Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN DuaRibuSebelas

Assalamualaikum.

salam ramadhan semua. lama tak mengupdate blog. malas bagi alasan sebab alasan tetap alasan yang sama.hehe

Alhamdulillah kita dah nak masuk hari keempat berpuasa. malangnya aku awal-awal ramadhan lagi dah puasa dalam tak puasa. *sila paham sendiri* :P
dah ketentuan macam tu so redha je la .

Apa yang menariknya Ramadhan kali ni ? banyak jugak yang menarik tapi antara yang membuat aku teruja untuk berpuasa kali ni selain dari niat kerana Allah swt adalah . . . .

Ramadahan kali ni merupakan Ramadhan terakhir aku berpuasa sebagai status BUJANG, InsyaAllah =)

Selain itu, Ramadhan kali ni jugak merupakan julung kalinya aku dapat berpuasa & berbuka sepenuhnya di kampung halaman @ rumah sendiri bersama emak & abah. tambah tolak bahagi darab dah 5 tahun aku tak dapat fully berpuasa dirumah . Lama bukan ?
yela dari form 4 aku dah dok asrama, abeh SPM terus sambung belajar selama 3 tahun & 3 bulan lepas baru abes. so tahun ni baru la dapat puasa di rumah.
So leh bayang tak perasaan teruja & gembira aku tuh ?

Tak lupa juga, tahun ni juga aku berpuasa sebagai tunangan orang. . (=

selalunya tiap-tiap tahun berpuasa & berbuka bersama2 roomate, hausmate, bestie bagai kan. tahun ni amat berlainan sekali. Menjalani Ibadah Puasa bersama insan2 tercinta. sungguh heaven tahun ni. !

Perasan tak ? ni merupakan tahun Pertama juga aku berpuasa sebagai seorang staff engineering dept di salah sebuah kilang di sekitar bayan lepas. lebih tepat. tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang yang dah bekerjaya. harap-harap berjaya la ya :P

Eh macam kebetulan pulak semua ni kan. tapi bagi aku tu semua adalah ketentuan dariNya :)

Alhamdulillah.. kehidupan aku kian teratur. thank you Allah.

Harapan ramadhan kali ni juga tak jauh bezanya dari orang lain, harap dapat menggerjakan ibadah puasa kali ni dengan lebih sempurna dari tahun sebelum.



*Apa yang kita lakukan harini, apa keputusan kita harini adalah diri kita dimasa hadapan*


p/s : Esok berbuka bersama keluarga tersayang + keluarga tunang tersayang di Seri Mesia pula. hihihi. bestt kan Ramadhan kali ni ? SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .

2 comments:

  1. kenduri jangan lupa jemput na... apa pun belajar jadi isteri yang taat na nanti... ^_^
    keja mana sekarang?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah :)
    thanks k.mieja..

    skrg keja kt lemtronics sdn bhd.. dkt ngn tokong ular.

    ReplyDelete