Sunday, November 27, 2011

Langit Takla selalu Indah Kann

Assalamualaikum..

Sedar mahupun tak kebanyakkan entry mengenai relationship aku semuanya yang indah-indah saja bukan ?

yelahh buat apa ja nak cerita part buruk-buruk kan ?

Tapi tak bermakna hubungan kami sentiasa maniss ok.. =) bohonglah kalau dalam sesuatu hubungan tu takda langsung masalah. Begadoh, marah, mengamuk, bebai, merajuk blablablabla tu dah sebati dalam hubungan aku & incik tunang. Bukan niat nak bukak pekung didada tapi tu adalah kenyataann malah sesapa pon mengalami benda yang sama. Kan ? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama manusia..

Oh ya entry aku ni pula bukan lah bemakna hubungan kami tengah tegang NO NO NO sama sekali. kami ok ok saja :) alhamdulillah aku bahagia..

Tapi perbedaan sikap antara aku dengan dia jugak menyebabkan kami seringkali berselisih faham.. Aku = Cepat Marah & Lambat Sejuk.. Mat = Cepat marah & Cepat cool. ok jelas disitu menunjukkan sifat negatif aku lebih ketara berbanding mat.. kemarahan pula lambat nak cool disebabkan incik tunang bukan pemujuk yang baik. langsung tiada skill memujuk. mungkin dia belum download skill tu.. tunggu lepas kawen baru nak download kot kan.. hahaha

TAPI.... bila kena dengan cara, aku memang tak susah nak dipujuk..

Yang senangnya pasal mat dia bukan seorang Pencemburu, Pemarah tak semena-mena, Merajuk lagi la jauh .... bebai tu betol la. hahahaha tapi aku dah paham sangat perangai dia. Kami ni tak macam orang lain.. Kami dengan begadoh tu dah sebati sangat.. dari aku kenal dia sampai la ke hari ni.. Dalam sebulan kami dah tahap wajip begadoh..Haha belum penah lagi tak begadoh dalam sebulan. kadang2 dalam seminggu pon mesti gadoh.. Hahahaha..

Tapi apa yang pentingggggggggggggg.... Sepanjang aku kenal mat.. seteruk mana kami begadoh.. Kami TAK pernah begadoh LEBIH DARI SEMINGGU.. nak lebih 4 hari pon susah.. & dalam rekod kami gadoh2 dalam masa hari yang sama pon dah ok. Takleh la nak gadoh lama-lama.. Rindu tahu ? hahahaha so far alhamdulillah la.. harap-harap kami dapat kekalkan momentum begadoh kami yang minima ni... takmau la berlanjutan seminggu,sebulan bagai kan. insyaAllah kalau dapat kurangkan lagi bagus.. bukan apa begaduh ni penat jugak, memerlukan tenaga nak ekspresikan perasaan marah tu, bukan senang oiii.. hahaha

sampai sekarang aku dah dapat kenalpasti sesuatu... Begadoh, merajuk tu bukan semuanyaa negatif. Kadang-kadang krisis dalam hubungan tu sendiri membuatkan hubungan kami makin kuat & membuatkan kami lebih kenal antara satu sama lain.. hidup berpasangan ni bukan untuk terima kebaikan saja.. kita jugak kena terima keburukan pasangan kita & jadikan keburukan dia tu adalah keistimewaan pasangan kita.




Contoh : aku agak kasaq.. so istimewa la tuuuu.. mostly pompn lemah gemalai, stok2 mak mentua sayangg ja kan.. tapi aku kasaq.. kasaq2 aku setakat masak gulai tu not a big deal la untuk aku... aku tak kata pandai masak.. tapi setakat perut mat tu... serah la kat aku.. hahahaha *ckp besaq noh*




Tak tere masak tak pa weh janji kita NAK belajar...

p/s : well...takda orang yang sempurna dalam dunia ni .. itulah guna nya bepasangan.. saling melengkapi antara satu sama lain & saling menyempurnakan...






walaupun entry aku macam tadak Motip & merapu rapan yang penting aku Sayang Tunang aku ! harap dia pon macam tu...






Friday, November 25, 2011

How Sweeeetttt ..

Lalalalalalalalalalala....

Apa perasaan anda bila ur ex yang dah bertahun-tahun tak kontek and bila kontek atas sebab-sebab rasmi lalu dia ada sebut-sebut pasal Blog hampa ??

uuuuuuuuu apa kah tanda nya itu ? How sweeeetttt bebeh ..

concern jugak mamat ni. tak kesah la sama ada dia silent reader, stalker, mahupon melalui penyampaian rakan-rakannya.. apa yang sweetnya adalah bila kita tahu yang dia masih lagi mengikuti perkembangan kita.

Thankss Mr Graphic Designer =)

Alhamdulillah aku pon baru dapat tau perkembangan latest yang dia dah bekerjaya & berjaya mugkin.. :) bagus la kan. itulah sapa tau masa depan masing2 kan . Happy for u..

Tapi Hubungan aku & dia adalah sejarah. Now aku akan melakarkan sejarah baru dengan Mr Tunang tersayang & aku bertuah mempunyai tunang yang begitu memahami. Dia lah satu-satunya lelaki yang aku kenal sampai sekarang yang tak kenal erti CEMBURU. kalau ada pon dia tak penah tunjuk.. tapi kadang2 rasa tak cool jugak sebab geram dia ta penah jeles & Kontra dengan sikap aku yang seorang pencemburu yang Tegar.. hahahaha..

dan aku percaya yang Mr ex aku jugak melakar sikit demi sedikit sejarah hidup dia dengan Gefren tercinta dia & kami semua juga bekas satu sekolah yang sama :)

see.. betapa besar Kuasa tuhan kan.. sapa tahu apa yang akan jadi pada masa-masa mendatang.
Aku akui, sejarah aku dulu tak semua Indah. aku bukan sebaik yang di sangka, aku juga penah leka dengan pengaruh arus semasa, kawan-kawan dan Nafsu jugak tak kurang hebat dugaan buat aku.. Namun semua itu mematangkan aku.. membawa aku pada ANATI MOHD HAMIDI pada harini. Alhamdulillah.. aku masih menetap di bumi yang nyata. Maha pencipta masih lagi memberi aku ruang untuk aku perbaiki kelemahan diri. syukur sangat. Terima Kasih Tuhan dengan segala nikmat yang diberikan..

Sebelum aku akhiri entry kalini.. aku dengan rasa rendah diri Memohon seribu kemaafan pada Mr ex dengan apa saja salah silap aku pada dia & tak lupa juga Gf dia mungkin atas 'urusan rasmi' aku tu membuatkan dia terasa hati mahupun marah. maaf yeaa :))

dan pada readers2 yang lain jugak Maaf diatas segala kekasaran bahasa, entry yang tah apa-apa, mengutuk tak semena-mena.. =)


Assalamualaikum

Tuesday, November 22, 2011

Someone Like You - Adele Lyrics (HD)



Kalau aku cakap aku dengar lagu ni aku SEDIH boleh ??
siryes tacingg kot dengar lagu ni .. urmmmm =(

Sunday, November 20, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 4 : Tema untuk Wedding

Assalamualaikumm..


Pejam celik, pejam celik dah tak sampai sebulan aku bakal bertukar status CIK PUAN MUDA.. jangan tanya kenapa perlu ada CIK & MUDA tuuu... hahaha wehhhh aku kawen muda kot agak-agak laa..hahaha biaq la maneesss sikit didengaq bila ada CIK PUAN MUDA tu... kalau Puan saja macam tua ja rasa.. ok la ok laaa. Cik Puan saja pon aku terima.. :P :P


Ok strett tu da poin.. Tema Kaler untuk wedding aku adalah Emerald Green & Gold. kalau sesapa tataw padiaa Emerald green tu leh tengok gambaq kat bawah ni.. act Emerald green ni pon banyak tone ada yang gelap & ada yang cerah sikit.. nak tengok real punya tunggu Majlis aku nanti k =) fyi kami pon tataw macam mana la ropa baju kawen kami tu.. harap-harap la elok & weding planner aku buat yang terbaik.. aminnn... huhu..


Untuk pengetahuan sekalian readers jugak, aku tadak tema khas untuk wedding.. english ka, prancis ka, india, bollywood, mollywood bagai ka .. tadak Oke! bukan retisss nak over-over.. terpaksa la sedaq diri buat sekadar yang mampu.. satgi nak impress orang yang mai tengok tu gila-gila jenuh nak bayaq hutang yang sampai anak 5 pon tak abeh-abeh..


Aku & future hasben aku happy, family happy pon dah cukup..





p/s : # Pasaipa pilih emerald green & gold ? aku nakkan kelainan. biaq owg rasa pelik kaler ang-ang tapi aku & incik tunang suka.. kalau kena gaya insyaAllah elok.. dah biasa sangat tengok kaler-kaler yang lain..

#so majlis kami nanti kalau sesapa rasa nak support majlis boleh la pakai baju bertemakan hijau mahupun, Gold.. tak kesah la hijau & gold apa pon.. kalau tak mau pon takpa, bukan paksa.. sekadar memeriahkan susana =))

#Macam biasa, doakan semuanya berjalan dengan lancar.. amennn... tak sampai sebulan nak nikah ni sumpah aku dah mula rasa nebes.. asai pikiaq ja nebes menjelma.. fuh fuh fuh !

Saturday, November 19, 2011

kalendar wohhh kalendar dimana dikau =DDDD


20/12/2006
(in serious relationship @ maseh di zaman jahiliah :P )



19/03/2011

(Alhamdulillah, 1 step closer.. ke arah yang lebih serius..)



Nikah ? InsyaAllah dah boleh mula counting days..


DATE ? tak sama date dengan diatas tapi berantai . . bila agaknya yeeee ? =)



20/12/2006 - 19/03/2011 - ??/12/2011
dah dapattt ?? jyeahhhh datss will be my Special Date. InsyaAllah :))


#Gulp ! pejam celik, celik pejam dah tak lama.. nebesss wehh nebess.. hope everything wil be ok .InsyaAllah.. Oh ya, dah boleh mula pangkah pangkah Kalendar , teheeee


Oh lupaa !! lupaaa !!...... how come boleh lupa.. akher kata happy 8th month 'anniversary' to Mr tunang sayang & insyaAllah ni adalah ulangbulan pertunangan terakher kita.. Love u so muchhhhh b. . # lets pangkahpangkah kalendar together2 :)

Friday, November 18, 2011

Colbie Caillat - I Do



U make me wanna say i do .. i do i du du du du du Oh baby i dO i du du du du . . . . <3 !

Thursday, November 17, 2011

Apalaaa ada pada rupa . . . . . . .

Salam ..

Aku teringin nak makan cookies epecially nestum cookies. aku mula terjebak dengan keinginan sebegini sejak dari sambutan ulangtahun kelahiran incik tunang & mama nya tempoh hari. masa tu mama incik tunang buat nestum cookies so dari situlah aku mula tejebak !

Harini aku betekad nak buat ! tak kira, apa nak jadi-jadilah janji aku nak buat. haha


OK . . bayangkan betapa nikmatnya kita menikmati cookies dimasa lapang sambey menonton tb mahupon on9 Oh tak lupa juga dengan seMug Milo panass.... walawehhh...


ok disebabkan nestum cookies ni adalah 1st trial aku maka aku nak ciwi-ciwi show-off kan sekalian readerss. haha boley ?


ok ni masa dalam oven lagi, maseh berkira2 bagaimana rupa & rasanya nanti .urmm


10 minit kemudian.. rupa agak rare namun apalah sangat dengan rupa jika dibandingkan dengan rasa yang hebat =)



1 adunan = 1/2 balang plus plus ..


k lah nak p rest sambey nikmati cookies aku hat sedap tu


Baiiiiiiii xD

Tuesday, November 8, 2011

Selamat UlangTahun Kelahiran Mak & Anak ")

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Mak & Anak :)

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, serta hidup sentiasa berada didalam keredhaanNya. Amenn . . .






Salam sayang ,

anati sekeluarga :)

Sunday, November 6, 2011

November BestDay !

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik dah November. ada apa dengan bulan ni eh ?? hemmmm :))

Actually bulan November ni adalah bulan kelahiran & bestDay buat insan2 yang dibawah ni & semuanya berkaitan antara satu sama lain.. Bestt bukan ?? boleh sambut sesama...

jelesnyaa... ..tapi apa boleh buat aku dah ditakdirkan lahir time hari pekerja, redho jala.hehe


Meh tengok individu yang bestt yang dilahirkan pada bulan November ni :)

(4/11) besday Mama pada incik tunang *yg tengah tu*.. Oh ya !hujung skali tu adalah mymom :)



(5/11) Ahmad Naufal @ Cik @Opan anak sedara sulung kepada incik tunang :) be a good boy ok handsomeeee !



pandai layan kekanak ! ehemmm... ada bakat pakngah ni... =p



Nexttt -- > Tadaaaaaaaaaa.... MyOnlyOne, bb sayangsss yg jatuh pada keesokan hari 7/11.. dia sanggup tahan tamo tido nak tunggu aku wish.. leh lak camtu kan ?haha



Dan kat atas ni adalah kak ipar kepada incik tunang juga merangkap mama kepada Ahmad naufal yang kat atas tadi tuu ... *no wonder la anak2 hensemm, tengok mama la kannn* :P Happy birthday in advance kak shia :)) (14/11)


Dan akhir skali tak dilupakannnnnn.... my dearest besttttt fren 4 eva !!


Nurul Syahira @ Caerah !!! 10/11


MissyouuuSayanggggg XD


Ok tu saja yang aku nak update untuk anak November ni.. Happy Birthday to uolss yang lahir pada bulan November ni yeaa .... =DD


pssssssst... esok akan ke rumah incik tunang ada jemputan makan skit.. yela nak meraikan keluarga November & membincangkan hal kahwen kami sedikit sebanyak.. semakin dekat semakin dup dap dup dap ... doakan semuanya berjalan lancar ya =))


*Sorry la kalau entry kalini membosankan, aku sebenarnya ketandusan idea serta kata-kata* Hahahaha Ok baiiiiiiii.

Saturday, November 5, 2011

Happy Belated Graduation Day to me !! ahakzz =D

Assalamualaikum..


29/10/11 , Happy graduation day my dearest frensss !!!!! =DD


Yes aku quite late, but better late than never kan ? ?


Yeahhhh, finally we did it !.. Perasaan Happy time grad ni haya tuhan yang tahu. yelahhh setelah berpenat-lelah 3 tahun belajaq akhirnya tiba saat-saat yang dinantikan.. 3 tahun tu bukan satu jangka masa yang pendek, macam-macam kena tempuh segala pahit, maniss, tawaq , masin bagai baru lah sampai ke harini.. Nak grad tu tak sampai sehari tapi nak sampai untuk harini kita kena tempuh 3 tahun yang mencabar ! so sapa yang grad dikira berjaya lah even pointer tak sehebat orang lain tapi ia menunjukkan kecekalan serta ketabahan kita nak tempuh & aim untuk sampai ke hari ni.. ceeewahhh ! so untuk mengetahui tahap perasaan aku masa grad tu aku sertakan gambar masa hari yang bersejarah tu :))
































Oh ya ! paling Penting ni semua Hadiah untuk mak, abah yang tersayang.. masih terngiang-ngiang ditelinga masa kecik dulu mak penah cakap ... " mak teringin nak tengok ati naik pentas ambik hadiah"... so aku dah buktikan even lambat, sekali pentas besar aku naikkk. teheeeeeeee :P ILOVEU MAK ABAH... & tak dilupakan buat tunang tercinta thankss for ur support B :)

Tuesday, November 1, 2011

Persiapan Meraikan Chenta Episod 3 : Pesepit Kami

Assalamualaikum..


stret tu da point ~ entry kalini just nak ceghita pasal persepit. sepit bukan sebarang sepit , sepit ini Pengantin yang punya.. kes kes kes... Persepit tu saja dok buat menyusah p heja lagu tu. hat sebenaqnya Pengapit.


Untuk pihak perempuan iaitu pihak aku dengan segala hormatnya aku melantik hot hot kazen aku iaitu Fatin Liyana as my bridesmaid. sebab aku pilih dia ? sebabbbb dia merupakan kazen perempuan yang aku senang berkomunikasi , selesa of cos lah yang paling rapat dengan aku even nak jumpa dia pon susah. raya-raya baru jumpa.. kalau tak jumpa di alam maya ja. hahaha


serba sedikit pasal kazen aku neh ...Fatin merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik & juga anak perempuan tunggal dalam family macik aku tu.. dia berasal dari Ipoh. :P Dia belajaq punya la tinggi sampai tak tercapai oleh aku la.. hahha Dia ada Master dalam bidang geologi kalau tak silap laa .. Tapi aku very the respect kazen aku sorang ni sebab tinggi-tinggi pelajaran dia pon dia tetap RENDAH. hahaha maksud aku rendah diri. sikit tak belagak wa cakap lu. kalau tengok dia sumpah taktau budak master. padahal selenga ja. kahkahkahkah...! *ok tipu* dia memang hot pon w'pon Tak se hot aku. miahahaha =P Sekarang dia bekerja sementara sebagai cekgu sandaran sekolah mana tah.. & paling penting dia dah ada yang booking, tak lama nak jadi tunang orang & paling sedih time dia tunang aku takleh nak attend sebab aku nikah sehari lepas dia tunang.. sobsssss.... nak sangat p tapi apa kan daya.. T-T


Ok untuk pengapit incik tunang pula BERKEMUNGKINAN besar dia mintak tolong Kazen dia.. tapi aku tak kenal sangat, tau sikit-sikit je. yang pasti kazen dia tak kurang hebatnya sebab beliau merupakan salah seorang doktor yang bekerja di GH Penang.. pssstttt2 dengaq cita dia solo lagi......... lalalaalallala...


Para pengapit semua hebat-hebat pengantin ja suam-suam kuku hebat.. =.='''


Okehhh, kat bawah ni aku attach kan sekali gambar kazen aku merangkap pengapit di hari besar kami nanti.. hopefully semua nya baik-baik belaka..



Ninjia.. kat atas yang hot tu aku.. & belah kiri yang suam-suam kuku tu la bakal pengapit aku (FATIN LIYANA ALIAS !!! )


& sorry aku tadak gambar bakal pengapit untuk pihak laki so tak dapat la nak attach. kalau nak tengok tunggu time kenduri nanti tengok puas-puas =)


Ok tatatititutuuuuuuuuuu ! ! ! xD