Sunday, November 27, 2011

Langit Takla selalu Indah Kann

Assalamualaikum..

Sedar mahupun tak kebanyakkan entry mengenai relationship aku semuanya yang indah-indah saja bukan ?

yelahh buat apa ja nak cerita part buruk-buruk kan ?

Tapi tak bermakna hubungan kami sentiasa maniss ok.. =) bohonglah kalau dalam sesuatu hubungan tu takda langsung masalah. Begadoh, marah, mengamuk, bebai, merajuk blablablabla tu dah sebati dalam hubungan aku & incik tunang. Bukan niat nak bukak pekung didada tapi tu adalah kenyataann malah sesapa pon mengalami benda yang sama. Kan ? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama manusia..

Oh ya entry aku ni pula bukan lah bemakna hubungan kami tengah tegang NO NO NO sama sekali. kami ok ok saja :) alhamdulillah aku bahagia..

Tapi perbedaan sikap antara aku dengan dia jugak menyebabkan kami seringkali berselisih faham.. Aku = Cepat Marah & Lambat Sejuk.. Mat = Cepat marah & Cepat cool. ok jelas disitu menunjukkan sifat negatif aku lebih ketara berbanding mat.. kemarahan pula lambat nak cool disebabkan incik tunang bukan pemujuk yang baik. langsung tiada skill memujuk. mungkin dia belum download skill tu.. tunggu lepas kawen baru nak download kot kan.. hahaha

TAPI.... bila kena dengan cara, aku memang tak susah nak dipujuk..

Yang senangnya pasal mat dia bukan seorang Pencemburu, Pemarah tak semena-mena, Merajuk lagi la jauh .... bebai tu betol la. hahahaha tapi aku dah paham sangat perangai dia. Kami ni tak macam orang lain.. Kami dengan begadoh tu dah sebati sangat.. dari aku kenal dia sampai la ke hari ni.. Dalam sebulan kami dah tahap wajip begadoh..Haha belum penah lagi tak begadoh dalam sebulan. kadang2 dalam seminggu pon mesti gadoh.. Hahahaha..

Tapi apa yang pentingggggggggggggg.... Sepanjang aku kenal mat.. seteruk mana kami begadoh.. Kami TAK pernah begadoh LEBIH DARI SEMINGGU.. nak lebih 4 hari pon susah.. & dalam rekod kami gadoh2 dalam masa hari yang sama pon dah ok. Takleh la nak gadoh lama-lama.. Rindu tahu ? hahahaha so far alhamdulillah la.. harap-harap kami dapat kekalkan momentum begadoh kami yang minima ni... takmau la berlanjutan seminggu,sebulan bagai kan. insyaAllah kalau dapat kurangkan lagi bagus.. bukan apa begaduh ni penat jugak, memerlukan tenaga nak ekspresikan perasaan marah tu, bukan senang oiii.. hahaha

sampai sekarang aku dah dapat kenalpasti sesuatu... Begadoh, merajuk tu bukan semuanyaa negatif. Kadang-kadang krisis dalam hubungan tu sendiri membuatkan hubungan kami makin kuat & membuatkan kami lebih kenal antara satu sama lain.. hidup berpasangan ni bukan untuk terima kebaikan saja.. kita jugak kena terima keburukan pasangan kita & jadikan keburukan dia tu adalah keistimewaan pasangan kita.




Contoh : aku agak kasaq.. so istimewa la tuuuu.. mostly pompn lemah gemalai, stok2 mak mentua sayangg ja kan.. tapi aku kasaq.. kasaq2 aku setakat masak gulai tu not a big deal la untuk aku... aku tak kata pandai masak.. tapi setakat perut mat tu... serah la kat aku.. hahahaha *ckp besaq noh*




Tak tere masak tak pa weh janji kita NAK belajar...

p/s : well...takda orang yang sempurna dalam dunia ni .. itulah guna nya bepasangan.. saling melengkapi antara satu sama lain & saling menyempurnakan...






walaupun entry aku macam tadak Motip & merapu rapan yang penting aku Sayang Tunang aku ! harap dia pon macam tu...






2 comments:

  1. ouh..gaduh tu perkara biasa. dari pergaduhan kecil itu mencipta keserasian.
    nnti awal perkahwinan akan berlaku lagi sebab kita sedang berada di fasa penyesuaian diri dengan pasangang...
    tapi jangan risau. asalkan gaduh tu tak bermotifkan cemburu, orang ketiga insya allah ada pnyelesaiannya :)

    ReplyDelete
  2. Hehe.insyaAllah.. Lagi dekat. lg byk bnda nak pk.. harap semua ok. nanti nak sesuaikan diri hdup lepas kawen pulak..huhu

    ReplyDelete