Monday, July 23, 2012

Kehidupan Selepas Bergelar Isteri Part 2

Assalamualaikum.

Part 2 ni nak cerita pasal apa eh ? tadi banyak pasal masak je.
umm ok kalau orang tanya ada beza ke sikap pasangan sebelum atau selepas kawen. sebab orang cakap sebelum dengan selepas kawen ni sangat2 tak sama. sebelum kawen semua lakonan ? yeke ?

Jawapan Jujur aku adalah masih sama. tak banyak sangat perbezaan. alhamdulillah sepanjang setengah tahun   kahwin ni husben aku masih sama seperti yang aku kenal dia dari sekolah dulu. apa yang berubah dia lebih caring, penyayang & tak tempered macam masa bujang dulu. nak cakap bergaduh tu mustahil takda kan tapi   bukan macam bujang dulu. dulu bergaduh tu dah boleh cakap macam rutin, yela tak duduk skali so semua nya tak puas hati. hehe tapi sekarang jauh beza. takda modal nak gaduh.. tambah2 husben aku, dia banyak tolak ansur. sebab sikap caring & penyayang dia tu la kami jarang bergaduh. jarang sangat2! kalau nak gaduh sangat pon tunggu time hormon wanita aku tak balance *paham2 jela* masa tu baru la semua tak kena.hehehe tapi so far alhamdulillah.

Aku bersyukur & berterima kasih sangat pada Allah s.w.t sebab berikan jodoh aku yang sekarang ni. memang betul la tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. sebab tu kita jangan lupa tuhan. banyakkan berdoa untuk dapat pertunjuk dari-Nya. kita kadang2 sombong.. taknak sujud dekat yang Maha berkuasa sebab tu kita banyak masalah. ajal maut jodoh rezeki semua dia ketentuan dari Nya. kalau kita nak apa2 kita mintak la dengan yang Maha pencipta, Maha memberi. kalau sedih mengadu la dengan Dia. bukan sentiasa mengadu dekat family atau kawan2. sebab orang lain pon macam kita punyai masalah sendiri. kalau kita mengadu sekalipun bukan boleh ubah apa2. kuasa merubah bukan di tangan mereka-mereka yang lain. nak yang terbaik mintak pada DIA. InsyaAllah tiada apa yang mustahil.


Kehidupan selepas berkahwin jugak banyak merubah kami suami isteri. dulu suka ambik ringan bab2 agama. sebab ?? tak da ilmu. takda ilmu tapi tak nak belajar. sekarang secara perlahan-lahan kami dah sedar. mula berubah sedikit demi sedikit.. kami suami isteri bukan pandai nak cakap bab agama. tapi kami nak berubah, bila tengok dunia sekarang.. anak2 kecil , remaja sekarang yang makin banyak kelaut kami jadi takut. kami tak nak nanti bakal2 zuriat kami macam tu. Nak lahirkan anak biarlah berkualiti bukan kuantiti. kami harap sangat bakal zuriat kami nanti boleh menjadi aset kepada kami untuk ke syurga. melahirkan anak soleh & solehah juga adalah aset kita ke syurga. sekarang aku & suami dah la macam ni, cetek ilmu agama sebab tu kami taknak bakal zuriat kami pon macam tu. semuai ibu bapa mhupun bakal ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak2 begitu juga kami. kami sedikit sebanyak dah mula belajar. cari balik ilmu yang dah lama kami tinggalkan. aku pon selalu tengok video2 wardina. aku rasa dia adalah contoh teladan yang baik untuk didik anak kelak. \

Seperti mana aku cerita pasal memasak tadi. kalau kita nak kan sesuatu kita mesti berubah & semua atas diri kita. sikit demi sedikit kita try ubah. biar sikit janji berterusan. kalau berubah secara drastik takut tak berkekalan. Nak berubah pon kita kena belajar, ada ilmu baru kita paham. bukan main ikut copy paste dari orang tanpa ilmu. & berubahlah dengan niat kerana Allah swt. insyaAllah di permudahkan segala urusan kita.

aku suka sangat kehidupan selepas kawen ni. hidup orang yang dah kawen ni berkat, tenang sangat. sebab ?  apa yang kita buat untuk suami kita adalah pahala. orang berumah tangga ni sebenarnya senang nak buat pahala. senyum dekat suami pon dah pahala. buat air kat suami pon pahala. tambah2 suri rumah lagi banyak pahala sebab semua kerja yang di buat semua untuk keluarga & suami. see best kan ? kalau orang lain paham betul2 mesti tak ramai yang nak bercinta. mesti semua nak kawen. aku tak rasa menyesal langsung kawen muda malah berbangga. boleh sama2 buat pahala. sementara aku masih menjadi suri rumah aku nak buat yang terbaik untuk suami aku. nanti dah kerja, masa banyak habis dekat opis. kalau ikutkan hati nak saja jadi suri rumah fulltime. tapi kesian hasben aku, sekarang boleh la dia tanggung. nanti dah ada anak lagi banyak tanggungan. kalau aku bekerja atleast boleh bantu kurangkan bebanan hasben.

so as a conclusion, perubahan kehidupan aku selepas berkahwin tak la terlalu ketara berdasarkan pengalaman cetek aku selama 7 bulan ni. semua dapat diserap dengan baik. konflik antara suami isteri tu adalah lumrah. konflik ni terjadi apabila berlakunya perbezaan pendapat. yela nak hidup berdua dengan sikap, pemikiran yang tak sama mesti la ada konflik untuk dapatkan yang terbaik kan. bukan semua konflik adalah negatif. so banyakkan berfikiran positif. sekarang aku nak banyakkan cuba menerima perbezaan pasangan. sebab kita takleh harapkan semua orang jadi apa yang kita fikirkan. belajar terima perbezaan pendapat, sikap, pemikiran, dan lain2 insyaAllah ..


Alhamdulillah.. setakat ni saja mampu nak kongsikan serba sedikit kehidupan aku selepas kawen.minta maaf jika ada sebarang kata-kata yang megguris perasaan sesiapa sepanjang dari pembabitan penulisan blog sampai ke latest entry ni. Sesungguhnya yang baik semua dari Allah s.w.t & buruk semua dari diri sendiri..
Assalamualaikum & Selamat menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni, semoga segala amal ibadat kita di terima-Nya. ameen.



1 comment: