Sunday, July 22, 2012

Setengah Tahun Yang Berlalu

Assalamualaikum.


Alhamdulillah masih berpeluang nak update blog lama yang aku tinggalkan ni. usang sudah, merajuk blog ni kat aku, dan paling menerujakan bila sign in balik blog ni dapat aku lihat dah banyak improvement & penambah baikkan untuk blog. rasa terkial-kial bila baru nak meneroka balik blog yang dah lama terbiar ni. banyak perubahan. alhamdulillah semoga ia bermanfaat pada pengguna blog kan..

so apa khabar semua ? apa khabar blog ku sayang ? rindu aku tak ? ke dah lupa terus.. never mind, aku bukan lah blogger yang femes pon. cukup la blog ni dapat menjadi medium untuk aku ceritakan serba sedikit kehidupan & dapat berkongsi ilmu dengan para reader.

time flies, sedar tak sedar dah setengah tahun aku menyepikan diri dari berblogging. dan dalam masa itu jugak lah terlalu banyak peristiwa pahit manis dalam hidup aku. terlalu banyak nak dikongsikan tapi takut tak  punyai masa nak update semua. so berkemungkinan aku akan hanya bercerita serba sedikit sahaja atau secara ringkas ok ?

perkara pertama yang aku niatkan bila bukak balik blog ni adalah dengan menyimpan semua entry aku yang aku rasakan tak penuhi piawaian yang aku dah tetapkan bermula dari pagi ni.. iaitu pada ramadhan kedua 2012. antaranya aku akan menyimpan entry2 diamana menunjukkan aurat, entry yang mendatangkan kemarahan mahupun ketidak selesaan pada orang lain. minta maaf dia atas entry2 yang tak sepatutnya. semoga entry2 akan datang lebih positif & berinfomasi. insyaAllah.

Oh ya.. aku dengan ini merayu pada sesiapa yang membaca entry ni supaya membuang sebarang jenis gambar aku yang tidak menutup aurat @ free hair or watsoever & dalam keadaan pergaulan yang bebas. cukup la dengan dosa2 yang lepas. sekarang aku dah kawin aku tak nak suami aku menanggung dosa2 aku sekarang apatah lagi yang lepas. aku bukan seorang yang sempurna malah tak mungkin sempurna tapi aku berusaha kearah kebaikan & mengharap segala perubahan tu berkekalan @ istiqamah. doa2 kan aku & kita semua berubah ke jalan yang lebih baik. insyaAllah.

ok now aku akan mulakan penceritaan kisah 7 bulan yang aku tinggalkan. tapi lebih baik aku mulakan dengan entry yang baru. kalau cerita semua kat sini mau jadi novel & jemu pulak orang nak baca kan. hee ;)


sebelum aku terlupa dengan ini aku, suami & keluarga mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa pada tahun ini & semoga segala amal ibadat kita diterima oleh-Nya. bersyukur sangat diberi peluang menyambut puasa buat sekian kalinya. bertambah teruja tahun ni boleh menyambut bersama teman baru. iaitu nyawaku @ suami tercinta serta keluarga baru. yeay! dengan ini kami sekeluarga memohon maaf andai kata kami ada membuat kesalahan / kesilapan pada sesiapa.. Maaf ya =)



No comments:

Post a Comment