Monday, April 25, 2011

Soal Jawab Remeh-temeh tentang Nikah Kawen (part 1)

Salam semuaaa,,,

OK ini adalah sambungan entry lepas..

Aku rasa tak perlulah bermukadimah panjang2 dah kan, so aku proceed je dengan soalan2 yang remeh ni tapi kan aku rs kalau aku tanya sorang2 mesti nak jawap pon gagap, takpon tibai jawapan seniri KAN. WALAUPON ni adalah soalan remeh jee..

Btw, soklan2 mahupun jawapan yg aku nk upkan ni aku tak la simply just copy & paste sebab …. Kalau buat macam tu gamaknyaaa berjela la. So aku amek point yang sepatutnya ja k.

Antaranya soklan2 nya adalah :

1. Q: Selalu kita dengar perkataan ‘nikah’. Apakah makna perkataan tersebut ?

A: Kahwin atau nikah adalah perkataan seerti. Ia membawa maksud suatu akad yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Selepas berlangsungnya akad nikah, suami isteri bebas untuk melakukan apa saja bentuk hubungan termasuklah hubungan kelamin.

2. Q: Saya ada kakak, sibuk sangat emak dan ayah suruh kakak kawen. Abang sulung kalau jumpa dia tanya bila nak kawen. Kawan2 dia pon bila berkumpul selalu sakat dia suruh kawen.

Apa tujuan kawen ni sebenarnya ?

A: Ada bebrapa tujuan utama perkahwinan iaitu :

· Mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Nabi S.A.W besabda : ‘’Kahwinilah wanita yang banyak beranak dan pengasih. Maka sesungguhnya, aku berbangga dengan banyaknya uatku pada hari kiamat nanti.’’

Jadi apabila dah kawen tu cepat-cepatlah rancang untuk dapatkan anak.

(ok part ni aku x sure kalau dh ready) =.=’’

· Menjaga diri Daripada Zina. Seperti yang kita tahu zina adalah dosa yang amat besar. Orang yang lakukan zina boleh dikenakan sebat sebanyak seratus kali atau direjam sampai mati. Sebat tu tidaklah sama dengan sebat dipenjara. Bagi yang belum berkahwin hukuman nya adalah sebat. Manakala yang dah berkahwin adalah rejam sampai mati.

· Memenuhi fitrah iaitu fitrah hidup berkelamin. Sebab itu Islam melarang hidup membujang dengan tujuan beribadat. Setiap amalan baik yang diakui syarat adalah ibadat. Kahwin juga ibadat bahkan ada disebut bahawa solat orang yg sudah berkahwin lebih banyak fadhilat daripada orang bujang. J

3. Q: Saya ramai kawan dan sedang mencari2 untuk dijadikan calon isteri. Saya dah rambang mata, semuanya cantik2 dan menarik hati. Apa petunjuk nak pilih Terbaik ?

A: yang sebenarnya, Islam mementingkan agama. Selepas agama barulah diperhatikan unsur2 yang lain seperti kecantikan, ketampanan, kekayaan & lain2.

Sabda Nabi S.a.w : “Dikahwini wanita kerana empat factor iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambil beratlah dengan agama, jika tidak rugilah engkau.’’

Petunjuk Nabi boleh dipakai untuk lelaki dan wanita. Wanita mesti mempertimbangkan agama si jejaka sebelum lihat pd factor lain. Sesungguhnya lelaki yang beragama dengan baik akan menjaga isterinya dengan baik.

4. Q: Orang kata kalau nak cari pasangan hidup, kena cari yang beragama jadi kena cari ustaz & ustazah le ya ?

A: Orang yang beragama bermaksud yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika seseorang itu menjaga solat, berpuasa dengan baik, menutup aurat dan menunaikan kewajipan yang lain maka dia dianggap beragama. Sebagai ganjaran, ada diriwayatkan bahawa orang yang memilih pasangan hidupnya kerana agama akan diberi rezeki yang banyak.

Ok itu saja buat setakat ni.. Soalan seterusnya bersambung entry lain pulak ye J

p/s: Soalan2 ni adalah tak mengikut bab ok.. I just petik mana2 soalan yang rasa bersesuaian je ok?

Bye !

No comments:

Post a Comment