Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah, Rezeki Allah.

salam.

Tengok tajuk pon rasanya dah ramai boleh mengagak kan ? betul lah jangkaan tu.. selepas lebih kurang 2 minggu lepas kenduri kot aku disahkan hamil. Alhamdulillah.. Rezeki Allah s.w.t nak bagi. tapi orang yang paling gembira sekali dengar berita ni adalah Husben aku sendiri.. sebelum confirm kan dengan doc aku ada check sendiri menggunakan Upt. act aku tak jangka pon, aku just amek keputusan nak cek pon lepas aku rasa aku cepat sangat letih. memanjang letih, kalau tdo boleh tidur sampai malam tanpa makan. masa tu makan dah tak bernafsu, nafsu lebih kepada tidur.

malam tu aku cek, tup2 ada dua line . Oh My...!! gelabah sikit masa tu.. aku macam taktau nak buat apa & nak cakap apa. aku lari masuk bilik & suruh husben p toilet untuk confirmkan. kot la aku mimpi. hahaha
lepas dia p toilet dia datang kat aku & melompat2 peluk aku.. hahaha takleh bayang situasi tu. takleh nak gambarkan berapa gembiranya husben aku waktu tu. tapi kami still nak confirm kan yang betul2 confirm so aku buat upt skali lagi. Alhamdulillah memang sah aku pregnant.

dalam masa minggu tu jugak aku pegi klinik & dapatkan pengesahan doc. di awal kehamilan aku still macam biasa makan semua ok yang paling ketara just letih. letih tak hengat. balik kerja terus tdo. kadang2 boleh lajak sampai pagi terus. boleh ? huhu awal-awal aku tak la nak mengidam apa2 tapi dalam dua bulan kehamilan aku mula alah. pagi2 nak mandi dah jadi rutin untuk muntah dulu, buat pulak mak aku menumis nak buat bekpes ke lagi la membuak2 nak muntah. naik kereta air cond wajib tutup kalau tak aku mual & pening. lama kelamaan nafsu makan dah hilang langsung. tak lalu sangat nak makan even aku lapar sangat2. bau hasben sendiri pon dah tak boleh. aku siap suruh dia tdo jauh2 sikit sebab takleh nak bau rasa nak termuntah. act bukan bau busuk tapi bau yang tak dapat nak diklasifikasikan sebagai bau apa. so aku gelarkan sebagai bau MISTERI. tiap kali dekat dengan hasben mesti bau misteri. hehe cian hasben aku.

lama kelamaan nak masuk penghujung trimester pertama iaitu 3 bulan aku rasakan badan dah ok sikit, mual2 dah kurang, selera makan dah ok sikit. rupa-rupanya tu mungkin salah satu tanda yang tak elok untuk aku. masuk bulan ketiga berita gembira tu dah bertukar title jadi sedih. aku alami 'tumpahdarah' di opis. aku mula gelabah & stress even tak tumpah banyak just spottted. aku dah mula fikir sumting negatif naluri aku juga kuat mengatakan ada sumting yang tak kena tapi aku takut nak sebut.

Aku kol husben dengan nada sebak. kalau ikutkan hati maunya nak nagis sekuat hati tapi since aku masih di opis aku tahankan juga. balik tu husben terus bawak checkup di klinik & doc cakap baby tak mmbesar selari dengan kebesaran sepatutnya dia besar selama 3 bulan tu. baby aku baru sebesar 8 minggu sepatutnya dah 12 minggu. so doc bagi ubat kuatkan rahim & mc 2hari.

malam tu hanya tuhan yang tahu bertapa sedihnya aku & hasben. menangis sampai terlena. keesokan pagi kami ke klinik kerajaan dimana tempat aku buat buku merah. untuk dapatkan pengesahan status baby aku. dan yaa, naluri seorang ibu memang kuat menyatakan baby aku dah tak ada. doc cek2, scan bagai dia tunjuk denyutan baby aku dah tak da & tak tahu sejak bila & baby aku memang tak membesar seperti doc yang cakap kat aku malam sebelum tu. doc bagi surat suruh kami ke wad emergency & dapatkan pengesahan dari hsopital pulak.

masa tu dah abis airmata nak gambarkan kesedihan aku. hanya suami aku yang stress & menangis sepanjang perjalanan ke hospital. aku hanya mampu diam seribu bahasa.
sampai di hospital setelah 3 kali checkup aku disahkan keguguran. doc beri pilihan sama ada nak gugurkan atau keluarkan di hospital atau dia beri masa 2 minggu untuk jatuh sendiri lepastu datang balik hosp. aku tak nak amik risiko. aku taknak tumpah darah yang banyak secara tiba2 so aku decide untuk buat terus di hosp.
aku admit 3 hari. oh ya nurse cakap sakit keguguran bersamaan sakit beranak yea. hanya tuhan yang tahu. lebih menyedihkan sakit yang sama aku alami seperti orang melahirkan anak tapi aku tak lahirkan apa2.

lepas dari keguguran tu aku dapat mc selama 2minggu. habis ja dari mc tu aku decide nak resign untuk fully recover. recover dari segi fizikal & mental. paling susah adalah mental. banyak kata2 semangat aku terima dari orang. aku redha. Aku tahu anak aku dah menunggu aku di syurga nanti. sekurang-kurangnya aku dah punyai aset untuk menarik kami ke syurga selain dari amal ibadat kepada-Nya. act aku sepatutnya Gembira. & Alhamdulillah sampai ke harini aku dah mampu menerima apa yang jadi. insyaAllah. kami berusaha untuk yang kedua. walapun perasaan trauma tu masih berbaki.

Doa-doakan untuk aku dan suami.


p/s : entry ni aku tak ceritakan secara detail. tapi cukup la sekadar berkongsi apa yang terjadi. 





No comments:

Post a Comment