Tuesday, December 20, 2011

18/12/11 Tarikh Keramat yang WAJIB dikenang

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dengan skali lafaz aku dah jadi yang HALAL untuk Muhamad b. Othman :)


Doakan Kebahagiaan kami Suami Isteri yea :)










p/s: Bersyukur sangat dengan apa yg aku ada sekarang. kahwin awal ni perlu kuat, sebab jauh lagi perjalanan kami.. tapi sekurang-kurangnya kami dah terlepas dari Dosa Maksiat.. aminn.. Now fokus untuk sambung percintaan lepas berkahwin & menjadi isteri yang terbaik untuk incik Somi . doa-doakan ok ! :)


Oh ya ! Sekarang sila panggil saya Puan Muda ANATI..miahahahha :P :P

Monday, December 12, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 8 : PreWedding yo !

Assalamualaikum..


Aku dah dapat gambar PreWeddin' dari En.photoG merangkap kawan kepada incik Tunang.. & Of Cos aku 'happiessst'sangat *eh ?* :P


tamo cakap banyak jom cuci-cuci mata sikit.. aku letak sikit ja dalam blog ni..selebihnya di Laman MukaBuku & Sepenuhnya of cos kat kt soft copy & album :)


*Enjoii*























p/s : Gambar a bit kelam kabut..sebab aku main tarukk ja tak sempat dah nak susun2.. almaklomlah cek tengah bz untuk preparation saat akhir ni :) Doakan semuanya selamat..amennn

Saturday, December 10, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 7 : Fitting Baju Nikah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah sempat lagi update blog sebelum begelar PUAN muda.. hiks.. Harini 10/12/11 adalah hari untuk fitting baju nikah. Seriuss aku excited sangat.. & harini jugak aku baru order coklat untuk hantaran nikah & tinggal lagi 1 ja untuk hantaran. slow kan buat keja ? -.-''


Aku x sure aku p fitting pukul brapa tapi yang pasti petang la. Alhamdulillah baju seperti design yang aku nak & di tacap2 skit oleh designer merangkap tailor aku. Oh ya tailor baju nikah aku ni adalah tailor yang sama buat baju tunang dulu.. disebabkan baju tunang dulu aku puas hati so aku dh jadi pelanggan tetap kt tailor ni.. baju konvo pon buat kt dia.. hihi


Baju nikah aku buat dress & kaler putih mutiara.. aku prefer putih mutiara dari putih gebu/Bersih sebab kaler putih mutiara nampak lebih klasik.. *bagi aku la* hahaha.. baju nikah tak fully siap lagi sebab nak tambah2 apa yang patut.. baju incik tunang pon nak tambah skit2 lagi.. yang dah fully siap kasut nikah customade aku sahaja.. SO far aku sangat puas hati..


kat bawah ni aku bagi sikit 'teaser' untuk baju nikah aku.. *eceh*.. sangat puas hati untuk baju yang aku nak ni.. lain orang lain citarasa so aku tak kesah kalau di mata orang lain nampak biasa.. tapi bagi aku baju ni Very Simple yet prettyawesome. *ehh!* :P



LESS IS MORE bebeyh ! =D


ok datss oll.. sehingga ketemu lagi.. bai !


Thursday, December 8, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 6 : Save The Date Video =)

Assalamualaikum..

dalam sedar tak sedar lagi 10 hari aku bakal bergelar isteri kepada Muhamad b. Othman..
siyess aku macam tak pecaya.. & tengah malam semalam aku gelabah gila bila pk lg 10 hari dah nak nikah sampaikan aku kol habes dua tiga orang member aku untuk hilangkan nebes tu dengan bergosip.. *eh !*

Oh ya, bagi yang follow blog ni , perkembangan aku & yang masih engat akan entry INI , aku ada kasi Teaser skit kan.. & Now aku nak publish kan apa yang nak rahsia sangat tueee.. hahahaa

actually tu adalah video SAVE THE DATE aku & incik tunang.. so anda anda & anda sekalian boleh la mengintai intai video tu dengan klik di sini --->>> MUHAMAD & ANATI_ SAVE THE DATE VIDEO .. enjoy the video ya !.. 2minit jee pomm

& tolong jangan nak kutuk-kutuk aku sebab aku dah 24JAM kutuk diri sendiri.. aku takleh terima kenyataan yang aku ada dalam video tu.. MALUNYAAAA... nampak sangat tadak talent nak blakon2 ni.. macam hapa jek..hahahahahahaha 1st time kot so haruslah MALU kan.. hahaha control ayu, cantek, hapa ka aku dah tak kesah sebab aku memang malu..

terima kasih aku ucapkan untuk PhotoVillage Studio crew di atas video yang menarik tuh..Video mmg aku sukaa sangat. tapi part aku ja yang aku nak tutup mata. kekeke :P

K la siiuuu next entry.. kalau sempat sebelum nikah aku update lagi. kalau tak, aku update selepas bergelar PUAN MUDA jela ek..

p/s: mcm biasa.. DOAKAN segala persiapan & majlis kami berjalan dengan lancar. amenn :)

Thursday, December 1, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 5 : Kad Kahwengg !

Assalamualaikum.


Disebabkan secara rasminya kad banyak yang dah aku edarkan expecially untuk yang dok jauh sebab aku bagi by post. so entry kalini just nak update pasal kad kahwin aku.. sebelum tu.. kawan2 rapat mahupun terdekat nanti aku kasi by hand ok.. sabaqq kenduri cheq sebulan lagi. & bagi mana yang tak sempat, aku jemput kat sini jela & insyaAllah dekat nak kenduri aku invite lain by Fb =)



Ok yang kat antas ni adalah contoh kad kawen aku.. actually kad ni sekeping je , i mean depan & belakang.. ala2 mcm poskad. tapi kad aku gedabak tak macam kad kawen. dah jadi macam kad besday mahupun kad raya.. hahha & kaler jugak bukan lah hitam putih. mana yang dah dapat tau la kaler apa.. jengg jengg jengg..


Ramai yang cakap kad ni comell .. comell ke ? hahaha.. tak macam kad kawen pon,macam budak2 kan.. hehe =p ahhh peduli apa aku memang muda lagi pon. atleast tak la typical kad kawen yang wajib berbunga2 bagai.. sikit kelainan la..


Aku buat kad ni sekeping je (depan belakang) atas faktor penjimatan $$.. w'pon murah, kad ni penuh dengan makna.. ecehh.. Malahh kaler kad ni jugak merupakan warna tema wedding kami =))


So jemput la datang kenduri aku pada 2/1/12 di Kompleks Masyarakat Penyayang Penang.



# Doa2 kan lah supaya segelanya berjalan dengan lancar & selamat.. doakan jugak untuk kebahgian aku & future hasben aku :) aminnn...


Sunday, November 27, 2011

Langit Takla selalu Indah Kann

Assalamualaikum..

Sedar mahupun tak kebanyakkan entry mengenai relationship aku semuanya yang indah-indah saja bukan ?

yelahh buat apa ja nak cerita part buruk-buruk kan ?

Tapi tak bermakna hubungan kami sentiasa maniss ok.. =) bohonglah kalau dalam sesuatu hubungan tu takda langsung masalah. Begadoh, marah, mengamuk, bebai, merajuk blablablabla tu dah sebati dalam hubungan aku & incik tunang. Bukan niat nak bukak pekung didada tapi tu adalah kenyataann malah sesapa pon mengalami benda yang sama. Kan ? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama manusia..

Oh ya entry aku ni pula bukan lah bemakna hubungan kami tengah tegang NO NO NO sama sekali. kami ok ok saja :) alhamdulillah aku bahagia..

Tapi perbedaan sikap antara aku dengan dia jugak menyebabkan kami seringkali berselisih faham.. Aku = Cepat Marah & Lambat Sejuk.. Mat = Cepat marah & Cepat cool. ok jelas disitu menunjukkan sifat negatif aku lebih ketara berbanding mat.. kemarahan pula lambat nak cool disebabkan incik tunang bukan pemujuk yang baik. langsung tiada skill memujuk. mungkin dia belum download skill tu.. tunggu lepas kawen baru nak download kot kan.. hahaha

TAPI.... bila kena dengan cara, aku memang tak susah nak dipujuk..

Yang senangnya pasal mat dia bukan seorang Pencemburu, Pemarah tak semena-mena, Merajuk lagi la jauh .... bebai tu betol la. hahahaha tapi aku dah paham sangat perangai dia. Kami ni tak macam orang lain.. Kami dengan begadoh tu dah sebati sangat.. dari aku kenal dia sampai la ke hari ni.. Dalam sebulan kami dah tahap wajip begadoh..Haha belum penah lagi tak begadoh dalam sebulan. kadang2 dalam seminggu pon mesti gadoh.. Hahahaha..

Tapi apa yang pentingggggggggggggg.... Sepanjang aku kenal mat.. seteruk mana kami begadoh.. Kami TAK pernah begadoh LEBIH DARI SEMINGGU.. nak lebih 4 hari pon susah.. & dalam rekod kami gadoh2 dalam masa hari yang sama pon dah ok. Takleh la nak gadoh lama-lama.. Rindu tahu ? hahahaha so far alhamdulillah la.. harap-harap kami dapat kekalkan momentum begadoh kami yang minima ni... takmau la berlanjutan seminggu,sebulan bagai kan. insyaAllah kalau dapat kurangkan lagi bagus.. bukan apa begaduh ni penat jugak, memerlukan tenaga nak ekspresikan perasaan marah tu, bukan senang oiii.. hahaha

sampai sekarang aku dah dapat kenalpasti sesuatu... Begadoh, merajuk tu bukan semuanyaa negatif. Kadang-kadang krisis dalam hubungan tu sendiri membuatkan hubungan kami makin kuat & membuatkan kami lebih kenal antara satu sama lain.. hidup berpasangan ni bukan untuk terima kebaikan saja.. kita jugak kena terima keburukan pasangan kita & jadikan keburukan dia tu adalah keistimewaan pasangan kita.




Contoh : aku agak kasaq.. so istimewa la tuuuu.. mostly pompn lemah gemalai, stok2 mak mentua sayangg ja kan.. tapi aku kasaq.. kasaq2 aku setakat masak gulai tu not a big deal la untuk aku... aku tak kata pandai masak.. tapi setakat perut mat tu... serah la kat aku.. hahahaha *ckp besaq noh*




Tak tere masak tak pa weh janji kita NAK belajar...

p/s : well...takda orang yang sempurna dalam dunia ni .. itulah guna nya bepasangan.. saling melengkapi antara satu sama lain & saling menyempurnakan...






walaupun entry aku macam tadak Motip & merapu rapan yang penting aku Sayang Tunang aku ! harap dia pon macam tu...






Friday, November 25, 2011

How Sweeeetttt ..

Lalalalalalalalalalala....

Apa perasaan anda bila ur ex yang dah bertahun-tahun tak kontek and bila kontek atas sebab-sebab rasmi lalu dia ada sebut-sebut pasal Blog hampa ??

uuuuuuuuu apa kah tanda nya itu ? How sweeeetttt bebeh ..

concern jugak mamat ni. tak kesah la sama ada dia silent reader, stalker, mahupon melalui penyampaian rakan-rakannya.. apa yang sweetnya adalah bila kita tahu yang dia masih lagi mengikuti perkembangan kita.

Thankss Mr Graphic Designer =)

Alhamdulillah aku pon baru dapat tau perkembangan latest yang dia dah bekerjaya & berjaya mugkin.. :) bagus la kan. itulah sapa tau masa depan masing2 kan . Happy for u..

Tapi Hubungan aku & dia adalah sejarah. Now aku akan melakarkan sejarah baru dengan Mr Tunang tersayang & aku bertuah mempunyai tunang yang begitu memahami. Dia lah satu-satunya lelaki yang aku kenal sampai sekarang yang tak kenal erti CEMBURU. kalau ada pon dia tak penah tunjuk.. tapi kadang2 rasa tak cool jugak sebab geram dia ta penah jeles & Kontra dengan sikap aku yang seorang pencemburu yang Tegar.. hahahaha..

dan aku percaya yang Mr ex aku jugak melakar sikit demi sedikit sejarah hidup dia dengan Gefren tercinta dia & kami semua juga bekas satu sekolah yang sama :)

see.. betapa besar Kuasa tuhan kan.. sapa tahu apa yang akan jadi pada masa-masa mendatang.
Aku akui, sejarah aku dulu tak semua Indah. aku bukan sebaik yang di sangka, aku juga penah leka dengan pengaruh arus semasa, kawan-kawan dan Nafsu jugak tak kurang hebat dugaan buat aku.. Namun semua itu mematangkan aku.. membawa aku pada ANATI MOHD HAMIDI pada harini. Alhamdulillah.. aku masih menetap di bumi yang nyata. Maha pencipta masih lagi memberi aku ruang untuk aku perbaiki kelemahan diri. syukur sangat. Terima Kasih Tuhan dengan segala nikmat yang diberikan..

Sebelum aku akhiri entry kalini.. aku dengan rasa rendah diri Memohon seribu kemaafan pada Mr ex dengan apa saja salah silap aku pada dia & tak lupa juga Gf dia mungkin atas 'urusan rasmi' aku tu membuatkan dia terasa hati mahupun marah. maaf yeaa :))

dan pada readers2 yang lain jugak Maaf diatas segala kekasaran bahasa, entry yang tah apa-apa, mengutuk tak semena-mena.. =)


Assalamualaikum

Tuesday, November 22, 2011

Someone Like You - Adele Lyrics (HD)



Kalau aku cakap aku dengar lagu ni aku SEDIH boleh ??
siryes tacingg kot dengar lagu ni .. urmmmm =(

Sunday, November 20, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 4 : Tema untuk Wedding

Assalamualaikumm..


Pejam celik, pejam celik dah tak sampai sebulan aku bakal bertukar status CIK PUAN MUDA.. jangan tanya kenapa perlu ada CIK & MUDA tuuu... hahaha wehhhh aku kawen muda kot agak-agak laa..hahaha biaq la maneesss sikit didengaq bila ada CIK PUAN MUDA tu... kalau Puan saja macam tua ja rasa.. ok la ok laaa. Cik Puan saja pon aku terima.. :P :P


Ok strett tu da poin.. Tema Kaler untuk wedding aku adalah Emerald Green & Gold. kalau sesapa tataw padiaa Emerald green tu leh tengok gambaq kat bawah ni.. act Emerald green ni pon banyak tone ada yang gelap & ada yang cerah sikit.. nak tengok real punya tunggu Majlis aku nanti k =) fyi kami pon tataw macam mana la ropa baju kawen kami tu.. harap-harap la elok & weding planner aku buat yang terbaik.. aminnn... huhu..


Untuk pengetahuan sekalian readers jugak, aku tadak tema khas untuk wedding.. english ka, prancis ka, india, bollywood, mollywood bagai ka .. tadak Oke! bukan retisss nak over-over.. terpaksa la sedaq diri buat sekadar yang mampu.. satgi nak impress orang yang mai tengok tu gila-gila jenuh nak bayaq hutang yang sampai anak 5 pon tak abeh-abeh..


Aku & future hasben aku happy, family happy pon dah cukup..





p/s : # Pasaipa pilih emerald green & gold ? aku nakkan kelainan. biaq owg rasa pelik kaler ang-ang tapi aku & incik tunang suka.. kalau kena gaya insyaAllah elok.. dah biasa sangat tengok kaler-kaler yang lain..

#so majlis kami nanti kalau sesapa rasa nak support majlis boleh la pakai baju bertemakan hijau mahupun, Gold.. tak kesah la hijau & gold apa pon.. kalau tak mau pon takpa, bukan paksa.. sekadar memeriahkan susana =))

#Macam biasa, doakan semuanya berjalan dengan lancar.. amennn... tak sampai sebulan nak nikah ni sumpah aku dah mula rasa nebes.. asai pikiaq ja nebes menjelma.. fuh fuh fuh !

Saturday, November 19, 2011

kalendar wohhh kalendar dimana dikau =DDDD


20/12/2006
(in serious relationship @ maseh di zaman jahiliah :P )



19/03/2011

(Alhamdulillah, 1 step closer.. ke arah yang lebih serius..)



Nikah ? InsyaAllah dah boleh mula counting days..


DATE ? tak sama date dengan diatas tapi berantai . . bila agaknya yeeee ? =)



20/12/2006 - 19/03/2011 - ??/12/2011
dah dapattt ?? jyeahhhh datss will be my Special Date. InsyaAllah :))


#Gulp ! pejam celik, celik pejam dah tak lama.. nebesss wehh nebess.. hope everything wil be ok .InsyaAllah.. Oh ya, dah boleh mula pangkah pangkah Kalendar , teheeee


Oh lupaa !! lupaaa !!...... how come boleh lupa.. akher kata happy 8th month 'anniversary' to Mr tunang sayang & insyaAllah ni adalah ulangbulan pertunangan terakher kita.. Love u so muchhhhh b. . # lets pangkahpangkah kalendar together2 :)

Friday, November 18, 2011

Colbie Caillat - I Do



U make me wanna say i do .. i do i du du du du du Oh baby i dO i du du du du . . . . <3 !

Thursday, November 17, 2011

Apalaaa ada pada rupa . . . . . . .

Salam ..

Aku teringin nak makan cookies epecially nestum cookies. aku mula terjebak dengan keinginan sebegini sejak dari sambutan ulangtahun kelahiran incik tunang & mama nya tempoh hari. masa tu mama incik tunang buat nestum cookies so dari situlah aku mula tejebak !

Harini aku betekad nak buat ! tak kira, apa nak jadi-jadilah janji aku nak buat. haha


OK . . bayangkan betapa nikmatnya kita menikmati cookies dimasa lapang sambey menonton tb mahupon on9 Oh tak lupa juga dengan seMug Milo panass.... walawehhh...


ok disebabkan nestum cookies ni adalah 1st trial aku maka aku nak ciwi-ciwi show-off kan sekalian readerss. haha boley ?


ok ni masa dalam oven lagi, maseh berkira2 bagaimana rupa & rasanya nanti .urmm


10 minit kemudian.. rupa agak rare namun apalah sangat dengan rupa jika dibandingkan dengan rasa yang hebat =)



1 adunan = 1/2 balang plus plus ..


k lah nak p rest sambey nikmati cookies aku hat sedap tu


Baiiiiiiii xD

Tuesday, November 8, 2011

Selamat UlangTahun Kelahiran Mak & Anak ")

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Mak & Anak :)

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, serta hidup sentiasa berada didalam keredhaanNya. Amenn . . .






Salam sayang ,

anati sekeluarga :)

Sunday, November 6, 2011

November BestDay !

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik dah November. ada apa dengan bulan ni eh ?? hemmmm :))

Actually bulan November ni adalah bulan kelahiran & bestDay buat insan2 yang dibawah ni & semuanya berkaitan antara satu sama lain.. Bestt bukan ?? boleh sambut sesama...

jelesnyaa... ..tapi apa boleh buat aku dah ditakdirkan lahir time hari pekerja, redho jala.hehe


Meh tengok individu yang bestt yang dilahirkan pada bulan November ni :)

(4/11) besday Mama pada incik tunang *yg tengah tu*.. Oh ya !hujung skali tu adalah mymom :)



(5/11) Ahmad Naufal @ Cik @Opan anak sedara sulung kepada incik tunang :) be a good boy ok handsomeeee !



pandai layan kekanak ! ehemmm... ada bakat pakngah ni... =p



Nexttt -- > Tadaaaaaaaaaa.... MyOnlyOne, bb sayangsss yg jatuh pada keesokan hari 7/11.. dia sanggup tahan tamo tido nak tunggu aku wish.. leh lak camtu kan ?haha



Dan kat atas ni adalah kak ipar kepada incik tunang juga merangkap mama kepada Ahmad naufal yang kat atas tadi tuu ... *no wonder la anak2 hensemm, tengok mama la kannn* :P Happy birthday in advance kak shia :)) (14/11)


Dan akhir skali tak dilupakannnnnn.... my dearest besttttt fren 4 eva !!


Nurul Syahira @ Caerah !!! 10/11


MissyouuuSayanggggg XD


Ok tu saja yang aku nak update untuk anak November ni.. Happy Birthday to uolss yang lahir pada bulan November ni yeaa .... =DD


pssssssst... esok akan ke rumah incik tunang ada jemputan makan skit.. yela nak meraikan keluarga November & membincangkan hal kahwen kami sedikit sebanyak.. semakin dekat semakin dup dap dup dap ... doakan semuanya berjalan lancar ya =))


*Sorry la kalau entry kalini membosankan, aku sebenarnya ketandusan idea serta kata-kata* Hahahaha Ok baiiiiiiii.

Saturday, November 5, 2011

Happy Belated Graduation Day to me !! ahakzz =D

Assalamualaikum..


29/10/11 , Happy graduation day my dearest frensss !!!!! =DD


Yes aku quite late, but better late than never kan ? ?


Yeahhhh, finally we did it !.. Perasaan Happy time grad ni haya tuhan yang tahu. yelahhh setelah berpenat-lelah 3 tahun belajaq akhirnya tiba saat-saat yang dinantikan.. 3 tahun tu bukan satu jangka masa yang pendek, macam-macam kena tempuh segala pahit, maniss, tawaq , masin bagai baru lah sampai ke harini.. Nak grad tu tak sampai sehari tapi nak sampai untuk harini kita kena tempuh 3 tahun yang mencabar ! so sapa yang grad dikira berjaya lah even pointer tak sehebat orang lain tapi ia menunjukkan kecekalan serta ketabahan kita nak tempuh & aim untuk sampai ke hari ni.. ceeewahhh ! so untuk mengetahui tahap perasaan aku masa grad tu aku sertakan gambar masa hari yang bersejarah tu :))
































Oh ya ! paling Penting ni semua Hadiah untuk mak, abah yang tersayang.. masih terngiang-ngiang ditelinga masa kecik dulu mak penah cakap ... " mak teringin nak tengok ati naik pentas ambik hadiah"... so aku dah buktikan even lambat, sekali pentas besar aku naikkk. teheeeeeeee :P ILOVEU MAK ABAH... & tak dilupakan buat tunang tercinta thankss for ur support B :)

Tuesday, November 1, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 3 : Pesepit Kami

Assalamualaikum..


stret tu da point ~ entry kalini just nak ceghita pasal persepit. sepit bukan sebarang sepit , sepit ini Pengantin yang punya.. kes kes kes... Persepit tu saja dok buat menyusah p heja lagu tu. hat sebenaqnya Pengapit.


Untuk pihak perempuan iaitu pihak aku dengan segala hormatnya aku melantik hot hot kazen aku iaitu Fatin Liyana as my bridesmaid. sebab aku pilih dia ? sebabbbb dia merupakan kazen perempuan yang aku senang berkomunikasi , selesa of cos lah yang paling rapat dengan aku even nak jumpa dia pon susah. raya-raya baru jumpa.. kalau tak jumpa di alam maya ja. hahaha


serba sedikit pasal kazen aku neh ...Fatin merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik & juga anak perempuan tunggal dalam family macik aku tu.. dia berasal dari Ipoh. :P Dia belajaq punya la tinggi sampai tak tercapai oleh aku la.. hahha Dia ada Master dalam bidang geologi kalau tak silap laa .. Tapi aku very the respect kazen aku sorang ni sebab tinggi-tinggi pelajaran dia pon dia tetap RENDAH. hahaha maksud aku rendah diri. sikit tak belagak wa cakap lu. kalau tengok dia sumpah taktau budak master. padahal selenga ja. kahkahkahkah...! *ok tipu* dia memang hot pon w'pon Tak se hot aku. miahahaha =P Sekarang dia bekerja sementara sebagai cekgu sandaran sekolah mana tah.. & paling penting dia dah ada yang booking, tak lama nak jadi tunang orang & paling sedih time dia tunang aku takleh nak attend sebab aku nikah sehari lepas dia tunang.. sobsssss.... nak sangat p tapi apa kan daya.. T-T


Ok untuk pengapit incik tunang pula BERKEMUNGKINAN besar dia mintak tolong Kazen dia.. tapi aku tak kenal sangat, tau sikit-sikit je. yang pasti kazen dia tak kurang hebatnya sebab beliau merupakan salah seorang doktor yang bekerja di GH Penang.. pssstttt2 dengaq cita dia solo lagi......... lalalaalallala...


Para pengapit semua hebat-hebat pengantin ja suam-suam kuku hebat.. =.='''


Okehhh, kat bawah ni aku attach kan sekali gambar kazen aku merangkap pengapit di hari besar kami nanti.. hopefully semua nya baik-baik belaka..



Ninjia.. kat atas yang hot tu aku.. & belah kiri yang suam-suam kuku tu la bakal pengapit aku (FATIN LIYANA ALIAS !!! )


& sorry aku tadak gambar bakal pengapit untuk pihak laki so tak dapat la nak attach. kalau nak tengok tunggu time kenduri nanti tengok puas-puas =)


Ok tatatititutuuuuuuuuuu ! ! ! xD


Monday, October 31, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 2 : chincen Kahwengg

Assalamualaikum....


hello readerssss ... alhamdulillah berkat daripada kekerapan hujan pada tiap petang maka ada hikmahnya disitu.. himahnya adalah bila hujan aku malas nak keluaq melewaq so dok rumah buhsangg asyek on9 24/7.. haha so harini sedikit kerajenan telah aku serapkan untuk mengapdate blog untuk persiapan perkahwengnan aku..


kali ni aku nak nak pasal Chincen kahwengg.... Oh ya sebelum tu, aku cerita ni niat bukan nak menunjuk nunjuk ka hapa ka nanti ada pulak yang buat dosa kering kutuk-kutuk aku. tapi tak kesah la bukan effect life aku pon kan. haha..


Alhamdulillah, cincin kawen adalah antara persiapan terawal kami. yelah emas makin hari makin mahal dek oii nanti lagi tangguh lagi aku dapat cincin yang macam urat daun je.. kann.. hihi lagipun aku dah aim & admire cincin ni LAMAaaaa dah.. sekali lagi LAMAAA dah. hahaha so bila duit dah berkepuk terus beli. berkepuk kee ?? hehehe.. Cincin untuk aku ofcos lah incik tunang yang belikan & cincin dia aku yang belikan. Nasib laki takleh pakai EMAS kan.. phewwwww ... :P


Oh ya kami decide untuk amek cincin yang bertahtakan Ruby Stone. bukan untuk incik tunang malah kami dua-dua amek yang ada batu ruby ni. mulanya aku yang beli dulu tapi sebab dah nama cincin kawen of cos lah nak berduet sama dengan incik tunang so dia pon amek batu ruby. Batu Ruby kaler merah so semerah tu jugak la Cinta kami berduaaa... *silapengsan* HAHAHA..


Mostly pompuan yang nak kawen ni nak cincin kawen yang Diamond kan.. expecially cincin yang diamond 1 ja tengah-tengah tu kan .. baik chineese mahupun malay.. tapi aku tak, tah tak minat rasa kosong.. aku amek design ala-ala ada bentuk bunga skit. cincin emas tapi batu ruby kat tengah & ada beberapa diamond sebesar kuman keliling ruby tu.. bila dapat ja cincin tu punyaa happy macam nak pakai terusss... OVER kann. haha


setengah orang suka yang simple so maybe sebab tu amek yang diamond 1 tu kan. lain orang lain la citarasa ye tak ? orang nak cakap cincin aku nampak murah ka, semak sebab banyak batu ka Ada aku Kesah ? tu cincin aku so aku punya suka la kan... hehe EMO pulak.. tak lah actually aku saja amek macam tu sebab tu tanda ikatan perkahwinan kami & of cos lah sampai ke akhir hayat kan, so aku nak sedikit kelainan. . atleast aku ada pendirian & citarasa sendiri. tanak la macam orang lain asal cincin kawin / nikah ja nak yang batu satu tengah2 tu.. macam dah jadi cincin wajib ada time kawen pulak.. :P


so lets cekidaut macam mana rupa bentuk cincin kami tu.. tapi jangan la tetipu sebab aku just pinjam gambaq incik GUGEL.. so mestila tak 100% sama.. just iras-iras macam gambar tu je.. Okeh ! =)



ok yang atas ni ala-ala cincin aku tapi cincin aku emas kuning bukan putih & kecik molek je. tak macam kat atas ni.. kalau nak beli yang besar $$ pon kena besar so kecik pon jadi la :)


Ni pulak cincin buat bakal hasben aku.. actually tak sama design pon. hahaha just nak tunjuk yang tengah tu batu ruby macam atas ni.. :)



ok sampai sini saja pasal chincen Kahwengg..


*Oh ya ! kalau ada yang cakap tak sepraiss la bagitau/tunjuk kat orang awal-awal ....blablablablabla*

Bagi aku, Apa nak disepraiss kan cincin tu cincin kawin aku so sepatutnya aku yang kena sepraiss bukan orang lain.. aku bukan beli cincin kawen nak impress orang suruh suka. janji aku&incik tunang sukaa sudeyhh ... Kannn :))

Ok bai...


Thursday, October 27, 2011

Seharian Di Kolumpo

salam semua . . .


Kalini bukan nak hapdate pasal preparation kahwengg tapi maseh lagi preparation iaitu preparation konvo.
Konvo aku adalah pada 29/10/11 ni sebelum aku cita apa2 sila bagi *big clap* kat aku sebab dengan jayanya dah menamatkan study aku selama 3 tahun dan paling bangga OnTime bebeh. w'pon result tak gempak & kerap kali sem ada ja yang nak repeat subject .bhahahaha :P


its ok tu dinamakan pengalaman :))


aku bergegas ke Kay-hell pada 25 yang lepas sebab ada peng-ambek-lan jubah konvo & raptai katanya tapi ambek jubah saja pon limapulohenamjam punya lama, kejadah apa nya nak raptai lagi kan. maka tiada raptai untuk aku. just amek jubah & cabut balek !


pada 25 haribolan tu aku sampai agak lewat malam yela tunggu incik tunang kesayangan abes kerja baru bertolak p kay-hell. incik tunang tak harap i pegi kay-hell naik bas sorang-sorang tahu ? sweettttt tak ?? bahgia dapat tunang yang very the concern. hehe *_*


oh ya peng-ambek-lan jubah tu adalah pada 26 haribolan iaitu pada keesokan harinya. .. harap maklom... so setibanya kami di pudu malam tu disambut dengan penuh mesra oleh bestfreenn forever aku caerah & bofrennya. .. perlu ka perkataan *mesra* tu ?


tapi sebelum sampai tu aku dah text siap-siap suh belanja makan setibanya kami kat sana. lapaqq oii dok dalam bas lama lama. tunang aku dah la balek keja terus nak p kl nak makan pon tak sempat.. ciannnn taw bb kami .. *ok, sila muntah* :P


reza merangkap sebagai bofren si syira tu bawak kami makan kat marlis ke eh yeke apa tah nama yang pemes ngan char koey teow sedap tu.. katanya lagi penah masuk warung kita kot.. disebabkan muka kami dah agak kehijau hijauan menahan lapar maka kami rembat sepinggan nasi lemak hayam & sepinggan char koey teow fuhhhhh lega, kenyanggg.... hehehe sedapp & lagi menyedapkan bila syiraa yang blanja. thankss sayang :)


pastuuu mula lah sesi merewang, 1st destination rewang kami adalah karoke.. seriussss aku last karoke waktu last day kat kedah dulu.. bulan 4 atau 5 mcam tu lepas tu tak p dah kot.. kalau tak silap la.. reza bawak tempat baekkk punyaa.. dekat ampang. memang terbaeklah ! tapi kami amek sejam ja maklom la dah bapa pagi kan.. lepas tu tanak kalah, p danau kota lagi walhal dah otw nak katop uptown tu.. haha tapi sempat jugak sopinggg beberapa barang :)


pastuuuu terusss balek beraduuuuuuu zzzZZZZzzzz..


keesokannya pagi-pagi kami dah gerak ke Uitm Shah Alam nak amek jubah konvo katanya..tulis dalam surat tu pukul 11 amek jubah. setibanya kami kat sana mak aiiiiiiii macam lautan manusia bapak ramai.. mau berjam-jam punya tunggu baru sampai turn kami amek jubah walhal nak amek tu tak sampai 15minit. T-T


masa nak amek jubah tu dapat la jumpa membe2 time study dulu.. budak-budak rumah sewa @ besfren dulu.. rinduuuuu... tapi dapat jumpa sat ja sebab depa dah amek jubah awai dah. sobsss T-T

tak habes kat situ lepas amek jubah kami bergegas p cari makan. lapaqqqq oii..caerah bawak kami makan kat Restoran Mee Ketam. tapi disebabkan time lunch kami makan Nasi Gulai@Kari Ketam.. Perghhhhhhhhhhhhh memang TERBAEKKK sangat2. sampai sekarang aku teringat-ingat lagi.. nanti time konvo nak p singgah lagi la :D


btw sepanjang dekat kay-hell tu leh dikatakan makanan kami fully support oleh syira & bf.

buat malu jaaa kan... tapi tapa nanti depa turun penang siaplah ! hahahaha :P

lepas tu singgah beli tiket bas, p Midvalley chill dekat carl's jr pastu dahh balik penang semula..


SERIUS aku cakap even p seharian sahaja tapi nikmat jumpa kawan baik setelah sekian lama tak jumpa & dapat spent time sesama sangat la superb ! besttt sangat. now aku dah rindu balik kat depa sobbsss... till we meet again frenss.. lots of lepp lepp

kat bawah ni aku ada attach 2 gambar haa... malas nak letak banyak banyak kahkah :P

k baiiiiiiii !!!!!


shira & her *soulmate* REZA



ex hausmate @ bespren ida, syira, tya ...

renduuuu . . . . . . . .


*bapak panjang punya entry, padahal p semata-mata sehari ja. ekekekke *

Monday, October 24, 2011

Persiapan Meraikan Chenta episod 1 ( OP & OV )

tadaaaa.... menyusul sudah dengan cerita pertama aku..

assalamualaikum semua :)

pikiaq punya pikiaq aku decide nak mula dengan OP & OV..
kenapa OP & OV ?
sebab kami memang dah confirm dengan yang ni.. yang lain ada yang tak confirm lagi.
secara resminya kami melantik PhotoVillageStudio sebagai official photographer & juga videographer kami.
kenapa kami pilih PhotoVillage ? saja suka-suki nak amek depa.. hahaha of kos lah sebab gambaq2 yang depa amek sungguh naisssss... so far kami belek punya belek gambaq depa kami puas hati selain tu, pakej yang ditawarkan jugak very the on BAJET itu yang penting ok ! hahaha

actually kami ada jugak short list kan beberapa lagi Photg yang lain tapi setelah bincang membincang kami decide nak amek photovillage & dengan penuh harapan yang tinggi menggunung supaya gambar hari bahagia kami dapat disempurnakan sebaeknyaa amenn....

nak tengok hasil seni depa sila la ke page FB depa sendiri kat SINI & Website depa pulak kat SINI .. sila la rajin-rajinkan diri p tengok :))

Selain dari tu untuk video Wedd jugak kami dekat orang yang sama & insyaAllah akan ada sedikit video bagi intro untuk wedding kami.. tapi yang tu sila tunggu dengan penuh kesabaran sebab tak shoot pon lagi. HAHA :)

okeh tu saja untuk episod 1, k lah aku dah nk off p pejabat agama ni nak tengok apa ustad2 kat situ nak interbiuu.. stakat 20 soklan tu ilmu dah penuh didada beb ! *sempat lagi cakap besaq tu* hahahaha ... wishme luck bebeh ! daaaa

Sunday, October 23, 2011

Kembali dengan Edisi Persiapan Meraikan Chenta ! ewahh ewahh =P

Assalamualaikum

hai hai haiiiii... engat lagi tak pada owner mahupun blog ini. . . . . ???
*mestilah takkk, bukan pemes ponn kann * HAHA !

aku ni asyik bedek-bedek, singgah menyinggah blog orang tatapi blog sendiri dibiarkan usang.
sungguh tak bertanggungjawab bukan ?

sekembalinya aku menconteng-conteng blog ni adalah atas iri hati terhadap blog orang lain yang acap kali di update. aku banyakkk cerita tapi aku tak pandai nak mulakan.. sobss T-T
Tapi kali ni dengan penoh tekad didada akan aku update kan serba sedikit tentang Persiapan Meraikan Chenta aku.. ewahhh.. bajet retisss sangat taw...
secara SERIUS nya majlis aku bukan gah, & sangat simple mimple ok ? maklom la aku ni orang kebanyakan mana mampu nak buat wedding gah-gah dek nonn oii... so redho jela janji aku & future husband aku BAHAGIA ok ?

& FYI segala entry-entry persiapan aku lepas ni adalah secara tak mengikut urutan & lebih kepada ekut suka hati aku nak cerita yang mana dulu. oke ? kehkekeh.. & BERKEMUNGKINAN BESAR juga tak semua pasal persiapan aku akan di update.. harap maklum.


jumpa lagi di entry yang akan datang.. ..... tata titi tutu ..

Wednesday, September 28, 2011

Gulai Telur Ikan bulat-bulat besarrRR !

Assalamualaikum.



berkurun tak update blog ni.. berhabuk macam bilik sendiri dah. =.=''



nak jadikan cerita senin lepas, masa balik keja aku & incik tunang p membuat servey keatas butik yang sepatutnya , lepas tu aku ajak dia singgah pasar malam sebab nak tapau makan untuk penghuni rumah yang lain..



jalan punya jalan ... tinggggg bersinar-sinar mata bila aku tengok ada sorang pacik ni jual sesuatu yang dah lama sangattttt aku tak makan. secara tak sengaja terus aku mengidam & nak benda tu.. tau benda apa? TELUR IKAN yang bulat2 besar tu.. bukan yang halus tu..



harga dia makkkk aaiiii leh tahan mahal 100g =RM5 aku beli 300g =RM15. beli ikan pun tak mahal macam tu.. tapi yelaaaa telur ikan ni susah nak dapat ooo... sebab tu gak la aku dah lama tak makan.



harini aku malas nak p kerja + perut aku sakit sejak semalam. tah kenapa dengan perut aku ni. so aku amek kesempatan ni untuk realisasikan impian aku selama ni. perghhh impian tu ! haha aku pon mula operasi mengkerjakan telur ikan tu. tapi pada mulanya aku taktau nak masak apa.. pikir punya pikir, memang sah gulai / kari menjadi menu harini. maklumlah darah mami nak turun kemana kalau bukan kat aku kan. of kos lah i pilih Kari kannnn.. hahaha kari sebagai main menu yang menu sampingan tu takyah cita la, sebab hari2 pun benda sama :P



dah dah, cita punya cita, kari aku pon dah siap... selamat MENJAMU MATA.. perut aku pon act dah dijamu dengan telur-telur ikan yang heaven itu..alhamdulillah, tercapai jugak impian aku. legaa baqqq hang ! hehehehehe



OK BAI !



Friday, September 23, 2011

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya bersama Hadiah Raya ! miahaha =p

Assalamualaikum..


Tamat lah sebulan kita menjalani Ibadah berpuasa ! & alhamdulillah bulan ni aku posa penuh itupun setelah dicampur dengan posa ganti nanti la. HAHAHA.. Seperti entry aku sebelum ni raya kali ni tidak lah serba baru. semua orang yang bagi. bukan tanak or tak mampu tapi jimat untuk benda yang lagi penting..


walaubagaimanapun besyukur sangat sebab tahun ni agak lain dari yang lepas, iaitu dapat hadiah raya dari incik tunang. Thankss sayang.. ! Love u SM.. kalau ta dapat hadiah raya pon still sayang okeh ! harharhar.. so tahun ni boleh la melaram handbag baru pemberian incik tunang ni.. *ada jugak benda baru* alhamdulillahhh..



So dikesempatan ni, saya ANATI BINTI MOHD HAMIDI & SEKELUARGA dengan tulus ikhlasnya memohon jutaan kemaafan dari sahabat handai, sanak suadara, readers skalian, & sesapa saja yang mengenali kami jika terdapat salah silap sama ada secara sedar mahupun tidak. semoga aidilfitri kali ni memberi seribu makna buat kita semua..


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..


:: psstttt psstt.. last but not least Thanks incik Muhamad merangkap incik tunang untuk hadiah raya ni.... siryes cek suka.. :D


Sunday, August 28, 2011

Penulisan Dari Hati

Assalamualaikum..

sedar tak sedar lagi beberapa hari ja kita dah nak raya kan ? so macam mana dengan persiapan uolss ?? everytin ok? mesti raya kali ni melaram abes kan.. :))

tahun ni raya aku serba serbi simple. pakai apa yang ada. baju raya baju hantaran & baju mak incik tunang kasi. kasut raya guna kasut kerja, yang lain2 mostly reuse &mix & match saja.
begitu jugak dengan mak & abah..

tapi disebabkan gaji pertama dulu aku dapat half saja so tak dapat nak beli apa2 untuk parents. so gaji kedua ni aku appreciate my mak & abah dengan sehelai tudung baru untuk mak & sehelai kemeja untuk abah. begitu jugak untuk mak & abah angkat aku.. walau tak seberapa tapi tu ja yang aku mampu & yang penting ikhlas..

Raya kami sekeluarga untuk kali ni lebih sederhana. seriously kami lebih focus untuk persiapan kawen aku.. nak kawen ni banyak guna duit, naknak macam aku yang maseh muda remaja ni. lagi laaaaaaa memerlukan $$ yang banyak. lain la kalau yang dah keja lama kan.

yang mana dah kawen memang tau la perit & susah payah nya waktu buat persiapan kawen ni.
walaupun yang ala kadar tapi semua guna $$. tadak yang free kat dunia ni.
tapi bagi yang tadak ke arah tu lagi baru dok enjoy waktu mudanyaa tu memang tak rasa apa la.. & engat kawen tu benda mudah. *takpala tak kena batang hidung sendiri lagi kan* :)

BTW, kawen bukan mudah & seindah yang disangka. nak melalu fasa INDAH tu kita kena lalui fasa PERIT dahulu. serius ! & tolong jangan bandingkan aku dengan anak engineer mahupun dato'2.. OF COZ lah depa tak rasa perit nak keluaq duit tu kan sebab everything dah disponsor mak bapak.

Disini aku nak tegaskan untuk sesapa saja yang KALAU KITA TAK TOLONG ORANG LAIN IT'S OK, TAPI TOLONG JANGAN TAMBAHKAN BEBAN ORANG TU. tuhan maha adil. once kita buat kat orang, one day kita akan kena benda yang sama.. KARMA bebeh !..

macam tu jugak untuk situasi aku. aku dah cukup penat lelah nak urus semua benda untuk life aku.. cuba pikir, aku anak tunggal & mak bapak dah besara so rasa2 aku nak bergantung kat sapa??? NO ONE ok... aku kena survive sendiri..

dari barang dapur umah aku sampai ke persiapan kawen aku semua aku urus sendiri & btw waktu tunang dulu pon everything aku buat sendiri tanpa menggunakan sesen duit parents aku kecuali bab makanan & khemah SAHAJA.

so please respect aku selagi aku tak menyusahkan hidup sesapa.. bila baca entry-entry aku yang sebelum ni everyhting nampak smooth, happy & mudah kan..
Rasa-rasa la kan.. Bagi seorang yang MATURED, perlukah nak cita yang buruk2 & tak enak di dengar pada orang lain.. bagi aku yang buruk-buruk simpan sendiri sudah, even bergadoh dengan BOYFRIEND sekali pon rasanya tak perlu nak bagi the whole world tau kan. kalau tak kawen lagi dah cita pasal masalah relationship anda kat semua orang nanti dah kawen agak-agak macam mana eh ??
btw, BERDOSA BESAR bagi orang yang dah kawen kalau bukak keburukan pasangan masing-masing dekat sesapa. tu diibaratkan menghaibkan pasangan kita.
so bagi yang yang bergado dengan bopren gepren masing2 tu paling2 tak cita kat bestfren masing2 sudah tayah nak satu dunia tau. Orang lain pon ada masalah bukan nak dengar masalah kita saja ok.

dan bagi orang2 kat luar sana tolong la appreciate orang lain.. Kalau kita nak orang paham kita, Kita kena paham orang dulu.. Begitu jugak dengan masa.. tolong hargai masa orang lain. kalau kita tak suka orang lain buang masa kita, macam tu jugak dengan orang lain. tolong bertolak ansur sama.. jangan pentingkan diri sendiri.

seriously aku agak Kecewa dengan apa yang jadi.
kisahnya, aku perlu rushing ke beberapa tempat untuk selesaikan urusan2 yang sepatutnya & bukan untuk beseronok. tempat2 yang aku nak tuju tu hampir pada 5 tempat. dari pulau ke luar pulau pastu masuk balik pulau. urusan2 aku tu melibatkan urusan raya, persiapan raya parents aku & sedikit untuk aku & sepatutnya untuk persiapan kawen pon ada tapi aku tolak tepi dulu sebab ada janji untuk iftar dengan sipolan-sipolan. last2 aku terkilan sebab masa aku terbuang macam tu saja & hanya berbuka dengan setin air milo & hanya menikmati juadah berat pada hampir pukul 10 malam.. boleh bayang tak macam mana aku punya rushing tu ?? last2 diakhiri dengan bebuka dekat pukul 10???? terus terang aku cakap aku bukan robot yang tak kenal erti penat, lapar & dahaga.. serious aku kecewa. atleast bertolak ansur la dengan orang.

tolong pikir perasaan , penat lelah orang lain sama.. Kalau rasa tak suka,benci, cakap terus terang tak suka. kalau takmau iftar cakap takmau. jangan buat orang macam tu.

tolong la.. jangan tambah apa yang aku dah ada sekarang. Aku dah cukup penat dengan preparation aku. can u imagine budak awal 20-an buat preparation kawen SENDIRI?? can u imagine dat ?? aku bukan engineer duit banyak. aku kena kerja nak dapatkan hasil nak buat preparation. sapa nak sponsor aku ? Aku bukan artis. !!!!

Parents aku bukan tak bantu, tapi aku takmau bebankan mak bapak aku. lagipun aku anak depa yang 1st nak kawen & seriously parents aku memang tak pandai sangat bab2 ni maklum la anak 1st mana ada experience kan.. so aku takmau bebankan depa sangat. yang mana aku leh buat sendiri aku buat. nasib aku ada tunang yang banyak membantu & memahami. tu satu bonus untuk aku..

So pada orang2 kat luar sana. tolong la.. Kalau kita raa kita tak dapat nak bantu orang lain, tolong jangan tambahkan beban. skrang masa kita, esok lusa sapa tau ?




p/s: maafkalau entry ni membuatkan readers skalian menyampah / rasa menjegkelkan. tapi ni tanda kekecewaan aku. kalau boleh aku takmau pon cita benda2 yang tak best. tapi kali ni betol2 buat aku kecewa. sekian.



Tuesday, August 23, 2011

Kad raya PERTAMA & TERAKHIR -.-''

Assalamualaikum..

Tahun ni aku dapat KAD RAYA ? korang ade ? ade ? *ceh KL sangatttt*

tapi aku dah buat kesimpulan bahawa ini merupakan Kad Raya Pertama & Terakher untuk tahun ni.. SEBAB ?


. . . . . . Kad ni pon incik tunang yang bagi & tu pon aku yang mintak masa mula-mula posa dulu, taktau lak yang dia alert.. tup2 tadi dia bagi.. hehehe..


tetiba rasa nak sebut *sooo sweetttttt*... kahkahkah !

aku kena rasa macam tu sebab dia bukan jenis yang suwitt suwittt ni.. & terasa malu pulak sebab aku tak prepare any Kad raya untuk dia. opssss..


sehari sebelum raya lah bagi.. tu pon kalau ingat.. ekekke :P


mEH mentengok Kad Raya kami meh ! besyiaqqq Ooo.. hehe

comelss sangat :)


depan

dalam

see.. kan aku dah cakap dia bukannya jeneh suwitt suwitt ni..

ayat pon dia tuleh stai ayat standard punya.
nak tunggu ayat jiwang, bunga2, suwitt2, tunggu dia demam ka, salah makan ubat ka

baru sweet. hahahaha :

p/s: Sweet or Tak.. sayang tetap sayang. ! sungguh aih, talak tipu miaa :))