Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya bersama Hadiah Raya ! miahaha =p

Assalamualaikum..


Tamat lah sebulan kita menjalani Ibadah berpuasa ! & alhamdulillah bulan ni aku posa penuh itupun setelah dicampur dengan posa ganti nanti la. HAHAHA.. Seperti entry aku sebelum ni raya kali ni tidak lah serba baru. semua orang yang bagi. bukan tanak or tak mampu tapi jimat untuk benda yang lagi penting..


walaubagaimanapun besyukur sangat sebab tahun ni agak lain dari yang lepas, iaitu dapat hadiah raya dari incik tunang. Thankss sayang.. ! Love u SM.. kalau ta dapat hadiah raya pon still sayang okeh ! harharhar.. so tahun ni boleh la melaram handbag baru pemberian incik tunang ni.. *ada jugak benda baru* alhamdulillahhh..



So dikesempatan ni, saya ANATI BINTI MOHD HAMIDI & SEKELUARGA dengan tulus ikhlasnya memohon jutaan kemaafan dari sahabat handai, sanak suadara, readers skalian, & sesapa saja yang mengenali kami jika terdapat salah silap sama ada secara sedar mahupun tidak. semoga aidilfitri kali ni memberi seribu makna buat kita semua..


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..


:: psstttt psstt.. last but not least Thanks incik Muhamad merangkap incik tunang untuk hadiah raya ni.... siryes cek suka.. :D


Sunday, August 28, 2011

Penulisan Dari Hati

Assalamualaikum..

sedar tak sedar lagi beberapa hari ja kita dah nak raya kan ? so macam mana dengan persiapan uolss ?? everytin ok? mesti raya kali ni melaram abes kan.. :))

tahun ni raya aku serba serbi simple. pakai apa yang ada. baju raya baju hantaran & baju mak incik tunang kasi. kasut raya guna kasut kerja, yang lain2 mostly reuse &mix & match saja.
begitu jugak dengan mak & abah..

tapi disebabkan gaji pertama dulu aku dapat half saja so tak dapat nak beli apa2 untuk parents. so gaji kedua ni aku appreciate my mak & abah dengan sehelai tudung baru untuk mak & sehelai kemeja untuk abah. begitu jugak untuk mak & abah angkat aku.. walau tak seberapa tapi tu ja yang aku mampu & yang penting ikhlas..

Raya kami sekeluarga untuk kali ni lebih sederhana. seriously kami lebih focus untuk persiapan kawen aku.. nak kawen ni banyak guna duit, naknak macam aku yang maseh muda remaja ni. lagi laaaaaaa memerlukan $$ yang banyak. lain la kalau yang dah keja lama kan.

yang mana dah kawen memang tau la perit & susah payah nya waktu buat persiapan kawen ni.
walaupun yang ala kadar tapi semua guna $$. tadak yang free kat dunia ni.
tapi bagi yang tadak ke arah tu lagi baru dok enjoy waktu mudanyaa tu memang tak rasa apa la.. & engat kawen tu benda mudah. *takpala tak kena batang hidung sendiri lagi kan* :)

BTW, kawen bukan mudah & seindah yang disangka. nak melalu fasa INDAH tu kita kena lalui fasa PERIT dahulu. serius ! & tolong jangan bandingkan aku dengan anak engineer mahupun dato'2.. OF COZ lah depa tak rasa perit nak keluaq duit tu kan sebab everything dah disponsor mak bapak.

Disini aku nak tegaskan untuk sesapa saja yang KALAU KITA TAK TOLONG ORANG LAIN IT'S OK, TAPI TOLONG JANGAN TAMBAHKAN BEBAN ORANG TU. tuhan maha adil. once kita buat kat orang, one day kita akan kena benda yang sama.. KARMA bebeh !..

macam tu jugak untuk situasi aku. aku dah cukup penat lelah nak urus semua benda untuk life aku.. cuba pikir, aku anak tunggal & mak bapak dah besara so rasa2 aku nak bergantung kat sapa??? NO ONE ok... aku kena survive sendiri..

dari barang dapur umah aku sampai ke persiapan kawen aku semua aku urus sendiri & btw waktu tunang dulu pon everything aku buat sendiri tanpa menggunakan sesen duit parents aku kecuali bab makanan & khemah SAHAJA.

so please respect aku selagi aku tak menyusahkan hidup sesapa.. bila baca entry-entry aku yang sebelum ni everyhting nampak smooth, happy & mudah kan..
Rasa-rasa la kan.. Bagi seorang yang MATURED, perlukah nak cita yang buruk2 & tak enak di dengar pada orang lain.. bagi aku yang buruk-buruk simpan sendiri sudah, even bergadoh dengan BOYFRIEND sekali pon rasanya tak perlu nak bagi the whole world tau kan. kalau tak kawen lagi dah cita pasal masalah relationship anda kat semua orang nanti dah kawen agak-agak macam mana eh ??
btw, BERDOSA BESAR bagi orang yang dah kawen kalau bukak keburukan pasangan masing-masing dekat sesapa. tu diibaratkan menghaibkan pasangan kita.
so bagi yang yang bergado dengan bopren gepren masing2 tu paling2 tak cita kat bestfren masing2 sudah tayah nak satu dunia tau. Orang lain pon ada masalah bukan nak dengar masalah kita saja ok.

dan bagi orang2 kat luar sana tolong la appreciate orang lain.. Kalau kita nak orang paham kita, Kita kena paham orang dulu.. Begitu jugak dengan masa.. tolong hargai masa orang lain. kalau kita tak suka orang lain buang masa kita, macam tu jugak dengan orang lain. tolong bertolak ansur sama.. jangan pentingkan diri sendiri.

seriously aku agak Kecewa dengan apa yang jadi.
kisahnya, aku perlu rushing ke beberapa tempat untuk selesaikan urusan2 yang sepatutnya & bukan untuk beseronok. tempat2 yang aku nak tuju tu hampir pada 5 tempat. dari pulau ke luar pulau pastu masuk balik pulau. urusan2 aku tu melibatkan urusan raya, persiapan raya parents aku & sedikit untuk aku & sepatutnya untuk persiapan kawen pon ada tapi aku tolak tepi dulu sebab ada janji untuk iftar dengan sipolan-sipolan. last2 aku terkilan sebab masa aku terbuang macam tu saja & hanya berbuka dengan setin air milo & hanya menikmati juadah berat pada hampir pukul 10 malam.. boleh bayang tak macam mana aku punya rushing tu ?? last2 diakhiri dengan bebuka dekat pukul 10???? terus terang aku cakap aku bukan robot yang tak kenal erti penat, lapar & dahaga.. serious aku kecewa. atleast bertolak ansur la dengan orang.

tolong pikir perasaan , penat lelah orang lain sama.. Kalau rasa tak suka,benci, cakap terus terang tak suka. kalau takmau iftar cakap takmau. jangan buat orang macam tu.

tolong la.. jangan tambah apa yang aku dah ada sekarang. Aku dah cukup penat dengan preparation aku. can u imagine budak awal 20-an buat preparation kawen SENDIRI?? can u imagine dat ?? aku bukan engineer duit banyak. aku kena kerja nak dapatkan hasil nak buat preparation. sapa nak sponsor aku ? Aku bukan artis. !!!!

Parents aku bukan tak bantu, tapi aku takmau bebankan mak bapak aku. lagipun aku anak depa yang 1st nak kawen & seriously parents aku memang tak pandai sangat bab2 ni maklum la anak 1st mana ada experience kan.. so aku takmau bebankan depa sangat. yang mana aku leh buat sendiri aku buat. nasib aku ada tunang yang banyak membantu & memahami. tu satu bonus untuk aku..

So pada orang2 kat luar sana. tolong la.. Kalau kita raa kita tak dapat nak bantu orang lain, tolong jangan tambahkan beban. skrang masa kita, esok lusa sapa tau ?




p/s: maafkalau entry ni membuatkan readers skalian menyampah / rasa menjegkelkan. tapi ni tanda kekecewaan aku. kalau boleh aku takmau pon cita benda2 yang tak best. tapi kali ni betol2 buat aku kecewa. sekian.



Tuesday, August 23, 2011

Kad raya PERTAMA & TERAKHIR -.-''

Assalamualaikum..

Tahun ni aku dapat KAD RAYA ? korang ade ? ade ? *ceh KL sangatttt*

tapi aku dah buat kesimpulan bahawa ini merupakan Kad Raya Pertama & Terakher untuk tahun ni.. SEBAB ?


. . . . . . Kad ni pon incik tunang yang bagi & tu pon aku yang mintak masa mula-mula posa dulu, taktau lak yang dia alert.. tup2 tadi dia bagi.. hehehe..


tetiba rasa nak sebut *sooo sweetttttt*... kahkahkah !

aku kena rasa macam tu sebab dia bukan jenis yang suwitt suwittt ni.. & terasa malu pulak sebab aku tak prepare any Kad raya untuk dia. opssss..


sehari sebelum raya lah bagi.. tu pon kalau ingat.. ekekke :P


mEH mentengok Kad Raya kami meh ! besyiaqqq Ooo.. hehe

comelss sangat :)


depan

dalam

see.. kan aku dah cakap dia bukannya jeneh suwitt suwitt ni..

ayat pon dia tuleh stai ayat standard punya.
nak tunggu ayat jiwang, bunga2, suwitt2, tunggu dia demam ka, salah makan ubat ka

baru sweet. hahahaha :

p/s: Sweet or Tak.. sayang tetap sayang. ! sungguh aih, talak tipu miaa :))

Sunday, August 21, 2011

Nampak Sangat Tak Prihatin keskeskes :P

Assalamualaikum & salam subuh..

Notin much to update, ni act cita lama about 5 month ago..
cita time tunang dulu.. teringat tunang, terasa maneh nya gula yang disuap secara bertubi-tubi waktu tunang dulu..
hahaha banyakk kot. nasib tak kencing maneh ekekeke :p

Act baru subuh ni aku tau yang OP & merangkap kawan incik tunang tu ada blog khas untuk fotografi ni.. tu pon aku tengok dia post kt FB sebentar tadi.hehe
kalau tak, sampai anak kembar dua pon belum tentu aku tau.. *eceh ! nampak sangat teringin anak kembar nanti* HAHAHA !

So aku pon bedek-bedek la satu per satu kot-kot gambar time aku tunang tu ada.. atlast jumpa jugak ! siap intro dengan 7 rangkap pantun lagi.. gitteeewww....

kalau rasa teringin nak tengok gambar time tunang aku dulu leh la tengok kat sini .
kalau tak rasa nak tengok, maka tayah tengok takpon tengok ja orang lain punya gambar jangan tengok gambar aku.. haha

btw, A big sorry to Rahman Aziz sebab tak penah tau pon pasal blog tu... hihi

A big thanks jugak untuk kesemua gambar & entry tu.. tengok tu terus teringat kisah 5 bulan lepas.. eceh


ok tu saja baii.
assalamualaikum,

p/s : jom tengok tanyalah ustaz ! bestt woh.. try tengok, mesti hari2 nak tengok :))


Monday, August 15, 2011

Dah Habes Study Tapi Maseh Study =.='

Assalamualaikum..


Sekarang aku tengan study NIE & NIE jugaaaa =.=''

dah abeh study pon maseh kena study... Ilmu tak penah cukup..
Informasi jarang skali di Update. bila terpaksa baru kalot nak Update.

Maka begini la jadinyaaaa... very the last minute punya Update =.=''


DOA kan saya ya !

Sunday, August 14, 2011

Assalamualaikum semua :)


macam mana ibadah puasa anda tahun ni ? harap2 semua ok, tada yang posa yang yop or p tapau nasi menggunakan plastik hitam *rasa macam penah buat pulak* teetttt... haha :P

My puasa tahun ni Alhamdulillah hebat ! kenapa hebat ? biar saya & yang tau ja tau.. gitteeew! :P


biarpun rutin tahun ni dah berlari jauh dari yang sebelum *yelakan dah kerja*, namun ibadat puasa jadi lebih teratur dari sebelum. maybe sebab berpuasa di rumah kot & ada sedikit perubahan ke arah positif dari tahun yang sebelum. Alhamdulillah..


tak dinafikan bekerja ni tak sama dengan time2 study dulu. rasa tak larat ponteng ! , tdo dalam kelas ! & lelain. sekarang dah kerja mau tak mau , larat tak larat kena laratkkan jugak.. T-T

nak mati kalau ponteng ? tak merasa gaji laaa...


disebabkan tu jugak terjadinya kekangan masa. Al-maklumlah bz.. hujung minggu rasa nak bangun kul 12 jaaa .. & kalau leh tanak bangun dari katil terus.. haha.. tapi apakan daya seorang anak dara sunti & bakal isteri solehah tak leh malas2 macam tu kan. haha..


so kekangan masa ni membuatkan aku jarang spent time dengan Incik tunang. setakat nak p pasar ramadhan jela.. lebih2 no no no.. Malam kul 10 bermula la mata berat macam kena hempap batu.. tadanya nak gayut2 fon bagai.. & kalau yang perasan, kalau weekdays aku jarang on9. kalau ada pon malam tu pon kejap ja.. sekadar nak tengok komen2 dari peminat.. *wahhhhh peminatttt sangattttt kann.. haahahahahhaha*


so dikesempatan hujung minggu ja kami leh spent time. TU PON p pasar ramadhan sesama JA!

tadaknyaa nak keluar tengah hari pusing2 jenjalan round penang.. tengok Movie lagi laa.. so far tada feelin langsung nak ber Movie. tapi bagus juga jimat duit aiii.. & jimat dosa aii.. tettttt...


tapiiii nak dijadikan cerita semalam 13 RAMADHAN kami dapat juga spent time together-gether iaitu dengan berbuka puasa bersama di hammer bay ! dalam dua2 orang tengah kering tu pon ada hati nak bebuka kat luar tawww... nak tanak kena share la duit. tapi makan macam orang banyak duit. hehe :P


disebabkan mukadimah dah pnnjang berjela-jela so malas dah la nak cita. biar gambaq pulak yang bercakap :) letss jom !



Restoran seri Pantai kott.. dekat hammer bay! muka maseh tersenyum even perot dah membuat rusuhan *macam kat london tu :P



Incik Tunang dengan Ketamnyaa.. hahaha


Ok ni menu kami berDUA. tapi macam seplohjutaorangpunya *ok tipu* :P


Menu berbuka semalam :

nasi 2 pinggan + nasi tambah 1 pinggan

sotong goreng tepung yang kecil

tomyam udang *udang dia banyak gila*

ikan siakap bakar + ayaq asam *memang terbaikkk gila*

2 Ekor ketam masak pedas..

kurma

xtra menu : sosej gergasi + wedges.. *ni beli sendiri* :P :P




TOTAL : RM49 ++ . . . . .SAHAJA


Murah GILA kan !







p/s : kalau anda rasa kami ambik makanan terlalu banyak & macam membazir, sila tarik balik kata2 tu.. sebabbbb kami berdua memang pelahap.. & tak membazir sebab semuaaa habiss... kecuali part nasik tambah tak abes setengah tu ja & sosej yang rasa nyaaa erkkkkkk memang tak dapat nak nolong.. =.=''



Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN DuaRibuSebelas

Assalamualaikum.

salam ramadhan semua. lama tak mengupdate blog. malas bagi alasan sebab alasan tetap alasan yang sama.hehe

Alhamdulillah kita dah nak masuk hari keempat berpuasa. malangnya aku awal-awal ramadhan lagi dah puasa dalam tak puasa. *sila paham sendiri* :P
dah ketentuan macam tu so redha je la .

Apa yang menariknya Ramadhan kali ni ? banyak jugak yang menarik tapi antara yang membuat aku teruja untuk berpuasa kali ni selain dari niat kerana Allah swt adalah . . . .

Ramadahan kali ni merupakan Ramadhan terakhir aku berpuasa sebagai status BUJANG, InsyaAllah =)

Selain itu, Ramadhan kali ni jugak merupakan julung kalinya aku dapat berpuasa & berbuka sepenuhnya di kampung halaman @ rumah sendiri bersama emak & abah. tambah tolak bahagi darab dah 5 tahun aku tak dapat fully berpuasa dirumah . Lama bukan ?
yela dari form 4 aku dah dok asrama, abeh SPM terus sambung belajar selama 3 tahun & 3 bulan lepas baru abes. so tahun ni baru la dapat puasa di rumah.
So leh bayang tak perasaan teruja & gembira aku tuh ?

Tak lupa juga, tahun ni juga aku berpuasa sebagai tunangan orang. . (=

selalunya tiap-tiap tahun berpuasa & berbuka bersama2 roomate, hausmate, bestie bagai kan. tahun ni amat berlainan sekali. Menjalani Ibadah Puasa bersama insan2 tercinta. sungguh heaven tahun ni. !

Perasan tak ? ni merupakan tahun Pertama juga aku berpuasa sebagai seorang staff engineering dept di salah sebuah kilang di sekitar bayan lepas. lebih tepat. tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang yang dah bekerjaya. harap-harap berjaya la ya :P

Eh macam kebetulan pulak semua ni kan. tapi bagi aku tu semua adalah ketentuan dariNya :)

Alhamdulillah.. kehidupan aku kian teratur. thank you Allah.

Harapan ramadhan kali ni juga tak jauh bezanya dari orang lain, harap dapat menggerjakan ibadah puasa kali ni dengan lebih sempurna dari tahun sebelum.



*Apa yang kita lakukan harini, apa keputusan kita harini adalah diri kita dimasa hadapan*


p/s : Esok berbuka bersama keluarga tersayang + keluarga tunang tersayang di Seri Mesia pula. hihihi. bestt kan Ramadhan kali ni ? SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .