum ni gugur kan..

Di awal kehamilan dalam bulan pertama so far so good takda sebarang alahan cececeyy kekonon tak kena alahan macam kebanyakkan membe2 aku yang lain la kan. Mana taknya bulan pertama tu makan macam hantuuu raya.. semua berselera, berat dari 52kg naik sampai 56 miahahaha :P
Masuk ja bulan keduaaa...... amekaww!! Bermula la fasa yang aku still trauma2 ayam lagi iaitu morning sickness/ alahan yang menguji iman, tula belagak lagi mula2 tu. hahahahaha
wehhh mana tak trauma orang lain alah lekeh2 sampai trimester pertama ja kot. time tu aku punya tak sabaq nak tunggu abes 1st trimester tu. betul2 menghitung hari.. LAST LAST masuk 5 bulan dan keatas baru fully recover dari alahan tu.. bayangkan sebaik bangun dari tdoq aku akan terus berlari-lari anak ke sinki untuk muntah.. HARI-HARI ok ? belum lagi kalau salah makan, makan lambat & bau apa2 yang memang aku akan buat aku muntah jugak. time tu badan susut gila! berat mula turun balik.. tak salah aku sama berat dengan masa tak pregnant tu.

sedihh sangat masa tu & agak stress sebab aku memang tak leh nak makan apa. makan ja keluaq balik. tak lalu sangat.. nak lalu kat dapoq pon tak sanggup! apatah lagi masak & jujur selama 5 bulan tu memang tak  bertukang langsung kat dapur. tak sanggup aku.. bayangkan, mak aku menumis / masak pon aku dah lari masuk bilik, memang takleh bau weyyyyy... huhuhu 
kiranya tu antara waktu genting untuk kehamilan aku la. sampai satu tahap aku kena admit ward untuk masuk air sebab air dalam badan kurang. yela tengah alah, mana nak lalu makan minum kan.huhu tapi sebaik masuk air dalam 4 botol alhamdulillah aku dah ok dari alahan tu sampai la sekarang. cuma alahan yang tak hilang sampai sekarang adalah---->> Minum air milo PANAS/SUAM. tah kenapa, mesti kena ais. wajib !! hari2 wajib ais. kalau aku minum Milo yang panas/suam memang aku akan pening & muntah. Tu ja yang PELIK sebab sebelum pregnant & sejak dari kecik hari2 aku memang minum milo tak kisah la panas,suam / sejuk. cuma sekarang ni ja takleh. pembawakan kot kan ? hehe

tapi bila dikenang-kenang balik maybe tu la pengorbanan seorang ibu kan. Tapi manisnya ujian ketika ngandung adalah ganjaran dari DIA kan ? bertuah sebenarnya orang yang mengandung ni. sesungguhnya takda ujian yang sia2 dari DIA :)

haa nak dijadikan cerita incik hasben aku pon kena tempias pembawakan budak ni. masa awal kehamilan dulu secara tetiba tekanan darah hasben aku tinggi, maybe sebab pemakanan. nak kata stress tak juga. normal ja.. nak kata permakanan sangat pon tak kot sebab sebaik saja aku pulih dari alahan, BP hasben aku pon terus turun normal tak naik tinggi langsung dah ? macam pelik kan ? tapi serius memang jadi. hahahaha lawak pon ada. Masa tu hasben aku gelabah gila, mana taknya muda2 lagi BP naik tinggi 160/90.
Masa tu hari-hari dia p check BP tapi tak turun2. kalau turun pon bukan paras normal. dia gelabah la sebab takut darah tinggi muda2. dia tak mau sangat2 makan ubat muda2 ni. So sebagai alternatif dia terpaksa pantang tapi lagi teruk dari pantang bersalin. hahahaha dahtu sampai sanggup beli mesin buat air buah tu. masa tu memang betul2 gila.. dari tak stress terus stress.. dengan bini pon alah & laki pon 2x5. Hahah

Percayalah.. hasben aku pantang secara sukarela & aku pon takut tengok the way dia pantang. Hari2 makan sayur (padahal sebelum ni tak suka sayur), nasi sehari sekali kot tapi sejemput, makanan berminyak tak makan, air manis tak minum LANGSUNG!, air kosong ja 24jam, makan supplement minyak ikan & supplement apa benda tah lagi, hari2 WAJIB buat jus peria+apple hijau+madu, kekadang tukar buah lain tapi wajib minum air buah. Minyak nak masak haruslah minyak sayuran, hari2 jogging 2km++ , badminton 2/3 hari seminggu. TERUKK memang TERUKK diet dia sampaikan berat turun 5 kilo dalam masa tak sampai sebulan. memang kuruss sangat nampak sampai ramai tegur tak caya dia selim gitu. aku pulak yang stress sebab orang cakap aku tak bagi laki aku makan. pulakkkkk.. 

tapi yang lagi menambahkan stress bila dah kurus gitu pon BP macam tak turun p normal. seminggu ada la sekali dua ja normal yang lain still tinggi. pelik juga kan ? rehat,makan semua ok. hurmmm... satu hari tu dia p check up Kolestrol & Gula dalam badan rendah sangat, tapi macam mana BP leh tinggi ? lagi bertambah pelik.hehe last2 ada orang cakap pembawakan budak kot. maklum la 1st baby. kadang2 si bapak pon terkena tempias. mula2 macam tak amek port. tak caya sangat.. tapi bila aku bebas ja dari alahan tup tup hasben aku pon ok.. sejak dari tu hari2 check BP normal balik. Alhamdulillah... kami sama2 dah bebas alahan.hahahahahahaha! & sampai sekarang so far berat hasben aku masih lagi maintain. dah tak pantang tapi pemakanan still jaga kot2 naik balik. 

NOW aku dah 6bulan ++ .. semakin bahagia dengan tendangan2 manja si kecil yang kadangkala tendangan tu menusuk ke kolbu jugak.hehe aku pon dah mula start beli barang2 baby. tak sanggup nak beli hujung2 kehamilan sebab skarang jalan lebih sikit pon dah semput, mengah2.. cakap pon kena amek napas 2,3 kali.hahaha.. 

Ok lah.. dah panjang sangat rasanya update kalini.. macam update lepas gian dah jadi. haha insyaAllah ada kelapangan nanti & napsu untuk update yang kuat akan ku update jugak blog ni. doa2 kan la yea. & Doa2 kan la juga supaya aku sekeluarga & bersama si kecil sentiasa dalam keadaan yang sihat & baik. 

Terima kasih pada yang masih sudi baca al-kisah aku yang tak seberapa ni. seronok sebenarnya bila dapat berkongsi sesuatu dengan orang lain. tambah2 berita2 gembira kan ? & minta maaf juga kalau ada yang menyampah bila baca apa2 pasal aku. sesungguhnya takda niat nak show off bagai just nak share kegembiraan aku. yela 1st baby, keterujaan sangat lah tinggi apatah lagi bila penah keguguran dulu.. bila diberi peluang untuk merasa lagi rezeki Allah ni, aku jadi lebih menghargai.. Syukur Alhamdulillah. & Terima kasih jugak buat hasben aku yang memberi sokongan yang tak berbelah bagi sepanjang kehamilan aku ni. dia sangat2 supportive! love you sayang =D

Sekian,


salam sayang
Mama baby 'soyeh' :))))



Monday, July 23, 2012

Kehidupan Selepas Bergelar Isteri Part 2

Assalamualaikum.

Part 2 ni nak cerita pasal apa eh ? tadi banyak pasal masak je.
umm ok kalau orang tanya ada beza ke sikap pasangan sebelum atau selepas kawen. sebab orang cakap sebelum dengan selepas kawen ni sangat2 tak sama. sebelum kawen semua lakonan ? yeke ?

Jawapan Jujur aku adalah masih sama. tak banyak sangat perbezaan. alhamdulillah sepanjang setengah tahun   kahwin ni husben aku masih sama seperti yang aku kenal dia dari sekolah dulu. apa yang berubah dia lebih caring, penyayang & tak tempered macam masa bujang dulu. nak cakap bergaduh tu mustahil takda kan tapi   bukan macam bujang dulu. dulu bergaduh tu dah boleh cakap macam rutin, yela tak duduk skali so semua nya tak puas hati. hehe tapi sekarang jauh beza. takda modal nak gaduh.. tambah2 husben aku, dia banyak tolak ansur. sebab sikap caring & penyayang dia tu la kami jarang bergaduh. jarang sangat2! kalau nak gaduh sangat pon tunggu time hormon wanita aku tak balance *paham2 jela* masa tu baru la semua tak kena.hehehe tapi so far alhamdulillah.

Aku bersyukur & berterima kasih sangat pada Allah s.w.t sebab berikan jodoh aku yang sekarang ni. memang betul la tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. sebab tu kita jangan lupa tuhan. banyakkan berdoa untuk dapat pertunjuk dari-Nya. kita kadang2 sombong.. taknak sujud dekat yang Maha berkuasa sebab tu kita banyak masalah. ajal maut jodoh rezeki semua dia ketentuan dari Nya. kalau kita nak apa2 kita mintak la dengan yang Maha pencipta, Maha memberi. kalau sedih mengadu la dengan Dia. bukan sentiasa mengadu dekat family atau kawan2. sebab orang lain pon macam kita punyai masalah sendiri. kalau kita mengadu sekalipun bukan boleh ubah apa2. kuasa merubah bukan di tangan mereka-mereka yang lain. nak yang terbaik mintak pada DIA. InsyaAllah tiada apa yang mustahil.


Kehidupan selepas berkahwin jugak banyak merubah kami suami isteri. dulu suka ambik ringan bab2 agama. sebab ?? tak da ilmu. takda ilmu tapi tak nak belajar. sekarang secara perlahan-lahan kami dah sedar. mula berubah sedikit demi sedikit.. kami suami isteri bukan pandai nak cakap bab agama. tapi kami nak berubah, bila tengok dunia sekarang.. anak2 kecil , remaja sekarang yang makin banyak kelaut kami jadi takut. kami tak nak nanti bakal2 zuriat kami macam tu. Nak lahirkan anak biarlah berkualiti bukan kuantiti. kami harap sangat bakal zuriat kami nanti boleh menjadi aset kepada kami untuk ke syurga. melahirkan anak soleh & solehah juga adalah aset kita ke syurga. sekarang aku & suami dah la macam ni, cetek ilmu agama sebab tu kami taknak bakal zuriat kami pon macam tu. semuai ibu bapa mhupun bakal ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak2 begitu juga kami. kami sedikit sebanyak dah mula belajar. cari balik ilmu yang dah lama kami tinggalkan. aku pon selalu tengok video2 wardina. aku rasa dia adalah contoh teladan yang baik untuk didik anak kelak. \

Seperti mana aku cerita pasal memasak tadi. kalau kita nak kan sesuatu kita mesti berubah & semua atas diri kita. sikit demi sedikit kita try ubah. biar sikit janji berterusan. kalau berubah secara drastik takut tak berkekalan. Nak berubah pon kita kena belajar, ada ilmu baru kita paham. bukan main ikut copy paste dari orang tanpa ilmu. & berubahlah dengan niat kerana Allah swt. insyaAllah di permudahkan segala urusan kita.

aku suka sangat kehidupan selepas kawen ni. hidup orang yang dah kawen ni berkat, tenang sangat. sebab ?  apa yang kita buat untuk suami kita adalah pahala. orang berumah tangga ni sebenarnya senang nak buat pahala. senyum dekat suami pon dah pahala. buat air kat suami pon pahala. tambah2 suri rumah lagi banyak pahala sebab semua kerja yang di buat semua untuk keluarga & suami. see best kan ? kalau orang lain paham betul2 mesti tak ramai yang nak bercinta. mesti semua nak kawen. aku tak rasa menyesal langsung kawen muda malah berbangga. boleh sama2 buat pahala. sementara aku masih menjadi suri rumah aku nak buat yang terbaik untuk suami aku. nanti dah kerja, masa banyak habis dekat opis. kalau ikutkan hati nak saja jadi suri rumah fulltime. tapi kesian hasben aku, sekarang boleh la dia tanggung. nanti dah ada anak lagi banyak tanggungan. kalau aku bekerja atleast boleh bantu kurangkan bebanan hasben.

so as a conclusion, perubahan kehidupan aku selepas berkahwin tak la terlalu ketara berdasarkan pengalaman cetek aku selama 7 bulan ni. semua dapat diserap dengan baik. konflik antara suami isteri tu adalah lumrah. konflik ni terjadi apabila berlakunya perbezaan pendapat. yela nak hidup berdua dengan sikap, pemikiran yang tak sama mesti la ada konflik untuk dapatkan yang terbaik kan. bukan semua konflik adalah negatif. so banyakkan berfikiran positif. sekarang aku nak banyakkan cuba menerima perbezaan pasangan. sebab kita takleh harapkan semua orang jadi apa yang kita fikirkan. belajar terima perbezaan pendapat, sikap, pemikiran, dan lain2 insyaAllah ..


Alhamdulillah.. setakat ni saja mampu nak kongsikan serba sedikit kehidupan aku selepas kawen.minta maaf jika ada sebarang kata-kata yang megguris perasaan sesiapa sepanjang dari pembabitan penulisan blog sampai ke latest entry ni. Sesungguhnya yang baik semua dari Allah s.w.t & buruk semua dari diri sendiri..
Assalamualaikum & Selamat menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni, semoga segala amal ibadat kita di terima-Nya. ameen.



Kehidupan Selepas Bergelar Isteri

Assalamualaikum.

salam ramadhan ketiga tahun 2012 =)

Jeng jeng jeng mcm menarik je tajuk kan. ececece :P oh ya sebelum tu ni mungkin entry terakhir untuk minggu ni & mungkin entry2 lain akan di update pada hujung minggu sahaja. sebab aku sekarang kat rumah family mentua. kat sini ada wifi.ehehe dlu kat rumah sendiri boleh je update tapi disebabkan kami somi isteri memasing dah pakai telefon pintar so broadband aku dah potongkan. sebab jarang on9 rasa sayang. Kalau ada rezeki lain boleh la pasang wifi nanti. boleh ramai2 penghuni rumah guna kan :) nak update guna telefon pintar aku tak sure boleh ke tak. aku carik tak jumpa pon.huhu kalau tak dari lepas kawen aku dah update blog ni haaa.. sobssss :'( kalau ada yang tahu macam mana nk update thru fon boleh la tinggalkan di ruangan komen di bawah. fyi aku guna samsung galaxy s plus.

haa sudaah banyak pulak mukadimah kat atas tu kan. berbalik pada topik asal, life aku selepas bergelar isteri agak banyak berbeza. tapi alhamdulillah secara pelahan-lahan aku dah boleh serap dengan baik. maklum lah aku kan * fast learner* ..kuikuikui. act banyak lagi yang aku kena belajar even mak ayah kita pon still belajar kan. kehidupan sebagai isteri ni banyak mengajar aku lebih kepada tanggungjawab. masa  bujang dulu kalau lapar pon tak da hal, megi pon jadi kan. tapi sekarang dari pagi sampai malam semua fikir pasal suami. Ya now husben comes 1st ok. dulu pagi2 aku akan bangun awal sikit siapkan bekpes untuk suami sebelum kami sama2 ke opis. tapi husben aku sangat simple orangnya, dia tak kesah pasal bekpes pon. tak makan pon takpa yela bujang dulu pon dia slalu makan kat opis. malah sampai sekarang pon kalau dah bekpes kat umah sampai opis dia keluar bekpes dengan member opis lagi. so senang bagi aku punyai husben macam ni. senang2 pon tanggungjawab tak boleh abaikan. kalau tak siapkan makan pon. aku akan makesure yang aku sediakan minum pagi. WAJIB! ok.

dulu masa kerja aku memang tak siapkan lunch la sebab memasing kat opis kan. tapi sejak aku misscariage aku dah resign & sejak dari tu aku akan siapkan lunch SETIAP HARI. boleh dikatakan setiap hari aku masak. kalau mak aku masak aku akan hidangkan. husben pon setiap hari akan balik rumah lunch. opis dia dengan rumah around 10 minutes je. so boleh la balik & jimat duit makan tengah hari kan. kalau dia ada meeting or site visit baru dia lunch luar. Nak cakap pasal masak ? sedap ke ? masak apa je ? tu bukanlah big deal. memang aku akui dulu kat rumah sewa aku zero pasal masak-memasak ni. tak caya boleh tanya hasumate aku. tapi sejak aku bertunang aku dah mula masak. aku belajar sendirian berhad ok. mak aku tak nya nak ajar2. sekarang ni dunia di hujung jari, nak masak apa semua google kan saja. so tak pandai masak bukanlah alasan. sedap tak sedap blakang kira, tak pandai boleh belajar cuma jangan Malas. kalau kita ada keinginan, apa pon boleh jadi kenyataan *eceh* semua bergantung pada diri sendiri.

aku mula2 pon tak pandai. tapi teruskan memasak secara sedar atau tak skill memasak kita boleh improve. dari kari ceroi *cair* now mak aku yang mintak ajarkan nak buat kari macam mana. see see! bukan nak masuk lift tekan sendiri tapi tu just sebagai contoh. kalau kita tak tau kita bertanya. nak malu apa kan, mana ada orang terus2 pandai masak. it's normal la. aku banyak belajar dari google & mak mentua aku. mak mentua aku very the sporting. bila hujung minggu balik umah mak mentua, aku mesti masuk dapur tolong2 & tengok the way mak mentua aku masak. mak mentua aku tak lokek ilmu. tanya je nak belajar apa nanti semua dia tunjukkan expecially makanan kesukaan anak dia. bertuah aku punyai keluarga mentua & husben yang simple. mak mentua aku pon paham. dia pon ada cakap. 'takpala taktau boleh belajar'.. mak mentua aku ajar dari lauk pauk sampai la ke kuih muih. now karipap pon aku dah boleh buat even 1st trial aku karipap jadi liat skit.kahkahakah! atleast aku dah tau skill nak buat.alhamdulillah aku dah boleh masak sendiri. nak kata pandai or tere takla bolehla nak makan kami sekeluarga. paling membuatkan aku rasa terharu bila husben aku sendiri cakap 'sayang, serius apa yang sayang masak semua kena dengan tekak& selera b'.. Alhamdulillah sangat, thanks b ! act banyak gambar masakkan yang aku masukkan ke Instagram. nak add silakan tapi aku just approve orang yang rapat untuk instagram. takpon boleh add twitter aku. dua2 akaun insta & twitter aku guna nama @ciknutty. kalau sudi boleh add.

ok apa lagi ya.. bab2 mengemas, membasuh semua macam biasa. baru hidup berdua so tak la ada apa sangat nak dibasuh & dikemaskan. tak banyak perubahan dari sebelum kawen. macam aku cakap suami aku simple & tak la berat tulang sangat. sikit2 tu normal la. dia banyak membantu aku buat urusan2 rumah. mula2 kawin sepuk2 baju kotor atau tuala tu normal. tapi sekarang tak. dah pandai biasakan diri. malah dah bertambah2 rajin. kalau baju2 yang dah kering kadang2 dia lipatkan. kalau dah sedia lipat dia akan amek susun dalam almari. baik baju aku ataupun dia. bab masak dia tak pandai, tapi nak ajak turun dapur dia ok. kalau dia free or hari cuti dia nak jugak ikut aku masuk dapur. tambah2 nak buat kuih. cukup suka sangat. haha paling best  dia makan atau minum bukan macam laki lain.. takdaknyaa nak tinggal2 kat sinki. dia sendiri akan basuh. silap2 pinggan cawan dalam sinki tu pon dia akan basuh skali tapi tu mengikut tahap kerajinan dia. lagi satu bukan saja aku selalu buat air untuk hasben aku tapi dia pon rajin buat air kat aku. kalau aku letih & dahaga dia mesti buatkan milo panas. hehehehehe tu yang sayang lebih. sangat bertolak ansur.

ok dah habes panjang ni.. kita sambung next entry ok ? mmuah <3


Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah, Rezeki Allah.

salam.

Tengok tajuk pon rasanya dah ramai boleh mengagak kan ? betul lah jangkaan tu.. selepas lebih kurang 2 minggu lepas kenduri kot aku disahkan hamil. Alhamdulillah.. Rezeki Allah s.w.t nak bagi. tapi orang yang paling gembira sekali dengar berita ni adalah Husben aku sendiri.. sebelum confirm kan dengan doc aku ada check sendiri menggunakan Upt. act aku tak jangka pon, aku just amek keputusan nak cek pon lepas aku rasa aku cepat sangat letih. memanjang letih, kalau tdo boleh tidur sampai malam tanpa makan. masa tu makan dah tak bernafsu, nafsu lebih kepada tidur.

malam tu aku cek, tup2 ada dua line . Oh My...!! gelabah sikit masa tu.. aku macam taktau nak buat apa & nak cakap apa. aku lari masuk bilik & suruh husben p toilet untuk confirmkan. kot la aku mimpi. hahaha
lepas dia p toilet dia datang kat aku & melompat2 peluk aku.. hahaha takleh bayang situasi tu. takleh nak gambarkan berapa gembiranya husben aku waktu tu. tapi kami still nak confirm kan yang betul2 confirm so aku buat upt skali lagi. Alhamdulillah memang sah aku pregnant.

dalam masa minggu tu jugak aku pegi klinik & dapatkan pengesahan doc. di awal kehamilan aku still macam biasa makan semua ok yang paling ketara just letih. letih tak hengat. balik kerja terus tdo. kadang2 boleh lajak sampai pagi terus. boleh ? huhu awal-awal aku tak la nak mengidam apa2 tapi dalam dua bulan kehamilan aku mula alah. pagi2 nak mandi dah jadi rutin untuk muntah dulu, buat pulak mak aku menumis nak buat bekpes ke lagi la membuak2 nak muntah. naik kereta air cond wajib tutup kalau tak aku mual & pening. lama kelamaan nafsu makan dah hilang langsung. tak lalu sangat nak makan even aku lapar sangat2. bau hasben sendiri pon dah tak boleh. aku siap suruh dia tdo jauh2 sikit sebab takleh nak bau rasa nak termuntah. act bukan bau busuk tapi bau yang tak dapat nak diklasifikasikan sebagai bau apa. so aku gelarkan sebagai bau MISTERI. tiap kali dekat dengan hasben mesti bau misteri. hehe cian hasben aku.

lama kelamaan nak masuk penghujung trimester pertama iaitu 3 bulan aku rasakan badan dah ok sikit, mual2 dah kurang, selera makan dah ok sikit. rupa-rupanya tu mungkin salah satu tanda yang tak elok untuk aku. masuk bulan ketiga berita gembira tu dah bertukar title jadi sedih. aku alami 'tumpahdarah' di opis. aku mula gelabah & stress even tak tumpah banyak just spottted. aku dah mula fikir sumting negatif naluri aku juga kuat mengatakan ada sumting yang tak kena tapi aku takut nak sebut.

Aku kol husben dengan nada sebak. kalau ikutkan hati maunya nak nagis sekuat hati tapi since aku masih di opis aku tahankan juga. balik tu husben terus bawak checkup di klinik & doc cakap baby tak mmbesar selari dengan kebesaran sepatutnya dia besar selama 3 bulan tu. baby aku baru sebesar 8 minggu sepatutnya dah 12 minggu. so doc bagi ubat kuatkan rahim & mc 2hari.

malam tu hanya tuhan yang tahu bertapa sedihnya aku & hasben. menangis sampai terlena. keesokan pagi kami ke klinik kerajaan dimana tempat aku buat buku merah. untuk dapatkan pengesahan status baby aku. dan yaa, naluri seorang ibu memang kuat menyatakan baby aku dah tak ada. doc cek2, scan bagai dia tunjuk denyutan baby aku dah tak da & tak tahu sejak bila & baby aku memang tak membesar seperti doc yang cakap kat aku malam sebelum tu. doc bagi surat suruh kami ke wad emergency & dapatkan pengesahan dari hsopital pulak.

masa tu dah abis airmata nak gambarkan kesedihan aku. hanya suami aku yang stress & menangis sepanjang perjalanan ke hospital. aku hanya mampu diam seribu bahasa.
sampai di hospital setelah 3 kali checkup aku disahkan keguguran. doc beri pilihan sama ada nak gugurkan atau keluarkan di hospital atau dia beri masa 2 minggu untuk jatuh sendiri lepastu datang balik hosp. aku tak nak amik risiko. aku taknak tumpah darah yang banyak secara tiba2 so aku decide untuk buat terus di hosp.
aku admit 3 hari. oh ya nurse cakap sakit keguguran bersamaan sakit beranak yea. hanya tuhan yang tahu. lebih menyedihkan sakit yang sama aku alami seperti orang melahirkan anak tapi aku tak lahirkan apa2.

lepas dari keguguran tu aku dapat mc selama 2minggu. habis ja dari mc tu aku decide nak resign untuk fully recover. recover dari segi fizikal & mental. paling susah adalah mental. banyak kata2 semangat aku terima dari orang. aku redha. Aku tahu anak aku dah menunggu aku di syurga nanti. sekurang-kurangnya aku dah punyai aset untuk menarik kami ke syurga selain dari amal ibadat kepada-Nya. act aku sepatutnya Gembira. & Alhamdulillah sampai ke harini aku dah mampu menerima apa yang jadi. insyaAllah. kami berusaha untuk yang kedua. walapun perasaan trauma tu masih berbaki.

Doa-doakan untuk aku dan suami.


p/s : entry ni aku tak ceritakan secara detail. tapi cukup la sekadar berkongsi apa yang terjadi. 





Bermulanya kehidupan baru

Macam mana nak mula ya ? -.-?

urm.. ok kita mula dari hari kahwin aku. tapi aku tak ingat semua wuaaa, serba sedikit jela ye. kenduri atau reception perkahwinan aku adalah pada 2/1/12 iaitu hari isnin dua minggu dari tarikh nikah. tapi isnin tu cuti sebab New Year jatuh pada hari ahad. so tolak cuti ke hari isnin. Alhamdulillah wedding recept kami berjalan dengan lancar. terima kasih sekali lagi pada yang sudi memeriahkan majlis kami dulu dan mintak maaf juga di atas sebarang kekurangan dari pihak kami. sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah dari diri kami sendiri. minta maaf juga pada saudara mara, rakan2 & sesiapa yang tak dijemput. Bukan tak nak jemput tapi kadang-kadang  terlepas pandang maklumlah ni merupakan kenduri pertama malah yang terakhir dari keluarga aku,(fyi aku anak tunggal family ni) so belum ada pengalaman mengendalikan sebarang kenduri lagi. nak cerita bebanyak pasal kenduri pon idea tak memberangsangkan di atas faktor kenduri tu dah lama so dah lupa sedikit sebanyak. so skrg aku sertakan beberapa gambar jelah untuk menceritakan hari bersejarah aku tu.


























Maap la diatas susunan gambar yang sangat menunjukkan kemalasan untuk menyusunnya dengan elok.ngeh3
ok tu beberapa gambar yang boleh aku selitkan.. sekarang bukan pengantin baru dah pon. tapi..... mood hanimun tetap tak penah pudar. hehehehe :b

Ok cukup dengan dengan wedding. hehe.. Selang beberapa hari dari hari wedd kami pon membawa diri ke sesi hanimunn.. chewah ! tapiii hanimun yang aku gelar pra-hanimun boley ? yela dalam buat persiapan kahwin kami sangat tak menang tangan. mana taknya semua kami berdua saja uruskan. yang lain sebagai pembantu sahaja. so memang tak menyempat la nak proper plan untuk hanimun. huhu
uols know wat ? sehari sebelum nak gerak baru plan nak hanimun mana. boley ? siap gaduh-gaduh bagai hanimun punya pasal. ayooo time tu very the stressed. mana taknya dah la tak booking & tak planning langsung tuptup nak hanimun. huh! tapi masa tu duit & cuti bukan lagi masalah. masalahnya tak well planned. aku pulak seorang yang tak suka tegesa-gesa. aku jenis yang agak detail. so masa tu memang stress buat aku. act dulu penah plan nak pegi dalam mesia dulu sama da perhentian, bukit tinggi, redang or watsoever tapi tu just plan gitu-gitu and tak amek port dah lepas tu.. at last tengah malam dalam 2,3 pagi tu kami decide nak ke Pulau Langkawi dulu since dekat dengan Penang & aku penah backpackers berdua dengan ex hausmate dulu. so agak tere la.LOL 
Boleh bayang tak pagi nak pegi tu baru kemas baju-baju bagai. haha. lawak pulak bila pikir2 balik. so kami pon pegi Langkawi juga secara backpackers. sampai sana baru sewa kereta, cari hotel & lain2. tapi still stress SEBAB part hotel paling sakit hati. mostly hotel at sana full. wuaaa frust !! so terpaksa amek hotel yang MAHAL. 

tapi hanimun berjalan dengan lancar disebabkan aku dah penah p Langkawi so dah tahu tempat-tempat yang nak chill. heee.. gambar masa hanimun tak dapek nak disiarkan di atas faktor keselamatan. LOL 
tapiii sumting yang aku takleh lupa & insyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku nak p tempat makan kat sana iaitu BoutiqueCafe. memang terbaek lah tempat tu. sesuai sangat untuk dating dengan suami tersayang. hehe

tak habes sampai kat situ selang beberapa bulan akhirnya the real hanimun berjaya direalisasikan iaitu kami berjaya menerjah ke BukitTinggi buat pertama kalinya. Terbaikk!! best sangat. kalau untuk hanimun memang sesuai sangat la. ok done dengan sesi wedding & hanimun yeayyy ! jumpa next entry JOM.